Comment banyak-banyak baru saya bagi double update :p
—
Sekelilingnya bertukar menjadi gelap serta merta. Daniall bingung mengapa dia boleh tiba-tiba saja berada di sini. Di tempat yang hanya ada kegelapan. Sunyi tanpa sebarang bunyi. Dia teruskan melangkah meskipun dia tidak berjaya melihat apa-apa.
Kepala Daniall tiba-tiba diserang sakit. Berdengung kuat. Berhenti melangkah, kedua belah tangannya naik memegang sisi kepala. Sakitnya tidak terkata.
"Erghh..." Daniall mengerang kesakitan. Kakinya jadi lembik dan terus jatuh terduduk. Dipejamkan kelopak matanya rapat sambil mencengkam kepalanya.
Bagaimana mahu mengusir rasa sakit ni? Terasa mahu pecah kepalanya.
Tiba-tiba dia merasakan sekelilingnya ada berlaku perubahan. Angin yang begitu kencang. Mata dicelikkan semula dan dia mendapati dirinya berada di tempat lain. Rooftop sebuah bangunan tinggi. Ajaibnya sakit yang menyerang kepalanya tadi terus hilang dengan sekelip mata.
Perlahan-lahan Daniall bangkit dan berdiri tegak. Dia memusing kepala pandang sekelilingnya. Angin begitu kencang menyukarkan untuk dia melihat. Di dalam ribut keadaan itu, kakinya bagaikan ditarik untuk pergi ke satu arah.
Angin tidak sekencang tadi dan memberikan pemandangan yang jelas kepada Daniall. Dia terlihat susuk seorang lelaki berhoodie hitam. Lelaki itu berdiri tegak dan merenungnya tajam.
"Muka .... muka... muka kau sama seperti aku."
Adakah apa yang dia nampak saat ini adalah... dirinya sendiri?
Daniall meraba-raba wajahnya sendiri. Mata, mulut, hidung dan suara pun sama. Hampir kesemuanya sama!
"Niall..." Lelaki itu bersuara.
Makin berkerut dahi Daniall.
"Baliklah, bodoh. Ini bukan tempat kau."
Bukan tempat dia? Apa maksudnya? Ketika Daniall berfikir maksud ayat itu, tanpa disangka lelaki itu berundur lalu menjatuhkan badannya ke belakang sekaligus menghilang dari pandangan.
Daniall pantas berlari ke arah tempat lelaki berhoodie hitam itu tadi.
Lelaki itu terjun dari bangunan tinggi ini.
────────
MATANYA tercelik luas bersama debaran di dada yang menggila. Dahi dan sekitar lehernya basah dengan peluh. Tegak badannya duduk dari posisi baring.
Dia bermimpi lagi!
Mimpi kali ini aneh...
Dia nampak dirinya sendiri terjun dari bangunan.
Apakah maksudnya?
Mimpi ini membawa sebarang petunjuk. Barangkali.
Daniall turun dari katil dan dia melangkah keluar dari biliknya. Dia menuju ke bilik kerjanya. Kebiasaannya bila dia terjaga dari mimpinya, dia takkan boleh tidur semula. Dia kerap mendapat mimpi yang aneh. Paling aneh sekali adalah mimpi tadi.
Hampir sejam dihabiskan waktunya di dalam bilik itu. Dia bekerja untuk keluarga Hawthorne, menguruskan hotel yang diserahkan Angelina kepadanya. Angelina sangat percayakan dia. Di dalam istana lama ini, tinggalnya dia bersama Angelina dan sebilangan ahli keluarga yang lain.
Daniall tarik laci di bawah mejanya. Dia mencapai sebuah buku itu dan diletakkan di atas meja.
Ini buku milik... Olivia.
YOU ARE READING
MISSION: HANS DANIALL
RomansaIni kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024