DANIALL - 02

25.5K 3K 1.1K
                                    

"Aku nak tunjuk sesuatu..." ujar Angelina kemudian mendedahkan bahagian dadanya pada pandangan Daniall. Ketika itu mereka berdua duduk di atas katil. Angelina alihkan kedudukannya yang sebelum itu Daniall memeluknya dari arah belakang. Hangatnya berada di dalam dakapan Daniall yang tidak berbaju.

Mata Daniall mengikuti pergerakan tangan Angelina.

"Aku ukir nama kau di sini."

Daniall.

Nama itu dicacah di bahagian dada Angelina. Angelina tak pernah membuat tatu di badannya dan ajaibnya tatu pertama yang dibuat adalah dengan menggunakan nama jejaka ini.

"Ini bukti aku cintakan kau sangat-sangat. Kau akan sentiasa ada di sini, Daniall."

Angelina menarik tangan Daniall menyentuh tatu di dadanya. Daniall perlahan-lahan mengusap ukiran nama itu sambil memikirkan sesuatu. Riak wajahnya kosong, sukar untuk orang menebak perasaan sebenarnya.

Sebelah lagi tangan Angelina naik mengusap rambut hitam milik Daniall. Lelaki ini memang tidak banyak bercakap.

"Daniall..." Meleret suara Angelina memanggil kesayangannya.

"Hm?" Daniall angkat kepala sekaligus membalas renungan menggoda Angelina.

"Kau cintakan aku?" Soalan itu yang meluncur keluar dari mulut Angelina. Dia tenung tepat ke dalam mata Daniall. 

Daniall mengunci mulutnya rapat. Untuk soalan Angelina dibiarkan tergantung tanpa jawapan.

"Kenapa kau diam? Kau tak cintakan aku?" Emosi Angelina mula berubah begitu juga nada suaranya. Keningnya melengkung sedih. Daniall harus mencintai dia dan terus mencintai dia sehingga ke akhir hayat lelaki itu.

"Kau..." Suara Angelina tersekat bila Daniall mendiamkannya. Jari telunjuk Daniall ditekan pada bibirnya, mengisyaratkan agar dia berhenti bercakap.

"Syhhh..." Barulah keluar suara Daniall setelah sekian lama. Kepalanya digeleng. Dia melekatkan dahinya dengan dahi wanita itu. Hidung mereka berlanggaran. Bibir masing-masing tinggal beberapa inci saja sebelum bertemu.

"Aku cintakan kau. Kau segalanya untuk aku, Angel," bisik Daniall.

Angelina lega mendengarnya. Ketakutan dia adalah bila Daniall berhenti mencintai dia.

Daniall menarik pula tangan Angelina menyentuh dadanya.

"Aku akan ukir nama kau juga di sini. Angelina. Kau milik aku juga, Angel."

Angelina gembira dengan keputusan yang dibuat Daniall. Tidak tertahan lagi dia ingin mengoyak senyuman lebar. Dengan lelaki ini saja dia akan tersenyum seperti orang gila. Lelaki ini berbeza. Lelaki ini segala untuknya.

Dia menolak tubuh Daniall bersama dirinya jatuh baring ke atas tilam. Dia meletakkan kepala di atas dada lelaki itu, dijadikan sebagai bantal. Erat Daniall memeluk tubuh rampingnya. Kedua-duanya saling mengunci mulut.

Setelah memastikan wanita itu sudah tidur sepenuhnya, Daniall perlahan-lahan mengalihkan kepala Angelina dan digantikan dengan bantal. Berhati-hati dia melakukan perbuatan itu kerana tidak mahu Angelina terjaga. Dia selimutkan tubuh itu lalu memijak kaki ke atas lantai.

Sempat dia toleh kepala ke belakang, mengamati wajah lena Angelina.

Tidak perlu dia terangkan bagaimana kecantikan yang dimiliki Angelina. Wanita ini cantik persis bidadari.

Hanya wajah.

Bukan sikapnya.

Angel. Devil.

Sesiapa saja yang mengenali wanita itu buat kali pertamanya takkan menyangka betapa kejamnya seorang Angelina.

Daniall membawa langkahnya ke balkoni kamar tidur Angelina. Dia masih memakai seluar yang tidak disalin sejak siang. Bahagian atasnya sudah bogel tanpa pakaian.

Dia keluarkan kotak rokok bersama pemetik api. Sebatang rokok dikepitkan di celahan jari telunjuk dan jari hantu. Pemetik api dinyalakan pada hujung rokok itu lalu dibawa rokok pada bibirnya. Kedua tangannya ditekan pada penghadang balkoni. Angin malam yang sejuk menampar tubuhnya.

Mata melilau melihat pemandangan dari balkoni bilik Angelina ini. Mata helangnya dapat menangkap sesuatu yang aneh dalam kegelapan malam. Berterima kasih kepada satu tiang lampu yang bercahaya berada di kawasan itu.

Dia ternampak kelibat seseorang yang sedang merenung dirinya. Perbuatan gerangan tersebut sudah terkantoi. Agaknya sudah berapa lama si dia sudah berada di situ.

Seorang gadis. Berambut merah. Berpakaian seragam pembantu rumah ini.

Hanya satu nama yang terlintas di fikiran Daniall saat itu iaitu...

Olivia.

Benar sangkaannya kerana dia nampak dengan jelas wajah Olivia selepas itu. Bergegas Olivia melarikan diri bila mata mereka berkunci antara satu sama lain. Kalut gadis berambut merah itu ingin menghilangkan dirinya dari pandangan Daniall.

Daniall hanya pandang perbuatan Olivia tanpa perasaan. Dia menghembus asap rokok ke udara.

Gadis ini memang bodoh ke?

Kerana sengaja menempah maut. Bayangkan seandainya Angelina yang berada di posisinya sekarang. Pasti saja Olivia dibunuh. Tidak serik lagi setelah apa yang dilakukan Angelina beberapa jam yang lalu.

Semua orang sedia maklum betapa obsesnya Angelina terhadap Daniall.

Jika kau nak hidup, jangan tenung Daniall lama.

Persoalan yang bermain di benak fikiran Daniall, mengapa Olivia menghendap bilik ini. Olivia mahu menghendap Angelina... atau dia?



────────



Angelina.

Seperti yang dijanjikan semalam, Daniall buat tatu nama Angelina pada dadanya. Dia menggunakan khidmat Andrew si pembuat tatu yang terkenal di bandar itu. Dia melihat dirinya di dalam cermin yang disediakan dalam bilik itu. Tangan usap di bahagian ukiran nama itu.

Muncul wajah Andrew di dalam cermin. Berdirinya di belakang Daniall. Lelaki botak itu tersenyum sinis.

"Dia paksa kau buat tatu nama dia ke?" Andrew tertanya-tanya sejak tadi. Sinisnya soalan Andrew kerana dia tahu sikap seorang Angelina.

Daniall menggeleng.

"Aku yang nak buat tatu nama dia." Akui Daniall. Itu apa yang difikirkan apabila melihat Angelina buat tatu namanya semalam. Dia membutang kembali kemeja hitam di tubuhnya sasanya.

"Kau memang betul-betul cintakan dia." Andrew nyatakan.

Daniall putar tubuh menghadap Andrew.

"Sangat cintakan dia. Aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni melainkan dia."

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now