Qhalis, Eider busy ke?" Tanya Bunga.
"Haah." Qhalis mengangguk.
"Patutlah tak datang, selalunya dia datang time-time macam ni." Kata Bunga dengan riak muka monyok.
"Haa panjang umur dia." Qhalis tunjuk screen telefon bimbit nya kepada Bunga.
Nama tertera Tuan Eider berotot lapan!
"Abaikan nama tu." Laju Qhalis tutup separuh screen telefon bimbit dia.
"Wahh saya nampak nama tu. Tuan Eider berotot lapan!?" Bisik Bunga ke cuping telinga Qhalis. Sempat Bunga menbuat gaya rawrr.
"Alahhh~~ Cik Bunga jangan bagitahu kat dia erk. Nanti dia potong gaji saya."
Aurora, Nareesa dan Makcik Melia hanya mendengar sahaja perbualan antara Qhalis dan Bunga.
"Okey saya janji, dah pergi la angkat call tu." Bunga buat gaya menghalau.
"Halau orang pula." Ujar Qhalis.
Lalu bangun dari kerusi dan berjalan berapa langkah menjauhi dari meja.
"Assalamualaikum Tuan Eider, ada apa ya call saya ni." Terus Qhalis bertanya sebalik sahaja dia jawab pangglian tersebut.
"Waalaikumussalam Qhalis, kau kat mana?" Tanya Eider.
"Saya dekat mana lagi saya kat cafe Cik Bunga lah. Tadi tuan yang suruh saya hantar Makcik Melia ngan Nareesa kat cafe Cik Bunga kan, takkan la Tuan dah lupa kot." Panjang lebar Qhalis membalas pertanyaan dari Eider.
Ditanya satu soal dibalas sepuluh.
"Banyak pula lah kau jawab. Aku tanya satu soal je pun." Eider menghela nafas kasar.
"And aku ingat ya. Yang aku suruh kau hantar diorang kat cafe Bunga." Kedengaran tegas suara Eider ketika ini.
Nak kata dia lupa ya!? Dia tidak ingat yang dia suruh Qhalis hantarkan Makcik Melia dan Nareesa ke cafe Bunga.
Eleh nak cover malu la tu, ingat aku tak tahu ke. Qhalis mengata dalam hati.
"Mengata aku erk?" Jeda. Qhalis diam.
"Kalau diam ni betul lah kan."
"Mana ada la Tuan ni, Tuan ada apa call saya ni." Dalih Qhalis cepat-cepat.
"Tak ada apa apa pun, cuma aku nak tanya diorang dah balik ke." Pucuk hidung yang tidak terasa gatal digaru sekejap.
"Tak lagi, tengah berborak panjang lagi." Sempat dia berpaling sekilas ke belakang.
"Hm tak apa lah, oh by the way nanti bagitahu kat Bunga tau tentang esok." Arah Eider kepada Qhalis.
"Baik Tuan Eider ku yang hensem!" Puji Qhalis tiba-tiba lalu ketawa terkekeh-kekeh.
"Ini mesti nak aku naikkan gaji kan?"
Teka Eider lalu mengeleng kepala.Kedengaran suara ketawa Qhalis melalui corong telefon.
"Macam tahu-tahu aje Tuan ni kan."
"Memang lah, macam aku ni baru kemal kau semalam." Eider memutarkan bebola matanya ke atas.
"Tuan ni memang terbaik la. Sebab tu sayang Tuan saya ni. Muah." Qhalis memberi fly kiss dari jauh.
"Eii geli siot..kau ni straight ke tak!" Pekik Eider kuat.
"Mesti la saya straight Tuan, kalau saya tak straight ada mananya suka dengan Aurora tu." Balas Qhalis perlahan. Takut dengar pula si Aurora tu nanti.
"Iya tak iya juga erk.." Kening yang tidak terasa gatal digaru juga.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidup saya bila a...