DANIALL - 08

20.7K 2.8K 917
                                    

Arnold membuka pintu sebuah bilik untuk Angelina. Dia mempersilakan Angelina masuk ke dalam bilik itu terlebih dahulu sebelum dia mengekori dari belakang. Itu merupakan bilik pembantu rumah. Di dalam bilik itu terdapat dua katil single. Angelina dimaklumkan oleh Arnold ini adalah bilik yang dihuni Olivia bersama Leah.

Arnold berdiri tegak di muka pintu dalam keadaan kepalanya menunduk ke bawah. Dia tidak tahu apa yang ingin Angelina buat di dalam bilik ini. Permintaan tuannya agak pelik kerana mahu masuk ke dalam bilik ini. Apa tujuan sebenar Angelina? Tertanya-tanya dia.

Leah dan Olivia ada mencuri barang milik Angelina ke?

Angelina tidak pasti mana satu katil milik Olivia. Dia menggeledah saja semua barangan di dalam bilik itu. Barang peribadi di dalam bilik kecil ini tidak terlalu banyak. Dia hanya mahu mencari sesuatu yang mencurigakan.

"Kenapa kau hanya berdiri di situ? Tolong aku cari!" herdik Angelina. Jelingan tajam dilemparkan pada si Arnold.

"Ba... baik. Maafkan saya." Kelam kabut Arnold mendekati Angelina. Dia garu pula tepi kepalanya.

"Saya kena cari apa?" Perlahan saja suara Arnold berkata. Dia gerun.

"Cari saja apa-apa yang mencurigakan!"

Arnold mengganguk kepalanya laju. Patuh. Tangannya meraba bawah katil.

Manakala Angelina mencampak bantal ke atas lantai. Maka, terlihat sebuah buku. Dia terus mencapai buku itu dan menyelak setiap helaian buku itu. Giginya diketap kuat. Mata menyala garang.

"Pegang buku ni." Angelina membaling buku itu dengan kasar kepada Arnold yang sedang membongkok. Terlompat terkejut lelaki berusia 40-an itu. Cepat-cepat dia ambil buku itu dan peluk kemas.

Arnold terkebil-kebil pandang Angelina yang sudah melangkah keluar dari bilik itu. Jadi, buku inikah yang dicari Angelina? Diari Olivia atau Leah mungkin. Telahannya sendiri.

"Arnold!!" Jeritan itu membuatkan Arnold tergopoh-gopoh keluar dari bilik. Langkah dibuka besar mengejar langkah Angelina. Nampaknya mood wanita itu dalam keadaan yang tidak baik. Petanda yang buruk untuk semua.

Angelina mengubah laluannya bila mendapat tahu yang Daniall sudah pulang. Dia menuju ke bilik kerja Daniall. Pintu ditolak dengan kasar. Kelihatan Olivia si pembantu rumah sedang menghidangkan air pada Daniall. Cermat sekali kerja Olivia. Manakala, Daniall pula fokus pada laptop tanpa mempedulikan kehadiran Olivia di dalam bilik itu.

Angelina mengepal penumbuknya geram bila mendapati Olivia mencuri pandang wajah Daniall ketika menuang air di dalam cawan.

"Daniall..." Angelina buka mulut menegur kesayangannya. Suaranya dilunakkan manja.

Daniall angkat kepala. Dia terus berjalan mendapatkan Angelina.

"Kenapa kau..." Daniall tidak dapat menghabiskan soalannya bila Angelina tarik kepalanya dan mencium bibirnya dengan rakus.

Angelina buat aksi selamba itu di hadapan Arnold dan Olivia. Daniall membalas ciuman Angelina, dipeluk pinggang wanita itu ditarik makin rapat dengannya.

Sinis renungan Angelina untuk Olivia yang sedang menyaksikan aksi hangat mereka. Memang sengaja dia melakukan aksi ini di hadapan Olivia.

"Kenapa kau rakus sangat ni?" Soalan Daniall berbunyi nakal setelah ciuman mereka terlerai.

"Aku rindukan kau," jawab Angelina. Dia cium pula pipi Daniall kemudian rangkul lengan lelaki itu. Ditarik lelaki itu semula ke meja.

Angelina tolak badan Daniall jatuh duduk di atas kerusi. Kemudian, dia labuhkan punggungnya di atas paha Daniall.

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now