CHAPTER 3 《The Greatest Love of Tengku's》

77 7 0
                                    

Rolex Yacht-Master 42 dikerling pada pergelangan tangannya dan menunjukkan sudah pukul 8 malam. Tengku Aiman memandang Tengku Aina yang sedang tekun menyiapkan assignment mereka yang diberikan oleh Madam Chew pada pagi tadi.

Setelah selesai kelas pada sesi petang, Tengku Aiman meminta supaya mereka terus menyiapkan tugasan tersebut pada hari ini juga. Tanpa bantahan, Tengku Aina hanya menurut sahaja permintaan Tengku Aiman.

"Hm awakkk..saya lapar lah. Last saya makan time lunch tadi je. Jom kita g makan nak tak?" Meleret suara Tengku Aina akibat kepenatan menghadap tugasan yang diberikan oleh Madam Chew. Sudahla dia tidak meminati subjek tersebut.

"Ish..kau ni sikit2 makan..sabarla. Kasi settle dulu kita punya assignment ni. Sikit je lagi...after this kita makan." Kata Tengku Aiman dengan suara yang mendatar.

"K fineeee!!" Rungut Tengku Aina dalam nada tidak berpuas hati.

"Awak tak rimas ke pakai mask plus hoodie lagi. Dahla ada cap kat dalam tu? Buka jela kalau panas. Saya yang dari pagi lagi tengok awak macam ni. Pelik betul ye. Awak ingat kita kat oversea ke nak pakai macam ni? Malaysia so hott you know.." kata Tengku Aina lagi.

"Kang aku buka satgi terkejut beruk pula kau.." balas Tengku Aiman dengan nada yang malas. Dia juga sudah penat untuk melayan kerenah Tengku Aina yang dari tadi lagi tidak berhenti bercakap.

"Aik kenapa pula? Saya kenal awak ke..hm? Ya Allah, saya rasa saya tak pernah tanya pun nama awak kan..?? Ishhhh asal boleh terlupa nak introduce ni. Awak la ni garang sangat huh..." -Tengku Aina

"Tak payah kenal langsung lagi bagus.." Tengku Aiman berkata dalam nada perli.

"Ish awak ni..mencii laaa hm. Nevermind..if tunggu awak sampai berjanggut saya tak kenal nama awak...erggh!" -Tengku Aina

"Let me introduce myself first okie. My name is Aina Elissa Syamimi Binti Ahmad but you can call me Aina or littlepwetty hehe.." Tengku Aina beritahunya dengan senyuman lebar yang terukir di bibir mungil yang bewarna pink itu.

"Ya Allah..shes the most beautiful girl that Ive met in my life ever..."Getus suara hati Tengku Aiman ketika memandang wajah seorang perempuan yang sangat manis senyumannya. Bila-bila masa mampu merobohkan penghadang yang menjadi benteng pertahanan dirinya selama ini. Namun, cepat-cepat Tengku Aiman menempis perasaan tersebut.

Tengku Aiman terus berdehem bagi mengalihkan rasa canggung yang sudah menyelubungi antara mereka.

"Hm..aku Aiman." Hanya dua patah perkataan sahaja yang dapat dikeluarkan oleh Tengku Aiman. Kerana baginya, tidak ada kepentingan untuk memberitahu lebih lanjut terutama tentang latar belakang dirinya serta keturunan keluarganya.

Tanpa dia sedar, Tengku Aina juga berahsia tentang status diri dan keluarganya. Bagi Tengku Aina, cukuplah orang disekelilinginya tahu dia sebagai seorang remaja perempuan yang biasa sahaja.

"Pendeknya nama awak? Hm takpela atleast saya tahu nama awak..." kata Tengku Aina setelah penat bercakap walaupun dia tahu dirinya tidak diendahkan oleh Tengku Aiman.


Setelah hampir sejam berlalu, tugasan tersebut telahpun berjaya disiapkan. Mereka sangat lega dan rasa kurang terbeban dek kerana satu assignment group sudah "tumpas". Tanpa melengahkan masa, mereka terus mengemas semua peralatan study dan juga kertas-kertas yang berteraburan di atas meja.

The Greatest Love Of Tengku's [ SLOW UPDATE❗️ ]Where stories live. Discover now