HANS - 04

22.7K 2.8K 867
                                    

"Wadepak." 

"Apa?!" Membulat besar mata Anayra mendengarnya. Segera dia melutut di depan si anak. 

"You ulang semula apa you cakap tadi?" Pinta Anayra. Mungkin dia silap dengar tadi. Tapi macam ye.

"Wadepak." Hud mengulang. Dia kelip-kelip matanya comel pada mommy.

"Siapa ajar you cakap macam ni?" Tertanya-tanya Anayra dari mana Hud belajar perkataan ini sedangkan dia mengawal sehabis baik kartun yang boleh ditonton Hud. Semuanya rancangan yang ditapis. Tahun ini Hud dah berusia 4 tahun.

"Uncle." Hud tunduk. Dia takut sebab muka mommy garang sangat pada ketika ini. Bibirnya tercebik.   

Salah ke apa yang Hud cakap tadi sampaikan mommy marah? Dia cakap begitu sebab dia selalu dengar uncle cakap 'wadepak'.

Bila Hud sebut nama 'uncle' je, Anayra dah tahu uncle mana yang dimaksudkan Hud. Dia singsing lengan bajunya sehingga ke siku. Dia pegang tangan Hud agar mengikuti langkahnya.

Siaplah dia! 

"Kakak!" Hud menjerit bila Hessa dah pulang dari sekolah.

"Hellourrr adikk kurrr." Hessa turunkan cermin mata berbentuk love warna pink. Penuh gaya diva dia menegur Hud. Sebelah tangan digunakan untuk memegang batang lolipop yang sedang dijilat. Manakala, sebelah lagi tangan mencekak pinggang.

Hessa dongak kepala pandang mommy pula.

"Are you okay mommehhh? Muka you macam nak telan orang."

"Ye mommy nak telan orang."

"Mommy nak telan papa ke? Pastu bagi Hessa adik lagi?"

"Siapa ajar cakap macam ni?" Berkerut dahi Anayra.

"Uncle," jawab Hessa lurus. Uncle cakap dengan cara tu dia akan dapat adik lagi.

Anayra menepuk dahinya perlahan. "Hessa ada nampak uncle?"

"Ada. Dia kat depan." Hessa terserempak tadi ketika keluar dari kereta. Dia hanya mampu menggeleng kepala bila melihat uncle.

Bila agaknya uncle nak berubah?

Anayra berjalan ke arah yang dimaksudkan Hessa. Hud dan Hessa mengikuti langkahnya mommynya dari belakang. Seperti yang dijangkakan semua orang, di situlah manusia itu berada.

"Abang Niall." Lembut suara Anayra memanggil. Dia tersenyum lebar. Bahu Daniall ditepuk dari arah belakang.

"Yes, baby Nayra?" Daniall menyahut. Tapi tidak menoleh sebab sedang sibuk hafal tarian baru di tiktok.

"Abang..." Meleret Anayra panggil.

"Ya. Tunggu kejap. I busy ni. By the way, you nak tahu tak... video I cecah 2 milion dalam masa beberapa jam je disebabkan Hud dan Hessa. Anak-anak you berguna untuk dijadikan content I.  Selalu view tinggi. Hehe. Tapi you jangan beritahu Hero ketiak masam tu. Dia tu bising la. Asyik nak membebel je macam Darren. Sebab tu I tak suka suami you tu. Kenapa la you kahwin dengan dia, baby Nayra? You tak serabut ke dengan dia? You suka dia sebab ketiak dia je kan? Itupun masa you pregnant je. Keluarlah dua ketul budak ketiak."

Daniall duduk di atas lantai. Lenguh pula berdiri. Tadi dia gelek sakan.

"Baby Nayra... you ada terfikir tak nak tambah anak lagi? Hud dah 4 tahun. Apa kata kali ini you dengan Hero cuba buat anak kembar. Mesti comel macam I. Aaa tak sabarnya."

Anayra dah tak tahan. Daniall takkan berhenti bercakap selagi...

Daniall menjerit kuat bila Anayra menarik cuping telinganya lalu dipulas. Ya Allah, selamatkan aku. Mommy shark dah mengganas! Hero ambik bini kau ni!  

"Peah sakit Peah!"

Bila Anayra dah puas, barulah dia lepaskan telinga Daniall.

"Eiii Nayra geram dengan abang Niall ni!"

Daniall menggosok telinganya yang merah. Air matanya berair. Sakit ye semua orang. Selepas ini dia nak mengadu kat mummy dia.

"You silap orang ni nak geram. You patut geram kat husbabi you tu."

"Nak Nayra tarik telinga lagi?" Ugut Anayra. Dia acah-acah ingin menarik telinga Daniall buat kali kedua.

"Okay sorry sorry." Daniall serik.

"Hud cakap wadepak." Anayra kembali ke tujuan asalnya mencari Daniall.

Daniall terkejut beruk lalu menutup mulutnya dengan kedua belah tapak tangan. Matanya membulat pandang Hud di sisi Anayra. Anayra kini sedang diapit oleh anak-anaknya.

"ASTAGHFIRULLAH HUD DAARON! APA NAK JADI DENGAN KAMU NI!"

"Astaghfirullah..." Berulang kali Daniall mengulang.

"Rotan mana rotan! Biashee dia ni!" Jerit Daniall lagi.

Cepat-cepat Hud memeluk kaki Anayra sebab takut bila Uncle Daniall cakap pasal rotan. Dia sembamkan mukanya pada kaki Anayra.

"Baguslah cari rotan. Biar Nayra yang rotan abang Niall."

"Eh... Kenapa you nak rotan I pulak? I baik. Suami you tu... You kena rotan dia. Mesti dia yang ajar Hud cakap macam tu." Daniall membela dirinya dan menuding salah kepada Hero.

"Hud cakap abang Niall yang ajar."

"What?!"

"Budak-budak tak reti menipu, abang Daniall."

"Betul tu mommy. Uncle Daniall selalu sebut damn! Shit!" Hessa mencelah. Dia mengikut gaya mommynya juga yang sedang bercekak pinggang.

Daniall gigit jari telunjuknya. Memang dia yang bersalah tapi...

"I tak salah! Anak-anak you yang salah! Siapa suruh diaorang dengar? Ada I suruh? You tak boleh meletakkan kesalahan tu pada I sorang je. You kena selidik siapa yang betul-betul bersalah. Boleh jatuh fitnah bila jadi macam ni dan berdosa."

Anayra tarik rambut Daniall. Eiiii geram betul la dengan abang dia ni. Suka sangat menjawab dan tak mengaku kesalahan sendiri.

"Abang Niall diam."

"Okay."

1 saat.

2 saat.

"Tak boleh, baby Nayra. I boleh terkena sawan kalau diam."

Katerina yang melihat itu tersenyum sambil menggeleng kepala. Hai la Niall...




Jangan mudah terpedaya. Ini permainan 'dia.'

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now