12❤️

1 0 0
                                    

Soobin terbangun dengan hati yang tenang, tetapi dengan tekad yang kuat. Setelah perbualannya dengan Taehyun dan masa yang dia luangkan untuk merenung, Soobin tahu dia tidak boleh terus membiarkan perasaannya tergantung. Dia perlu jujur dengan dirinya sendiri dan juga dengan Taehyun.

Soobin membuat keputusan untuk bertemu dengan Beomgyu dan Yeonjun sebelum berbincang dengan Taehyun. Dia tahu bahawa kedua-dua mereka mungkin mempunyai nasihat yang berharga, memandangkan mereka juga telah melalui pelbagai pengalaman dalam hubungan mereka sendiri.

Di sebuah kafe yang tenang, Soobin duduk bersama Beomgyu dan Yeonjun, kedua-duanya kelihatan gembira dapat bertemu dengannya.

"Soobin, kau nampak macam ada sesuatu yang kacau fikiran kau je?" kata Yeonjun sambil minum seteguk kopinya.

Soobin mengangguk, tersenyum sedikit. "Aku tengah fikirkan pasal Taehyun. Aku rasa aku memang ada perasaan and suka dekat dia, tapi aku tak tahu macam mana nak teruskan."

Beomgyu, yang lebih tenang, menjawab, "Soobin, satu perkara yang aku belajar ialah kau tak boleh berpura-pura dengan hati dan perasaan kau. Kalau kau suka dia, kau beritahu dia. Jangan buang masa dengan fikir benda - benda yang mengarut. Kalau suka cakap je terus dekat Taehyun, yang kau suka dekat dia. Kadang-kadang, kau cuma kena ikut kata hati."

Yeonjun menambah, "Betul tu. Jangan takut untuk jujur. Kalau kau rasa kau dah bersedia untuk move on dari ex boyfriend kau, so jangan ragu-ragu lagi. Ikut kata hati kau, Soobin."

Soobin terdiam seketika, merenung nasihat yang diberi oleh Beomgyu dan Yeonjun. Dia tahu bahawa mereka berdua betul. Sudah tiba masanya untuk dia berterus terang dengan Taehyun tentang perasaannya.

Malam itu, Soobin memutuskan untuk bertemu dengan Taehyun secara terbuka. Mereka bertemu di taman universiti, di bawah langit malam yang penuh dengan bintang. Soobin merasakan jantungnya berdebar, tetapi dia tahu ini adalah perkara yang perlu dilakukan.

"Taehyun," Soobin memulakan, suaranya lembut tetapi tegas. "Aku ada something nak beritahu dekat kau."

Taehyun memandang Soobin dengan penuh perhatian, jelas kelihatan rasa ingin tahu di wajahnya. "Apa dia, Soobin?"

Soobin menarik nafas panjang sebelum meluahkan, "Aku suka kau, Taehyun. Aku betul- betul suka kau. Aku ambil masa untuk fikirkan tentang perasaan aku, dan aku sedar yang aku tak boleh terus berpura-pura. Aku nak kita jadi lebih dari sekadar kawan."

Taehyun terdiam seketika, kelihatan terkejut, tetapi senyuman perlahan-lahan terukir di wajahnya. Namun, sebelum Taehyun sempat berkata apa-apa, Soobin menambah, "Boleh tak kau pandang mata aku, Taehyun."

Taehyun merasa pelik dengan permintaan Soobin, tetapi dia patuh. Mata mereka bertemu, dan tanpa sebarang amaran, Soobin perlahan-lahan mendekatkan wajahnya kepada Taehyun.

Dengan lembut, Soobin mencium bibir Taehyun. Ciuman itu singkat tetapi penuh dengan kejujuran dan perasaan yang selama ini terpendam. Taehyun terpaku, tidak menjangka tindakan Soobin, tetapi dalam sekelip mata, dia tersenyum, merasakan kehangatan yang menjalar di dalam hatinya.

"Jadi, kau suka aku juga," kata Taehyun perlahan, masih terkejut tetapi gembira.

"Ya," jawab Soobin dengan tenang, senyum malu terukir di wajahnya. "Aku memang suka kau."

Mereka berdua tersenyum, merasakan kelegaan yang mendalam kerana akhirnya dapat berterus terang tentang perasaan mereka. Malam itu, mereka berdua berjalan bersama-sama, dengan rasa keterbukaan dan keakraban yang baru dalam hubungan mereka.

Keesokan paginya, Joon, bekas kekasih Soobin, tiba-tiba menghubunginya dan mengajak untuk bertemu.dengan Soobin, walaupun sedikit teragak-agak, Soobin setuju untuk bertemu dengan Joon di sebuah restoran berhampiran universiti.

Di restoran, Joon kelihatan tenang tetapi serius. Mereka duduk di meja yang terpencil, dan selepas memesan makanan, Joon terus masuk ke inti perbualan.

"Soobin, aku nak minta maaf atas apa yang berlaku di antara kita sebelum ini. Aku tahu aku salah, dan aku menyesal. Aku... Aku nak kita getback, Soobin."

Soobin terdiam, tetapi dia sudah tahu apa yang perlu dia lakukan. "Joon, aku hargai kejujuran kau dan aku hargai juga segala kenangan yang kita pernah kongsi. Tapi aku dah move on. Aku dah jumpa Taehyun, dia yang buat aku rasa lebih baik dan lebih gembira."

Joon nampak terkejut, tetapi dia tidak memotong Soobin. Soobin menarik nafas dan sambung, "Taehyun adalah teman lelaki aku sekarang, dan aku gembira dengan dia. Aku harap kau dapat hormat keputusan aku dan move on juga."

Joon menghela nafas panjang, jelas kecewa tetapi menerima kenyataan itu. "Kalau itu yang kau nak, Soobin, aku hormat keputusan kau. Aku cuma nak kau bahagia."

Soobin tersenyum lega. "Terima kasih, Joon. Aku harap kau juga dapat bahagia."

Mereka berdua mengakhiri pertemuan itu dengan perasaan yang lebih tenang dan dengan kejelasan tentang arah hidup mereka masing-masing.

Petals of Destiny || TaebinWhere stories live. Discover now