Garpu dan sudu yang digunakan diletakkan semula di atas pinggan, tanda dia sudah selesai makan. Hujung bibirnya dilap menggunakan napkin yang disediakan. Tangan dijatuhkan di atas riba. Dia pandang sekilas dua orang pembantu rumah yang berdiri tidak jauh dari meja makan itu. Pandangannya kembali diluruskan pada depan.
"Dia dah balik?" tanyanya memecahkan kesunyian suasana.
Dua orang pembantu rumah itu berpandangan sesama diri menghantar isyarat, siapakah yang mahu menjawab soalan wanita itu. Tak betah berlama menggantung soalan si dia, salah seorangnya menjawab dengan anggukan kepala.
"Kau dah bisu ke sehinggakan tak boleh nak jawab soalan aku dengan menggunakan suara kau? Atau kau nak aku 'bisu' kan kau sampaikan tak boleh bercakap untuk selamanya?" Dia paling pantang bila 'hambanya' menjawab dengan cara begitu. Dianggap biadab.
"Ma... Maafkan saya." Segera dia berlutut di atas lantai. Suaranya bergetar ketakutan dengan ancaman wanita itu. Kepala tunduk memandang lantai. Kedua belah tangan mencengkam sisi dress warna biru tuanya yang paras lutut itu.
"Sa... saya tak tahu sama ada Tuan sudah pulang atau tidak," jawab gadis bernama Olivia itu.
Wanita itu hanya diam. Jantung Olivia berdetak kencang. Kebisuan wanita itu membahayakan. Dia sudah cukup kenal dengan sikap wanita itu. Memberanikan dirinya dia angkat kepala sedikit demi sedikit. Tanpa dia sangka...
Wanita itu sudah berdiri di hadapannya dan menjirus air di atas mukanya. Olivia hanya mampu pasrah menerima ini semua. Siapakah dia untuk menghalang perbuatan wanita itu.
"Hamba macam kau ni bodoh dan..."
Wanita itu membongkokkan sedikit badannya dan dia mencengkam pipi Olivia dengan kuat. Wajah dirapatkan dengan Olivia. Setiap inci wajah Olivia ditiliknya.
"... hodoh." Dia berbohong. Olivia memiliki rupa paras yang cantik. Dia iri dengan kecantikan gadis yang dianggap seperti hambanya saja.
Jangan jatuhkan maruah kau, Angel. Kau berganda lagi cantik jika dibandingkan dengan dia. Kau... Angelina. Kecantikan kau seperti bidadari. Sesuai dengan nama kau.
"Aku nampak kau pandang dia." Angelina menekan ayatnya satu-persatu.
"Ta... tak... tak." Berusaha Olivia mahu menjawab dalam kesukaran. Empangan air matanya sudah pecah lalu menitis membasahi pipi.
Angelina ketawa sinis bila Olivia memilih untuk menafikan. Tindakan yang berani. Dia tidak bodoh untuk memahami cara renungan Olivia pada 'miliknya'. Ini juga salah satu kepantangannya bila ada gadis lain memandang 'miliknya'. Sebelah tangannya melepaskan cengkaman pada pipi Olivia lalu naik memegang rambut merah Olivia. Dia mengelus lembut rambut merah milik Olivia sebelum dia cengkam kuat sehingga Olivia menghasilkan bunyi sakit dan merayu ingin dilepaskan.
"Sakit?" Makin Angelina mencengkam kuat lalu menarik ke belakang. Sebelah tangannya masih berada di pipi Olivia. Dia membenam kuku panjangnya yang diwarnakan hitam itu pada kulit pipi Olivia. Tekan dan mengguris panjang.
Darah mengalir. Barulah dia lepaskan Olivia dan ditolak begitu saja.
Itu baru sedikit.
"Aku dah pulang, Angel."
Angelina toleh kepala pada suara garau itu. Miliknya.
Dia berjalan ke arah Angelina dan pandangan lelaki itu terhala pada Olivia yang menutup wajahnya dalam keadaan menunduk. Dilihat bahu gadis itu terhinjut-hinjut menahan esakan tangisan dari terhambur. Dia nampak apa yang dilakukan oleh Angelina sebentar tadi. Cemburu wanita itu makin menjadi-jadi. Renungannya kosong buat gadis tidak bersalah itu. Kasihan? Tiada.
"Daniall..." Angelina peluk lelaki bertubuh sasa itu. Rindunya dia dengan lelaki ini. Haruman dari badan Daniall dihidu sepuasnya.
Angelina menjerit kecil bila Daniall bertindak mendukung tubuhnya. Jeritan kecilnya tadi lebih kepada jeritan manja. Dalam kesempatan itu Angelina tatap wajah kesayangannya dalam jarak yang dekat. Tangannya tak duduk diam, merayap pada wajah Daniall.
Daniall sudah biasa dengan tingkah laku Angelina. Dibiarkan saja. Mendukung Angelina dengan mudah sambil mendaki anak tangga ingin ke tingkat atas.
Angelina tersenyum tiba-tiba. Tangannya erat merangkul leher Daniall. Bibir Daniall menggodanya. Dia melekapkan bibirnya pada bibir Daniall. Lama.
"Sambung di bilik." Daniall menahan.
Daniall menolak pintu dengan kaki masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan Angelina dengan berhati-hati di atas katil. Angelina bangun lalu berdiri di depan Daniall. Tangan kembali dirangkul di leher Daniall. Intimnya posisi mereka.
Tangan Angelina jatuh membuka satu-persatu butang kemeja hitam Daniall. Dada Daniall yang tanpa apa-apa fabrik terpampang di depan matanya. Dia tekap tangannya di dada Daniall.
"Kau milik aku, Daniall."
Selamanya milik aku.
Aku takkan benarkan sesiapa merampas kau daripada aku.
***
Menarik tak?
YOU ARE READING
MISSION: HANS DANIALL
RomanceIni kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024