HANS - 07

20K 2.6K 817
                                    

Keadaan isterinya semakin teruk.

Katerina sakit. Dia selalu berhalusinasi Hans Daniall masih wujud. Semua orang berduka dengan pemergian Daniall. Yang paling terkesan sekali pastilah si ibu. Orang yang melahirkan anak itu. Katerina tidak boleh menerima kenyataan yang anaknya sudah tiada.

Katerina sentiasa mengulang ayat yang Daniall masih hidup. Naluri seorang ibu.

Tuan Denniz cium dahi isterinya penuh sayang lalu dia selimutkan tubuh itu. Matanya menjernih lagi bila melihat kesayangannya berada di dalam situasi ini.

"Kisah hidup mummy sedih. Pada usia mummy 17 tahun dia kehilangan semua ahli keluarga dia dalam satu malam. Semuanya dibunuh dengan kejam. Mummy ada abang dan seorang adik yang masih baby pada ketika itu. Semua kejadian tu berlaku waktu happy family ni sambut birthday mummy." Tuan Denniz membuka cerita.

Darren hanya diam menunggu daddy menghabiskan ceritanya. Dia tidak pernah tahu secara terperinci kisah family mummy. Dia hanya tahu mummy dah lama hidup sebatang kara sebelum berkahwin dengan daddy.

"Nama abang mummy... Kaiden. Dia suruh mummy menyorok sebab dia nak selamatkan baby. Bila mummy keluar dari tempat persembunyian dia, apa yang dia nampak mayat-mayat yang dipenuhi dengan darah. Semuanya dah tak bernyawa. Paling menyayat hati sekali, sehingga ke akhir hayat Kaiden... Dia cuba melindungi adik dia. Kaiden mati dalam keadaan dia peluk adik mummy yang masih bayi tu. Seorang bayi yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam. Perutnya ditikam. Boleh Ren bayangkan betapa traumanya mummy? Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia mummy, bertukar hari berdarah..."

Sedar-sedar saja air mata Darren sudah mengalir. Hatinya jadi sakit serta-merta bila tahu kebenaran yang sebenar. Dia tidak pernah tahu kehidupan mummy sebelum ini.

"Satu malam ni... mummy terjun laut sebab dia nak akhiri semuanya. Dia nak bunuh diri. Daddy berjaya selamatkan mummy. Beberapa tahun selepas itu, kami dipertemukan kembali di Jerman. Daddy masih ingat mummy. Tapi dia tak ingat daddy langsung."

Tuan Denniz tiba-tiba ketawa. Dia terasa lucu bila teringat semula kenangan dia dengan isterinya ketika muda.

"Daddy ingatkan mummy akan berubah jadi perempuan yang pendiam dan suka menyendiri. Tetapi, tak. Dia sangat hyper macam Niall. Dia suka buat kerja gila dan kacau daddy. Mummy tak seperti yang daddy sangka. Mummy menjalani kehidupan dia seperti biasa."

"Mummy seorang wanita yang sangat hebat, Ren. Kamu dilahirkan dari rahim seorang wanita yang hebat." Tuan Denniz tersenyum tawar saat menuturkan ayat itu. Sekilas dia pandang Darren yang berdiri di sebelahnya.

"Sepanjang daddy kenal mummy di Jerman... daddy tak pernah tengok mummy menangis kecuali dia menangis tipu-tipu. Mummy pandai berlakon tutup semua kesedihan dia. Mummy sangat ceria orangnya sama seperti Niall. Mummy yang ceriakan hidup daddy pada ketika itu. Bila ada satu hari, mummy tak ganggu daddy... hidup daddy jadi kosong. Daddy jadi risau. Mummy dah bosan dengan daddy ke? Rupanya dia sakit."

"Mesti daddy lagi risau bila tahu mummy sakit." Darren mencelah.

Tuan Denniz mengganguk. Dia mengakui yang dia risaukan Katerina bila tahu perkara yang sebenar. Tetapi, dia tidak tunjuk kerisauan itu di hadapan Katerina. Dia seorang lelaki yang egonya tinggi. Dia tidak mahu kalah dengan perasaanya. Bila dia dah mula cinta dan sayangkan Katerina pun dia masih mahu menidakkan perasaan itu.

"Daddy tak tahu macam mana mummy boleh kuat lalui semua ni. Dari dia remaja, dia dah diuji dengan kehilangan yang besar dan sekarang mummy kehilangan Niall."

────────

HUD hampa. Dia menanti uncle Daniall. Tetapi, yang muncul adalah uncle Damien. Dia mudah dapat membezakan kedua uncle tu.

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now