Bab 26

2 1 0
                                    

DAHI Adam berkerut sambil matanya dipicing ketika menatap lukisan rekaan fesyen yang diterimanya. Dia perlu membuat penilaian dan pemilihan terhadap beberapa rekaan fesyen terbaru untuk dibincangkan di dalam mesyuarat nanti. Namun salah satu rekaan fesyen yang ditatapnya itu sedikit sebanyak telah mengganggu fikiran. Adam segera menekan butang interkom di telefonnya dan menghubungi setiausahanya.

"Shakir, tolong bawakan kepada saya semua design fesyen yang dah kita hasilkan untuk tahun ni." Adam memberikan arahan. Selesai menyampaikan arahannya, panggilan terus dimatikan. Mata lelaki itu masih melekat di helaian kertas yang terdapat lakaran rekaan fesyen terbaru. Beberapa helaian kertas lain turut dibelek dan diperhatikan berulang kali.

Tidak lama kemudian, Shakir mengetuk pintu dan langsung masuk ke bilik Adam. Beberapa buah fail yang berada dipegangan tangannya diserahkan kepada Adam. Tanpa berlengah, Adam segera mencapai fail yang dihulurkan dan membelek beberapa helaian kertas lukisan. Setelah meneliti beberapa lukisan, Adam kemudian terpaku pandangannya kepada satu lukisan. Seketika kemudian, dia meneruskan lagi untuk membelek helaian kertas lain. Kali ini Adam sekali lagi fokus memerhatikan lukisan fesyen daripada fail yang diterimanya.

Setelah yakin dan berpuas hati dengan hasil cariannya, Adam menghempaskan fail di tangannya itu ke atas meja dengan kasar. Lelaki itu kemudian menyandarkan belakang badannya ke kerusi, seraya menghembuskan satu nafas kasar. Shakir yang hanya memerhati tindak tanduk majikannya itu dari tadi kini baru mula bersuara.

"Kenapa Encik Adam? Ada apa yang tak kena dengan design kita sebelum ni?"

"Design kita sebelum ni takde masalah.. cuma.." Adam menghentikan ucapannya. Sejenak kemudian, lelaki itu bersuara kembali.

"Ini.. lukisan design Nora sebelum ni.. tapi lukisan yang terbaru dia ni, tak sama.."

"Maksud Encik Adam?" Shakir mula curiga.

"Awak tengok sendiri.. Ini lukisan dia yang sebelum ni.. semua hasil kerja dia nampak sama.. tapi lukisan yang terbaru ni, sangat berbeza." Adam memberi penjelasan sambil menunjukkan dua lukisan untuk dibandingkan.

"Tapi.. yang terbaru ni, nampak lebih menarik.. elegan.. nampaknya dia dah ada peningkatan." Shakir tersenyum, seolah berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Nora.

"Lukisan yang terbaru ni.. berbeza dengan sebelumnya.. bukan sebab peningkatan dia.. Lukisan yang terbaru ni, saya sangat kenal.. ini lukisan Idayu.. Saya cam dengan stroke lukisan Idayu. Dah berpuluh lukisan design dia saya perhatikan.. Lagipun, setiap lukisan Idayu, dia ada ciri khas yang tersendiri.. lagi-lagi kat bahagian hujung kain dan lengan.. Awak tengok, design orang lain dan design Nora sebelum ni.. mana ada ciri-ciri dan stroke macam ni.." Adam menghalakan hujung jari telunjuknya ke arah rekaan fesyen yang berada di atas mejanya. Shakir fokus memerhati dan membuat penilaian sebagaimana yang diberitahu oleh majikannya itu.

"Ya.. betul.. lukisan ni memang nampak lain."

"Kalau ini lukisan orang lain, saya memang takkan perasan.. tapi saya sangat kenal dengan lukisan Idayu.." Adam menunjukkan riak wajah yang masam mencuka.

"Hmm.. Nora sekarang timbalan ketua jabatan.. semua hasil rekaan daripada designer akan diserahkan kepada dia terlebih dahulu.. Mungkin disebabkan tu la dia menipu dan menukar hak milik design tu di atas nama dia sendiri.. mentang-mentang Puan Idayu pekerja baru, jadi senang la dia nak buli.." Shakir mula mendapatkan gambaran mengenai hal yang sudah berlaku.

"Tapi dia silap tempat dan silap orang untuk dibuli.." Adam bersuara geram.

"Yalah.. dia mana tahu, yang dia buli tu isteri CEO.." Shakir tersenyum.

"Saya pun tak tahu, selama ni, entah berapa orang yang dah dibuli macam ni kat sini.. Mungkin Idayu bukan mangsa pertama.. Saya takkan biarkan benda macam ni berulang lagi.. Setiap orang ada hak masing-masing, tak kira apa pun jawatan dia kat syarikat ni.. Shakir, awak tolong siasat dan pastikan Idayu tidak dibuli oleh sesiapa pun."

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now