Darrean dan Daazriel sibuk memasang peliti di keliling rumah. Di dalam rumah hanya ada perempuan sahaja. Ayden, Aria dan Dinara sudah diluar bermain bunga api dengan Darriel . Harisa masih lagi bersemangat untuk beraya padahal sedang sarat mengandung.
“Risa, kalau Risa tak nak duduk dalam bilik, pergi lah main bunga api. Sian Daisy tengok Risa macam ni,” risau tengok mak buyung seorang ni.
“Tak nak lah. Ni raya pertama yang Risa rasa meriah. Mana boleh lepaskan macam tu je,” tersengih Harisa.
“Lagipun kak Risa dah pujuk mama. Nasib mama bagi,” kata Dyraa.
“Lia risau akak meletop dekat sini je,” habis satu dapur tergelak. Dato Dyren dan Datin Mawar hanya berehat diatas. Kalau mama dengar mesti dia marah Dyliaa dah lah mulut masin.
“Harap kali in mulut lia tak masin lah,”
“Lately ni saya rasa sakit. Jap…. Macam ni ke rasa nak beranak Daisy?” pisau dilepaskan.
“Awak jangan main-main,” kata Daisy. Harisa terus menggeleng. Dahinya sudah berkerut menahan sakit.
“Panggil Riel!” jerit Dyraa.
“DARRIEL! RISA DAH NAK BERSALIN!”
Darriel yang sedang bermain bunga api dengan anak buahnya terdiam. Berlari Darriel masuk kedalam rumah.
“SAYANG!” jerit Darriel ditepi telinga Harisa.
PAK!
Wajah mulus Darriel ditampar.
“Jangan jerit. AAAAAAAAAAA SAKIT!” Harisa sudah mengenggam kuat tangan Darriel dan Daisy.
“Kita pergi hospital.” Darriel terus mendukung badan Harisa.
“Daisy dengan Arina ikut saya,” terus laju mereka masuk kedalam kereta mazda cx 5 Darriel.
Daisy dan Harisa sudah dibelakang. Arina duduk dihadapan. Harisa sudah baring di dalam kereta. Daisy takut kalau kena sambut bayi dalam kereta.
“Risa jangan teran lagi. Sabar,” tangan Daisy sudah berbekas dicengkam Harisa.
Risau mereka tunggu diluar. Darriel sudah kehulu-kehilir menuggu doktor keluar.
“Waris Harisa?”
“Saya!” semangat Darriel menangkat tangan.
“Encik nak masuk sekali?” Darriel menangguk.
Mereka berdua sudah masuk kedalam labour room. Darriel melihat isterinya yang berpeluh.
“Sayang okay?” tanya Darriel.
“Awak gila ke? Saya nak beranak ni. AAAAAA!” teran Harisa.
“Goodjob mummy. Teran lagi!” kata doktor itu.
“Good job darling, you doing amazing sweetie!” sorak Darriel dalam bilik bedah itu. Mata Harisa mencerlun tajam.
“AAAAAAA!” teran Harisa bersungguh-sungguh. Dia sudah rasa mahu menangis.
“Dah nampak kepala, sikit lagi mummy,” kali ini Harisa teran sekuat hati. Dia gunakan semua tenaga yang dia ada.
“Its a boy,” tiada kata. Mahu menangis. Terharu, teruja dan tak sangka. bayi diletak di atas dada Harisa.
“We did it sayang. Welcome to the world my lovely son. Hafy Darwin,” dahi Harisa dikucup dengan penuh rasa cinta.
“Assalamualaikum anak mummy,” suara tangisan Hafy membuatkan mereka rasa tenang.
“Thank you for everthing sayang. Thanks,” Harisa tersenyum. Maknanya tahun ini dia terpaksa beraya dalam wad la kan?
Hafy Darwin.
Takbir raya menyapa telinga mereka. Daisy yang sedang menyikat rambut Dinara tersenyum melihat Hafy.
Orang lelaki sudah pergi solat raya. Mereka yang perempuan ini, faham-faham sendiri lah ye.
“Nasib baik sempat sampai hosspital, kalau tidak mungkin nama Hafy jadi Mazda,” kata Arina.
“Mulut Liaa masin sangat,” bahu Dyraa ditolak.
“Baik betul Hafy, tak menangis.” Hafy didalam gendongan Datin Mawar. Mereka semua berkerumun melihatt Hafy yang sedang tidur nyenyak.
“Nara, awak tahu tak, mama saya cerita waktu awak baby dulu, awak asyik nangis je,” kata Arina.
“Ye ke? Tapi saya comel. Tak akan saya nangis?” bibir Dinara muncung kedepan.
“Iya, awak tanya mama awak,” terus terkedek-kedek Dinara berjalan.
“Mama, betul ke Nara kuat nangis?”
“Betul Nara.” Daisy tersenyum. Rasa macam baru semalam menggendong anaknya.
“Risa nak apa-apa tak? Aisy boleh tolong,” saja Daisy ingin membantu Harisa.
“Tak apa. Terima kasih Aisy bagi bantal ni. It’s such a life saviour,” bantal yang ditepi dipeluk. Bantal untuk ibu mengandun yang macam ular itu.
Mereka terpaksa membuat sisi bersalaman di dalam bilik wad. Mereka tidak mahu Harisa rasa ketinggalan.
“Cakap apa Nara?” kata Darrean.
“Nara tak ada salah, papa yang ada salah.” Dinara berkata sambil menguak rambut nya kebelakang.
“Nara, mita maaf cepat.” Daisy menjegilkan matanya. Mak-mak kan?
“Nara tak salah! Papa yang salah,” kakinya dihentak ke lantai.
Mata mereka memandang tajam sesama sendiri. Daisy ditepi sudah malu dengan perangai mereka berdua.
“Papa cakap salam,” Dinara terus mengambil tangan Darrean dengan kasar dan meyalami tangan itu.
“Tak ikhlas,” ujar Darrean dengan pelahan.
“Aisy pula,” terus Daisy melutut didepan suaminya.
“Abang minta maaf dulu,” dua kali lima aje macam anaknya.
“Sayangg…”
“Aisy minta maaf sebab selalu usik abang. itu je,” ringkas sahaja.
“Abang pun nak minta maaf sebab selalu buat Aissy marah. Abang sengaja,” mata Daisy terus membulat besar mendengar itu.
“Ap..” tidak sempat Daisy meletup, Darrean sudah memeluk tubuh Daisy.
“Nah,” duit raya. Mana tak makin besar mata Daisy.
“Sayang abang, muah, muah,” pipi Darrean dicium.
“Mama tak kiss Nara pun!” bentak Dinara. Mereka berdua sudah tergelak.
“Sini, mama kiss dua orang kesayangan mama.” Dinara dan Daisy sudah didalaam pelukan Darrean.
Raya kelima bersama Dinara.
Semenjak Darrean berumah tangga, hidupnya tidak pernah rasa terbeban. Semuanya senang sahaja.
Daisy dan Dinara adalah nyawa Darrean.
Daisy adalah cinta hati Darrean.
Cinta mati.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Daisy | Complete
Romansa"Takdir yang berlaku antara kita." Jika diberi pilihan untuk berkahwin, mesti kita mencari jodoh yang sesuai. Tapi apa pula rasa apabila jodoh itu bukan dicari tapi diberi? Start:17 July 2024 End:25 December 2024 Dilarang sekeras-kerasnya menciplak...
