HANS - 16

16.5K 3K 647
                                    

Darren yang sedang meneguk air teh itu setia memerhatikan pergerakan Anayra yang ke hulu ke hilir. Anayra sibuk melayan anaknya Hud yang meragam mahukan macaroni yang dimasak mommynya. Tak nak makanan lain.

Riak serius yang terpancar di wajah Darren. Di atas ribanya ada Hessa yang sedang menonton video di iPad. Hessa goyangkan kepalanya ke kiri dan kanan mengikut rentak bunyi muzik dalam video.

Dalam fikiran Darren, dia memikirkan kata-kata Shahrul beberapa jam yang lalu. Mengenai Damien.

Shahrul arahkan dia dan Hero mencari Damien secepat mungkin. Sebelum Shahrul arahkan dia... Dia sudah terlebih dahulu mengupah orang untuk mencari Damien. Maklum balas yang diterima setakat ini adalah Damien sudah tiada di Malaysia.

Darren tertanya-tanya kemanakah Damien pergi? Pada awalnya dia fikirkan Damien sekadar menghilangkan dirinya di dalam Malaysia sahaja.

Anayra dapat merasakan Darren masih memandang belakang badannya. Dia menyedari hal ini sejak tadi. Tajam sekali renungan Darren untuknya. Apa yang tak kena ni? Kenapa Darren merenungnya begitu. Dia ada buat salah ke?

Tak tahan dengan situasi ini, Anayra putar tubuhnya menghadap Darren. Ahaa... Darren kekal merenungnya! Anayra silangkan tangannya di dada.

"Kenapa abang Darren asyik pandang Nayra dari tadi?" Anayra terus menyoal.

"Saja."

"Tipu." Anayra tak percaya dengan jawapan Darren. Tak mungkinlah Darren saja-saja nak memandang dia tanpa sebab.

"You tahu Damien pergi mana?"

Anayra geleng kepala. "Nayra tak tahu."

"You tahu." Keras Darren menuturkan ayat itu.

"Tak. Tahu." Anayra sambung menggaul macaroni di atas dapur.

"Selain Niall... Damien rapat dengan you. Mesti you tahu Damien pergi mana."

Terhenti perbuatan Anayra. Dia mengemam bibirnya rapat. Dia terdiam seketika untuk menyusun ayat.

"Kalau Nayra tahu sekalipun... Nayra takkan beritahu. Abang Damien pergi dari sini sebab tak nak orang cari dia."

Saat ini Darren yakin yang Anayra tahu keberadaan Damien.

"You kena tolong kami. Jangan sembunyikan Damien."

"Kenapa baru sekarang semua orang sibuk nak cari dia? Waktu abang Damien ada dalam rumah ni... Semua orang buat dia tak wujud. Ketepikan abang Damien. Kenapa baru sekarang? Dah terlambat." Anayra bercakap penuh beremosi. Ternaik sikit nada suaranya. Dia tidak bermaksud mahu marah Darren. Cumanya dia tak mampu mengawal emosinya. Emosi ibu mengandung.

Hessa yang berada di atas riba Darren itu terkebil-kebil pandang babah Darren dan mommynya. Mommy marah babah?

Anayra akui yang dia tahu di mana Damien sekarang. Namun, dia tidak boleh beritahu kepada sesiapa. Dia sudah berjanji dengan Damien untuk merahsiakan perkara ini.

Damien percayakan Anayra. Mana mungkin Anayra sanggup khianati kepercayaan yang diberikan Damien. Sekurangnya bila Damien beritahu dia di mana, Anayra lega yang teramat. Dia tahu abangnya dalam keadaan yang baik.

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now