DANIALL - 13

21.6K 2.5K 686
                                    

Sewaktu sedang bercakap dengan Dayana, tiba-tiba Shahrul mendapat panggilan telefon dari adiknya, Anayra. Tergantung ayat 'kita' Dayana. Untuk panggilan pertama Shahrul, abaikan. Dia boleh call Anayra semula nanti. Apa yang penting Shahrul mahu mendengar pendapat Dayana.

"Jawablah dulu call tu, Shah. Mana tahu penting," pinta Dayana apabila telefon Shahrul tidak berhenti berdering.  

Shahrul jawab panggilan dari Anayra.

"Abang Zach... Adik ada berita nak sampaikan." Sebaik saja panggilan mereka disambungkan, Anayra terus ke tujuan utamanya tanpa bertanya khabar.  

Menangkap perkataan 'berita' itu membuatkan Shahrul rasa tak sedap hati. Ditambah pula dengan suara sedih Anayra. Sesuatu sangat.

Berita kematian kah? Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran Shahrul. Tergeleng kepalanya sendiri. Mohon dijauhkan.

"Berita apa, dik?" Shahrul bertanya serius.

"Hurmm... Berita... Berita..." Anayra teragak-agak mahu memberitahu.

"Adik dah kenapa tiba-tiba gagap ni?" Makin tertanya-tanya Shahrul apakah berita yang ingin disampaikan Anayra. 

"Err... Macam ni... Haa... Iya macam tulah."

Shahrul menepuk dahinya sekali. Kenapa susah sangat Anayra nak beritahu ni?

"Adik... Jangan buang masa abang." Shahrul mengingatkan sambil jemarinya mengetuk stereng kereta.

"One..."

"Two..."

Shahrul akan kira sampai 5. Jikalau Anayra masih tidak mahu memberitahu, dia akan end call.

"Adik... Adik pregnant!" Akhirnya terlepas juga perkataan itu dari mulut Anayra.

"Haaa kan boleh je nak cakap yang adik pregnant. Itupun susah sangat ke sampaikan tergagap-gagap," balas Shahrul selamba tanpa perasaan.

Pregnant je pun.

Sekejap...

Mata Shahrul mula membulat. Pregnant tu mengandung kan? Sel-sel otaknya baru nak berhubung. Lambat sedikit.
 
Jadinya...

"HAH ADIK PREGNANT?!" Pecah jeritan Shahrul di dalam kereta.  

Boleh bayangkan Anayra di Malaysia sana sudah jauhkan telefon dari telinganya gara-gara jeritan kuat abangnya. Fuh boleh cair tahi telinga.

"Betul ni adik pregnant?" Shahrul bertanya untuk kepastian. Dia ni ada trust issue sedikit dengan adiknya sendiri. Anayra banyak kali prank dia. Siapa lagi yang ajar Anayra benda macam ni kalau bukan Daniall.

"Betul betul."

Shahrul pukul-pukul stereng keretanya kerana happy sangat. Bibir mengoyak senyuman lebar.

"Alhamdulillah. Tahniah, adik."

"Adik sebenarnya... ada masalah besar."

Riak wajah Shahrul berubah. Anayra seperti tidak happy mengkhabarkan berita gembira ini. Pasti ada sesuatu yang terjadi di dalam rumahtangga adiknya.

"Hero curang ke? Dia ada perempuan lain belakang adik? Sebab tu suara adik sedih sangat sekarang ni. Beritahu abang. Jangan sembunyikan apa-apa dari abang. Diam maknanya betul. Hei, memang tak guna la jantan tu! Dia ingat adik aku ni apa. Adik aku ni punya la cantik. Cukup pakej kecuali tak reti memasak je. Apa lagi yang tak cukup. Siap boleh berikan dua zuriat yang sihat dan comel lagi. Boleh pulak dia pergi curang. Masalah betullah lelaki zaman sekarang ni. Tak cukup satu! Tahulah abang nak ajar si Hero tu sebab berani buat adik abang macam ni! Adik nak abang patahkan kaki dia tak... biar dia duduk atas wheelchair seumur hidup? Ataupun..." Shahrul semakin beremosi. Terbayang wajah Hero di depan matanya.

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now