CHAPTER 16 《The Greatest Love of Tengku's》

51 4 0
                                    

Sudah hampir 2 bulan Ayah dan Mama Tengku Aina berada di United Kingdom bersama kakak-kakaknya yang lain. Mereka menetap di rumah Tan Sri Siti iaitu Nenek Tengku Aina.

Setiap hujung minggu sudah menjadi kebiasaan untuk Tengku Aina pulang ke rumah agam keluarganya.

"Tuan Muda, makan malam dekat rumah ke malam ni?" Soal Makjah apabila melihat Tengku Firdaus yang sedang tergesa-gesa mahu keluar.

"Haah Makjah. Lagipun Adik ada balik kan? Nanti dia merajuk pula kalau saya tak balik dinner" jawab Tengku Firdaus.

"Oh sebelum terlupa, Makjah masak lah banyak sikit sebab nanti ada special guest akan datang dinner sekali" sambung Tengku Firdaus lagi.

"Baiklah Tuan Muda" balas Makjah bersama dengan senyuman lebar.

Tengku Firdaus terus keluar dan meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut.

"Hai Makjah, masak ape tu?" Sergah Tengku Aina yang baru sahaja turun dari biliknya.

"Oh ayam kau terbalik haa!" Latah Makjah selepas disergah oleh Tengku Aina.

"Oh no ayam terbalik macam mana tu Makjah Hahahahaha" Tengku Aina terus ketawa apabila melihat telatah ketua orang gajinya itu. Orang gajinya yang lain juga sudah tergelak melihat reaksi terkejut Makjah.

"Ya Allah Cik Muda ni, terkejut Makjah tau. Nasib tak baling ayam ni haa" ucap Makjah sambil menunjukkan ayam yang mahu dipotongnya itu.

"Alaa Makjah ni, Aina saja je nak gurau hehe" ucap Tengku Aina lagi sambil dengan ketawa yang masih tersisa.

"Yela Cik Muda. Takpela Makjah nak potong ayam ni dulu pastu nak masak lauk lain pula"

"Wow macam banyak je makanan untuk dinner. Ada sesape nak datang ke Makjah?" Soal Tengku Aina.

"Haah Cik Muda. Tuan Muda kata ada tetamu istimewa nak datang makan malam kat sini nanti. Tuan Muda dah pesan suruh masak banyak sikit"

"Oh yeke, Makjah nak tak Aina tolong?"

"Eh tak payahla Cik Muda. Risau pula jadi pape. Nanti Tuan Muda marah" larang Makjah apabila Tengku Aina yang mahu cuba membantu bibik-bibiknya yang lain.

"Laa kenapa Abang nak marah? Aina nak tolong je tapi yela Makjah kena ajar la hehe" Ucap Tengku Aina sambil tersenyum segan.

Selama 22 tahun mana pernah dia cuba untuk memasak sendiri. Tahu-tahu semua makanan sudah siap terhidang di depan matanya.

"Kalau Cik Muda nak belajar memasak, boleh je Makjah ajar tapi bukan petang nilah. Takut tak sempat. Tapi Cik Muda boleh tengok dulu cara kami memasak ye" jelas Makjah dengan nada yang lembut.

"Okay Makjah" balas Tengku Aina dengan ceria.

**********

"Come, jemput masuk Ryan" ucap Tengku Firdaus kepada Ryan Weber iaitu kawan baiknya dan sekarang merupakan rakan bisnesnya.

"Makjah, mana adik?" Soal Tengku Firdaus melihat Makjah sedang sibuk menyediakan makanan di atas meja makan bersama bibik yang lain.

"Tadi Cik Muda kata dia nak naik mandi. Yela dia daripada tadi duk kat dapur tengok Makjah dengan yang lain masak" jawab Makjah sambil tersenyum bila mengingati gelagat Tengku Aina.

"Woo, seriously adik turun dapur?" Soal Tengku Firdaus dalam nada tidak percaya.

"What a surprise bro" sambung Ryan yang sudah tersenyum dan menepuk bahu Tengku Firdaus.

The Greatest Love Of Tengku's [ SLOW UPDATE❗️ ]Where stories live. Discover now