Bab 31

5 1 1
                                    

BEBERAPA helain kertas keluar dari mesin pencetak. Setelah semua helaian selesai dicetak, Idayu mengambil dan menyusun kertas-kertas tersebut. Dia tersenyum puas disaat meneliti hasil kerja yang baru disiapkannya itu. Semua helaian kertas itu kemudian dikepil dan dimasukkan ke dalam sebuah fail. Ketika itu, salah seorang rakan sekerja Idayu melintas di belakang dan sempat mengerling pandangan ke arah hasil kerja yang berada di tangan Idayu.

"Dah siap design kau Ayu? Boleh aku tengok?" Hanis menegur Idayu. Idayu langsung berpaling ke belakangnya untuk bertatapan wajah dnegan temannya itu.

"Ah, baru siap.." Idayu menunjukkan fail yang berada di tangannya. Hanis segera mengambil fail dari tangan Idayu dan meneliti hasil kerja temannya itu. Idayu hanya tersenyum bangga. Dia yakin, dirinya sudah menghasilkan rekaan terbaru dengan sebaik mungkin. Wanita itu sangat berharap hasil kerjanya itu akan memenangi pertandingan yang telah diakan oleh syarikatnya itu. Setelah beberapa detik meneliti hasil kerja Idayu, Hanis melopong dan terbuntang matanya.

"Wah, bagus betul design kau ni.. Lengkap dengan penerangan yang jelas.. betul-betul terpeinci.. Gabungan warna pun menarik dan sesuai.. material fabrik pun sesuai dengan design.." Hanis kagum dan memuji hasil kerja Idayu.

"Kau punya dah siap ke?" Idayu pula bertanya.

"Dah.. tapi tak sebaik kau.. aku rasa, kau dah yang akan menang pertandingan ni nanti.. semoga cepat jadi ketua jabatan.." Hanis terus memuji.

"Eh, belum tentu lagi.. hasil orang lain kita tak tahu lagi.. lagipun yang buat pemilihan pemenang tu nanti, CEO sendiri.. entah-entah, kau yang menang, dapat jadi ketua jabatan.. aku ni pun, bukannya berpengalaman sangat.. baru berapa hari je jadi designer.." Idayu cuba merendah diri. Walaupun dirinya sendiri mempunyai angan-angan untuk memenangi pertandingan, namun dia juga tidak terlalu berharap dengan menaruh keyakinan yang sangat tinggi. Bagi Idayu, harapan itu perlu berpada-pada. Jika terlalu berharap, besar kemungkinan dirinya sendiri akan kecewa dan tidak mampu menerima hakikat jika kemenangan tidak menjadi miliknya nanti.

"Pengalaman bukan ukuran kualiti seseorang.. Paling penting berbakat.. ada idea dan kemampuan.. pengalaman ni untuk kita timba ilmu, belajar dari kesilapan lalu, belajar dari kelebihan orang lain.. itu je.. kalau berpengalaman lama pun, tapi tak belajar memperbaiki diri, takde guna juga Ayu.. Aku yang dah empat tahun jadi designer pun tak mampu buat design sebaik kau.. zaman sekarang, orang tak kira siapa makan garam dulu.. zaman sekarang ni macam-macam dah ada.. siapa makan milo dulu.. siapa makan steak dulu.. kalau setakat makan garam dulu tu, dia tu la yang kena darah tinggi dulu.." Hanis memberi pandangan sambil berseloroh. Idayu langsung tertawa mendengar ucapan temannya itu.

"Aku pun banyak benda lagi nak kena belajar Nis.. ada bakat saja, tanpa pengalaman pun susah jugak..  macam aku, nak dapat kerja jadi designer ni, sekarang baru dapat, padahal dah bercita-cita sekian lama dah..sebabnya takde latar belakang pendidikan dan pengalaman la.. zaman sekarang ni, nak dapat kerja pun, kalau bukan graduate, kena ada 2,3 tahun pengalaman kerja baru dapat.. yang baru graduate, freshie pun susah.. sebab tu ramai orang sekarang menganggur walaupun dah habis belajar.."

"Aik.. habis tu macam mana kau lepas untuk mohon jadi designer kat Kencana Tekstil? takkan kau tipu dalam resume? bagi transkrip tipu? Syarikat kita ni bukan syarikat kecil.. bukan sebarang orang dapat apply.." Hanis kebingungan.

"Aa...itu.. aku tak tipu la.. emm.. sebenarnya.. Encik Adam ada tengok portfolio aku.. dia tengok design-design yang aku dah buat sebelum ni.. dia puas hati.. sebab tu dia lantik aku jadi designer kat sini.." Idayu cuba bersikap jujur. Dia agak gugup untuk menjawab dan perlu berhati-hati dalam memberi jawapannya agar hubungannya dengan Adam tidak terbongkar.

"Encik Adam? Encik Adam mana? maksud kau Encik Adam CEO? Setahu aku, takde dah orang nama Adam kat syarikat ni selain CEO.."

"Err... ya.. dia la.." Idayu tersengih sambil menggarukan kepala.

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now