CHAPTER 1 《The Greatest Love of Tengku's》

330 13 4
                                    

Tengku Aiman Rayden bin Tengku Ghazali atau lebih dikenali Axesin. Sebaris nama yang amat digeruni oleh para musuhnya serta amat dihormati oleh ahli kaum kerabatnya. Pada mata umum, Tengku Aiman ialah seorang pelajar Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Dia menuntut di salah satu Universiti Swasta di Malaysia. Dia ialah seorang jejaka yang mempunyai wajah yang amat tampan berserta lesung pipit di sebelah kiri yang membuatkan lagi bertambah ketampanannya. Tengku Aiman juga mewarisi mata yang sepet serta mempunyai warna mata " dark chocolate". Tengku Aiman seorang jejaka yang sangat perfectionist, bijak serta komited dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, ramai yang menggelarkannya sebagai " Mr Perfect 10".

Tengku Aiman merupakan anak kedua dalam keluarganya dan mempunyai seorang sahaja kakak perempuannya yang amat ditatang bagai minyak yang penuh. Selain itu, dia mempunyai dua orang adik lelaki yang juga mempunyai paras rupa yang tampan seperti dirinya. Dia seorang lelaki yang sangat setia, baik hati, bertanggungjawab serta amat menyayangi ahli keluarganya. Namun siapa tahu, disebalik kebahagiaan yang dikecapi olehnya pernah dimusnahkan begitu sahaja oleh orang yang amat dekat dengan dirinya sendiri. Setelah dikhianati oleh orang yang amat disayanginya telah berjaya mengubah dirinya menjadi seorang yang sangat kejam dan tidak kenal apa itu erti perikemanusiaan. Setelah berlaku peristiwa itu, Tengku Aiman tidak lagi percaya apa itu kebahagiaan buat dirinya. Dia sudah bertekad bahawa tidak akan ada lagi seseorang yang bernama "perempuan" yang akan dia terima didalam hidupnya.

Pada malam yang hening, Tengku Aiman sedang memecut laju kereta yang dibawa iaitu Lamborghini black Aventador miliknya. Tanpa mengendahkan kereta yang lain, dia terus-menerus memecut membelah jalan dihadapannya. Beberapa minit kemudian, ketika dia berhenti di lampu isyarat, Tengku Aiman ternampak sosok tubuh yang amat dia kenali iaitu.....

Flashback

" Hello awaknya, tak nampak ke saya pun tengah que juga? Ke dah buta mata tu sampaikan orang kat sekeliling tak tengok langsung?" Kata seorang perempuan muda disebelahnya.

Tengku Aiman langsung tidak menghiraukan kata-kata dari perempuan tersebut.

"lah, ingatkan buta je rupanya satu package pekak dengan bisu..ergh nyampah betul la, dahla tak say sorry pun potong que orang..eeee menciiii". Kata perempuan itu lagi.

Selang beberapa minit, tiba giliran Tengku Aiman untuk membayar makanannya manakala perempuan muda tersebut masih lagi menunggu dibelakangnya dalam keadaan tidak berpuas hati.

"Total RM12.00 ye dik". Kata penjual gerai tersebut.

"Guna card or qr boleh tak?" - Tengku Aiman

"Alamak maaf ye dik, kat gerai sini kami tak guna qr atau card lagi" kata makcik yang separuh umur dengan muka yang serba salah.

"Aduh macam mana aku nak bayar ni, dahla cash takde. Aih time ni la perut nak makan. Kalau tak aku dah p makan tempat lain je. Ni la aku benci nak makan dekat kafe kampus. Nama je swasta tapi qr pun tak boleh.. Fuck betul!!" Aiman berkata dalam nada yang perlahan. Namun tanpa disedari, kata-katanya didengari oleh seseorang.

"Pergh boleh tahan eh mulut mamat beku ni, tadi time aku cakap..kau bisu je. Erghhh..dahla, meh saya bayarkan untuk awak je. Nah makcik, kirakan sekali ye saya dan dia punya.." tanpa teragak-agak perempuan muda tersebut pergi ke hadapan dan membayarnya.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menuju ke tempat yang ingin dia duduki namun dia perasan ada satu halangan yang telah membuat dia tersentak seketika.

The Greatest Love Of Tengku's [ SLOW UPDATE❗️ ]Where stories live. Discover now