Bab 3

2 0 0
                                    

DOKTOR memberikan suntikan kepada Khadijah untuk meredakan kesan alahan yang di alami oleh wanita separuh usia itu. Sebelum meninggalkan klinik, khadijah juga dibekalkan dengan ubat untuk dimakan agar alahannya terkawal. Setelah selesai mendapatkan rawatan, Idayu memapah lagi wanita yang berusia itu menuju ke keretanya. Kereta perodua axia itu adalah hadiah pemberian daripada arwah bapa Idayu sempena hari lahirnya pada tiga tahun yang lalu. Kini, kereta itulah yang menjadi kenderaan utama kepada Idayu untuk bergerak.

"Rumah Cik Jah kat mana? Biar Ayu hantarkan.." Idayu bertanya untuk menghantar Khadijah terus ke rumahnya. Dia tidak ingin membiarkan wanita tua itu bersendirian mengambil teksi untuk pulang memandangkan keadaan wanita tersebut masih terlihat lemah.

"Rumah Cik Jah jauh dari sini.. Ayu hantarkan Cik Jah ke rumah anak makcik je la.. rumah anak Cik Jah tak jauh dari sini." Khadijah memberi makluman. Idayu hanya mengangguk dan tersenyum. Gadis itu kemudian meluncurkan keretanya laju di atas jalan raya. Keretanya dipandu mengikut arah yang diberitahu oleh Khadijah kepadanya. Idayu memandu agak laju kerana harus mengejar masa. Dia perlu kembali ke rumahnya dengan segera untuk menemani ibunya yang sedang terlantar lumpuh.

Setelah bergerak beberapa kilometer, kereta perodua axia yang dipandu oleh Idayu membelok ke simpang kanan dan melalui kawasan perumahan.

'Uiihh.. kawasan rumah orang kaya ni.. semuanya rumah banglo besar-besar.. orang kaya ke anak Cik Jah ni?' Idayu melihat ke sekeliling kawasan sambil berkata-kata di dalam hatinya.

"Haa, depan tu, Ayu ambil lorong sebelah kiri.. Rumah anak Cik Jah yang hujung lorong tu." Khadijah memberi petunjuk kepada Idayu yang sedang memandu. Gadis itu hanya menurut tunjuk arah yang diberikan kepadanya. Setelah tiba di hadapan rumah yang dimaksudkan, Idayu memperlahankan pemanduannya dan menghentikan kereta tepat di hadapan pintu pagar rumah anak Khadijah. Gadis itu segera turun daripada kereta dan membantu Khadijah dengan memapah wanita tersebut. Plastik yang mengandungi barang yang dibeli oleh Khadijah di pasar tadi turut di capai oleh gadis tersebut. Di depan pagar, Idayu menekan loceng rumah beberapa kali.

Seketika kemudian, seorang lelaki keluar menjengah dari pintu rumah. Lelaki tersebut segera keluar mendekati Idayu dan Khadijah yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar. Idayu yang menundukkan pandangan dan melihat ke arah Khadijah, langsung tidak melihat ke arah pemilik rumah tersebut.

"Ibu dari mana ni?" Anak lelaki Khadijah bersuara. Idayu yang seakan mengenal suara lelaki tersebut segera mengangkat pandangan wajahnya dan melihat tepat ke arah lelaki yang dikatakan sebagai anak Khadijah. Mata gadis itu terbuntang luas. Dia benar-benar terkejut.

"Ibu dari pasar tadi.. dah la mak rebah kat pasar tu.. lepas tu, pergi makan tomyam.. alergik pula sebab termakan air udang.. nasib baik ada budak Ayu ni.. dia la yang tolong mak, bawa mak pergi klinik, lepas tu hantar mak ke sini pula.." Khadijah menjawab pertanyaan anaknya.

"En..Ecik Adam?" Idayu tergamam. Dia langsung tidak menyangka anak kepada wanita yang dibantunya tadi sebenarnya adalah majikannya sendiri. Adam pula melihat ke arah Idayu dengan pandangan yang pelik. Dia sebenarnya tidak jelas dengan identiti Idayu. Idayu yang baru sebulan bekerja kurang mendapat perhatian daripada Adam di pejabat. Malah Adam juga bukanlah seorang lelaki yang suka memandang dan memerhatikan perempuan. Namun seketika kemudian, Adam sedikit tersentak. Mungkin ingatannya terhadap Idayu mula menjelma. Itu adalah gadis yang tergopoh-gapah yang rebah dan di bantu olehnya ketika di pejabat.

"Eh, Ayu kenal ke dengan anak Cik Jah?" Khadijah segera bertanya apabila mendengar Idayu menyebut nama anaknya.

"Hmm.. dia, perempuan yang kalut dan terburu-buru.. dia bantu mak macam mana? dia sendiri pun berjalan tak betul.." Adam menyindir. Idayu pula memalingkan muka ke sebelah sisi kanan sambil menurunkan pandangan wajahnya. Giginya pula menggigit bibir bawah, menahan rasa malu dan geram.

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now