Bab 25

7 2 0
                                    

SETELAH selesai makan malam, Adam duduk di sofa sambil menonton televisyen. Manakala Idayu pula masih berada di dapur bersama Mak Jah. Begitulah rutin mereka sejak kehadiran pembantu rumah tersebut. Selepas makan bersama, Idayu lebih gemar berbual dengan Mak Jah sambil mengemas ruangan dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Adam pula akan beristirahat seketika dengan menonton televisyen dan membaca buku.

Ketika ini, Adam yang sedang menonton televisyen ingin mendapatkan sebuah majalah yang terletak di atas meja. Namun perhatian lelaki tersebut mula beralih kepada fail milik isterinya yang turut berada di atas meja. Dia mencapai fail tersebut dan mula melihat isi kandungannya. Beberapa helai kertas yang mempunyai lakaran rekaan fesyen yang dihasilkan oleh Idayu menarik perhatiannya. Adam menatap dengan teliti setiap lukisan tersebut. Matanya dipicing separuh kerana fokus. Beberapa kali Adam membelek dan membandingkan setiap lukisan tersebut. Tidak semena-mena, lelaki itu mengukirkan senyuman.

"Sayang betul.. ada portfolio sebagus ni, tapi tak mohon jadi designer lebih awal.." Adam bersuara perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia agak simpati dengan nasib yang telah diharungi oleh Idayu. Malah Adam juga kesal dengan dirinya kerana lambat untuk mengesan bakat yang dimiliki oleh isterinya itu. Melalui lukisan rekaan fesyen yang telah dihasilkan oleh Idayu, Adam yakin isterinya itu berpotensi untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal. Fail milik Idayu ditutup dan diletakkan kembali ke atas meja.

Seketika kemudian, Idayu muncul di hadapan Adam sambil membawa secawan air di tangannya. Cawan tersebut di letakkan ke atas meja di hadapan suaminya.

"Abang, minumlah air teh ni.." Idayu mempelawa.

"Sayang.. duduk dulu." Adam dengan pantas mencapai tangan Idayu dan menarik wanita itu untuk duduk di sampingnya. Idayu akur dan segera menurut permintaan suaminya itu. Punggungnya di tempatkan di sofa dan rapat kedudukannya dengan Adam.

"Ada apa?"Idayu bertanya. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh suaminya itu.

"Nanti mak keluar hospital, bawa je mak duduk dengan kita kat sini.. pindah je barang-barang kat rumah sana, bawa ke sini.." Adam mula menyampaikan kehendaknya.

"Eh, kenapa pula?"

"Takde la.. Mak pun dah tahu kan yang kita dah kahwin.. habis tu, takkan kita nak tinggal berasingan pula lepas ni.. bawa je la mak tinggal dengan kita kat sini.. lagipun kat sini ada Mak Jah. Nanti Mak Jah boleh tolong tengokkan dan jaga mak waktu kita takde, pergi kerja.."

"Hmm.. betul juga.." Idayu mula bersependapat dengan suaminya.

"Oh, ya.. ni design dalam fail ni, kenapa tak submit je? Banyak je design yang dah ada tu.." Adam mengubah topik perbualan.

"Ah.. ini semua design yang dah buat lama.. biar je la duk dalam fail tu. Buat koleksi simpanan peribadi." Idayu tertawa kecil setelah memberi penjelasan mengenai hasil karyanya selama ini.

"Emm.. dah tu, design yang baru takde lagi ke?"

"Itu.. aaa... nanti la nak cari idea baru.. yang dah hantar kelmarin pun, kena reject.. kena buat ubah suai sikit.." Idayu tiba-tiba menurunkan nada suaranya menjadi lebih perlahan. Pandangan matanya dijatuhkan sambil riak wajahnya berubah menjadi sugul.

"Syarikat kita sekarang ni dah semakin ketandusan idea baru.. designer lama, semuanya duk hasilkan rekaan lama.. Kalau berterusan macam ni, prestasi syarikat pun akan menurun.. Padahal Kencana Tekstil merupakan top three dalam negara. Bersaing rapat dengan ELBY dan Purnama Tekstil."

"Hmm.. rasanya mana-mana syarikat pun mengalami masalah yang sama.. Kalau tak, takkan la ELBY hari tu sanggup beli design dari freelance designer macam sayang.." Idayu tersenyum.

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now