9❤️

1 0 0
                                    

Hari di Universiti

Hari itu, Soobin datang ke universiti dengan perasaan gelisah, memikirkan tentang Joon yang telah muncul semula dalam hidupnya. Dia cuba untuk fokus pada pelajaran dan aktiviti harian, tetapi fikirannya sentiasa kembali kepada masalah yang akan datang. Apabila dia melangkah masuk ke kawasan universiti, dia melihat Joon berdiri di hadapan bangunan fakulti, menunggunya.

Joon tersenyum apabila melihat Soobin. "Soobin, aku jumpa kau, juga finally" kata Joon dengan nada mesra. "Aku dah cuba cari kau sejak beberapa hari lepas."

Soobin berhenti dan menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan diri. "Joon, kenapa kau datang cari aku? Apa yang kau nak?"

Joon kelihatan serius. "Aku cuma nak bercakap dengan kau. Aku rasa ada banyak perkara yang belum selesai antara kita." Joon cuba menarik tangan Soobin.

Soobin menepis untuk menunjukkan rasa tidak selesa. "Aku tak rasa ada apa yang perlu dibincangkan. Kita dah lama berpisah."

Sementara itu, Taehyun sedang berada di kejauhan, memerhatikan pertemuan antara Soobin dan Joon. Dia boleh melihat ketegangan di wajah Soobin dan tidak suka melihat Joon berada begitu dekat dengannya. Hati Taehyun terasa cemburu dan tidak senang hati melihat Soobin tertekan.

Ketika Taehyun melihat Joon semakin mendekati Soobin dan Soobin kelihatan semakin tidak selesa, dia memutuskan untuk campur tangan. Dia melangkah dengan penuh keyakinan ke arah mereka, dan dengan cepat meraih tangan Soobin, memegangnya dengan lembut tetapi tegas.

"Excuse me, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?" tanya Taehyun kepada Joon dengan nada yang tegas. "Soobin ialah teman lelaki saya, dan saya rasa awak perlu hormat dia punya privasi."

Joon kelihatan terkejut dan sedikit marah, tetapi dia tetap cuba untuk kekal tenang. "Oh, saya minta maaf jika saya mengganggu. Saya cuma nak bercakap dengan Soobin sekejap."

Taehyun memandang Soobin dan memberikan senyuman yang penuh keyakinan. "Ya, Soobin dan saya pun tengah bercakap tentang beberapa perkara penting. Mungkin kita boleh bincang lain kali."

Soobin, yang masih keliru dengan situasi tersebut, merasakan tekanan dari kedua-dua pihak. Dia tahu Taehyun hanya mahu melindunginya, tetapi dia juga tidak mahu membuatkan keadaan lebih rumit. Jadi, dia memutuskan untuk mengikuti rentak Taehyun.

"Ya, betul. Saya dan Taehyun kena bincang tentang sesuatu," kata Soobin, menambah minyak dalam api dengan berlagak seperti hubungan mereka benar-benar romantis. "I am sorry Joon. Mungkin kita boleh bercakap nanti."

Joon melihat ke arah Taehyun dan Soobin dengan pandangan yang sukar dibaca, tetapi dia akhirnya mengangguk dan mengundur diri. "Okay. Kalau itu yang kamu berdua nak, saya akan pergi dulu. Jangan ragu untuk menghubungi saya jika perlu."

Setelah Joon melangkah pergi, Taehyun memandang Soobin dengan penuh perhatian. "Soobin, kau ok ke?" tanya Taehyun, masih memegang tangan Soobin.

Soobin mengangguk, tetapi wajahnya menunjukkan kebingungan. "Aku... terima kasih sebab datang. Aku rasa tak tahu macam mana nak hadap dia tadi."

Taehyun melepaskan tangan Soobin dan meletakkan tangannya di bahu Soobin dengan lembut. "Aku cuma tak suka tengok kau dalam situasi yang membuatkan kau tak selesa. Kau perlu beritahu aku kalau ada apa-apa masalah."

Soobin menghela nafas panjang, merasakan sedikit lega. "Terima kasih, Taehyun. Aku sangat menghargai bantuan kau. Aku akan cuba untuk menjelaskan segala-galanya nanti."

Taehyun memberikan senyuman kecil, dan mereka berdua akhirnya pergi ke tempat yang lebih tenang, berbincang tentang situasi tersebut dengan lebih mendalam.

Sementara itu, Joon yang pergi ke sebuah bangku yang kosong dan duduk, merenung kembali pertemuannya dengan Soobin dan Taehyun. Dia merasa kecewa dan marah, tetapi dia juga sedar bahawa dia perlu merancang langkah seterusnya dengan bijak. Dia tidak akan berhenti untuk mendapatkan kembali Soobin, dan dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan jawapan yang dia cari.

Petals of Destiny || TaebinWhere stories live. Discover now