Selepas sahaja bersembang panjang bersama atok dan nenek nya tadi. Dia mengambli keputusan untuk naik ke atas dan menuju ke bilik dengan langkah longlai dia berjalan.
Pintu bilik dikuak olehnya dan masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Suis lampu utama ditekan sebelum bilik yang gelap akhirnya menjadi terang benderang. Lalu menapak ke arah katil yang berwarna putih yang jenis kayu.
Badan dibaringakan di atas tilam empuk itu dengan cara terlentang. Lengan naik meletak di atas dahi. Mata dipejam untuk seketika. Sebelum ianya mencelikkan semula matanya.
"Saya suka awak Eider, tapi saya tak tahu macam mana nak luahkan perasan saya ni." Ujar Bunga sendirian. Lalu bangun dari baringan sebelum dia duduk bersila.
"Okey esok dia ajak aku dinner, aku nak pakai baju apa erk."
Bunga sambli mengusap dagu nya. Seoleh-oleh sedang berfikir.
"Mesti dia ajak dinner kat tempat yang cantik-cantik, jadi aku pun kena lah pakai baju yang cantik-cantik."
Lantas Bunga menginjak kakinya ke lantai dan menapak ke arah almari. Kedua pintu almari dibuka luas olehnya. Lalu dia membelek-belek baju yang disangkut dengan hanger itu.
"Baju ni okey ke?" Kaki diatur ke arah cermin panjang yang berada di sisi almari itu. Baju yang disangkut dengan hanger itu ditekap pada tubuhnya.
"Okey tak sesuai untuk aku, cari lain." Baju dipegang nya dicampak ke atas katli dengan macam itu sahaja.
Selang berapa minit kemudian. Akhirnya Bunga dapat juga baju yang sesuai untuk dia memakai semasa dinner nanti.
"Harap padat lah dengan awak Eider."
Kata Bunga. Sambil matanya mereung ke arah baju yang sudah terletak elok di atas katil. Walaupun sudah banyak baju yang bertimbul di bawah nya.
Bunga mengeluh untuk sekian kali nya. Lalu daratkan punggung nya di atas katil empuk itu.
"Kalau saya luahkan perasan saya kat awak. Awak terima ke cinta saya ni atau tak?" Lama Bunga berfikir tentang perkara tersebut.
"Ataupun, awak sukakan saya juga?
Adakah Eider akan menerima cinta dia ini? atau Eider hanya menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari seorang kawan. Perkara itu yang menbuatkan Bunga memikirkannya berulang kali sedari tadi lagi. Dan tak lama itu Bunga mengambli keputusan untuk membersihkan diri terlebih dahulu.
••༺☆༻••
Usai membersih diri sebentar tadi, kaki diatur ke arah meja solek untuk memakai skincare. Itu adalah rutin perempuan setiap kali kalau lepas habis mandi. Kerusi solek ditarik menguna kaki lalu menghenyak punggung di kerusi tersebut. Setelah memakai ke semua skincare. Kemudian Bunga bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah katil.
"Nak call Aurora ke?" Ujar Bunga seraya menghenyak punggung di katil. Lama dia berfikir dan akhirnya dia menelefon Aurora juga.
Sempat mata mengerling sekilas ke arah jam yang tergantung elok dekat dinding. Baru pukul 12 tengah malam dan Bunga tahu yang kawan dia ni tak tidur lagi sebab Aurora jenis tidur lewat.
"Assalamualaikum Aurora, kau tak tidur lagi kan." Tanya Bunga sebaik saja Aurora mengangkat pangglian nya.
"Waalaikumussalam Bunga, haah aku belum tidur lagi sebab aku ada kerja sikit nak siapkan sebelum aku pergi Beijing, ada apa call aku."
Jawab Aurora. Seraya itu dia menutup fali-fali kerja nya dan kini dia tertumpu pada Bunga sahaja.
Dia tahu Bunga takkan call dia di waktu macam ini melainkan ada perkara yang ingin Bunga memberi tahu kepada nya, macam sekarang ini. Mesti ada sesuatu yang ingin Bunga cerita? Atau sesuatu yang Aurora tahu?
"Hm aku nak bagitahu kau something?" Ujar Bunga sambil menggigit kuku panjang nya.
"Boleh tak kau jangan gigit kuku kau tu."Marah Aurora.
Bunga tertawa suka sebelum dia bicara kembali. " Sorry."
"Kau nak bagitahu apa?"
"Jangan terkejut tau." Aurora hanya mengumam.
"Aku suka dengan Eider!" Mata dipejam dengan rapat ketika dia menyatakan perkara tersebut.
Jeda untuk seketika.
"Well, aku tahu kau suka dengan Eider. Sebab kau tak boleh cover perasaan suka kau tu bila jumpa dengan Eider." Pen ditangan dimain putar-putar.
Suara ketawa Bunga dari corong telefon menbuatkan Aurora pun turut tertawa.
"Tapi kenapa kau bagitahu kat aku? Sepatutnya kau bagitahu dekat Eider."
Bunga mengangguk walaupun Aurora tidak nampak. Betul lah tu dia sepatutnya bagitahu pada Eider bukannya pada Aurora.
"Okey dia macam ni Aurora. Eider ajak aku dinner esok malam and aku nak luahkan perasan aku dekat dia pada nanti malam tu juga, kau rasa okey ke?"
"Wahh! semakin berani ya Eider sekarang ni, dulu malu-malu."
"Cepat lah apa perdapat kau."
"Hmm.. perdapat aku la kan, lebih baik biar lelaki dulu yang luahkan perasaan? Sebab baru nampak gentleman sikit. Aku bukan apa cuma tak nak kau malu je kalau nanti tiba-tiba dia tolak ke cinta kau? Kau faham kan maksud aku."
"Kena tolak dengan orang yang kita cinta ni, sakit dia lain macam tau." Jelas Aurora lagi.
"Faham." Sepatah Bunga jawab.
"Tapi kalau Eider ni aku sangat pasti. Yang dia akan terima cinta kau. Sebab apa? sebab dia dari dulu memang suka dengan kau juga. Tapi sayangnya kawan seorang aku ni tak nampak semua tu."
"Orang tu dah tunjuk tanda-tanda yang dia suka kat kau. Tapi tula." Aurora geleng kepala.
"Ya ya je kau ni Aurora." Bunga seakan tidak percaya.
"Yaa, nanti kau tanya lah dengan Eider sendiri. Kalau kau nak tahu sangat, betul ke tak."
Tak percaya konon tapi dalam hati dah berbunga-bunga.
"Nanti la aku tanya dia, kau bila pergi Beijing?"
"Esok babe, lupa ke?"
"Ouh ya ingat ingat." Sebelum Bunga menguap luas.
"Hm tak apa lah Rora. Aku dah ngantok dah ni. Aku nak tidur."
"Okey goodnight.. jangan lupa baca doa sebelum tidur okey bye, i love you."
"Baik captain, bye love you too."
Tailan telefon diputus oleh Bunga sendiri. Lalu diletakkan telefon bimbit nya di beside table.
Selimut tebal itu dibuka dengan luas sebelum membaringkan tubuhnya di tilam empuk itu. Kemudian menarik selimut tebal tersebut kembali untuk menutup separuh tubuh nya.
"Aku jujur jela, kalau dia tolak cinta aku. Aku kena terima."
"Sebab dalam kehidupan kita tidak semua mampu kita miliki. Apatah lagi cinta?" Kata Bunga.
Bunga merenung ke atas menghadap siling. Kipas yang tergantung di atas pun di renungkan juga. Sehingga dengan perlahan kelopak matanya mula terlelap dengan sendiri.
••༺☆༻••
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.