DANIALL - 05

21.6K 2.7K 592
                                    

"Aku nak kahwin dengan kau. Jadi isteri kau. Itu impian aku."

Daniall berhenti mengunyah makanan. Dia pandang tepat ke dalam mata Angelina. Untuk pertama kalinya Angelina menyuarakan hasratnya yang satu ini. Dalam erti kata lain, Angelina ingin mengikat hubungan mereka kepada tahap yang lebih serius.

Dia cintakan Angelina.

Sangat-sangat.

Wanita ini bermakna di dalam hidupnya.

Jika Angelina kata impiannya adalah berkahwin dengan Daniall. Sama juga seperti lelaki di luar sana yang mempunyai impian menjadi pasangan hidup Angelina. Angelina memiliki segalanya iaitu Hawthorne. Dalam ramai-ramai lelaki, Daniall yang berjaya menangkap perhatian Angelina.

Daniall yang menawan. Daniall yang penuh karisma. Daniall... Ada sesuatu pada dirinya.

"Kau pun ingin berkahwin dengan aku." Ayat yang dituturkannya bukan di dalam bentuk soalan namun desakan. Angelina bertindak membenam kuku panjangnya pada kekura tangan Daniall. Bibir ukir senyuman tajam.

Daniall membalas perbuatan Angelina dengan usapan mesra lalu dia menarik tangan itu dan dibawa ke bibirnya. Renungannya masih tidak putus melekat pada wajah Angelina. Kemudian, dia jatuhkan bibirnya pada tangan wanita itu.

"Sudah semestinya," jawab Daniall.

Angelina tahu Daniall takkan boleh menolaknya.

Pada akhirnya, dia akan memiliki apa saja yang dia inginkan. Hidupnya dalam tuah sejak dia dilahirkan di dunia ini. Orang sendiri pernah berkata yang dia membawa tuah. Kerana selepas dia lahir, Hawthorne semakin berkuasa.

Angelina mencapai botol wain merah yang tersedia di atas meja itu. Dia tuangkan wain merah itu ke dalam gelas lalu ditolak kepada Daniall. Setelah itu mereka melaga gelas masing-masing yang berisi wain merah.

Puas minum, mereka menari bersama tanpa muzik. Daniall tidak tahu menari. Tetapi, itu dulu. Sekarang dia sudah mahir menari disebabkan Angelina yang sentiasa membawa dia sebagai pasangan ke majlis penting.

Wanita ini bagaikan magis di dalam hidup Daniall.

Kemudian, mereka keluar dari ruangan itu dan Daniall mula bermain piano putih kesayangannya. Angelina pula bersama segelas wain merah di tangannya, duduk di atas piano menghadap Daniall. Kakinya yang berkasut tumit tinggi berwarna hitam itu disilangkan penuh menggoda.

Angelina mengganggu konsentrasi Daniall dengan menekan kakinya yang berkasut tumit tinggi itu di atas papan kekunci piano. Tercipta bunyi sumbang. Dia memegang dagu Daniall lalu didongak ke atas agar memandangnya.

"Daniall..."


────────


MELEPASI jam 12 tengah malam, dia berkeliaran di dalam istana lama itu. Tidak terlihat walau seorang pun manusia melainkan dia. Dia menuju ke suatu tempat. Langkahnya begitu pantas.

Dia memasuki satu ruang yang digelar kawasan larangan. Hanya dia diberikan akses untuk memasuki tempat ini kerana dia yang membina tempat ini khas untuk orang tuanya.

Ruang yang sejuk.

Seram.

Mati.

Bagi Angelina pula dia tidak merasakan apa-apa. Dia mula menyalakan api pada setiap sudut ruangan besar itu.

Maka, mula terlihat sesuatu yang berada di situ. Dua keranda berkaca diletakkan bersebelahan. Di dinding pula tergantung bingkai gambar besar. Samar-samar kelihatan wajah pasangan suami isteri itu.

Angelina menatap gambar orang tuanya. Dia ukir senyuman misteri. Dia alihkan pandangannya pada keranda.

"Father..."

"Mother..."

Sudah 10 tahun berlalu sejak mother dan father pergi. Mother mati disebabkan menghidap penyakit kronik. Penyakit yang tiada ubatnya. Sepanjang mother sakit, father mengabaikan si isteri sepenuhnya.

Tibalah suatu hari, mother menghembuskan nafas terakhirnya di dalam pangkuan Angelina.

Pada hari yang sama father juga mati. Menjelang 12 tengah malam, father ditemui mati. Kepalanya dipenggal dan digantung di luar istana. Pembunuhan yang sungguh kejam. Pada badan father diukir dengan nama Melantha, nama isterinya.

Father mati dibunuh anaknya sendiri. Angelina.

Usianya baru belasan tahun ketika itu. Usia yang masih mentah. Dia menamatkan riwayat hidup father dengan tangannya sendiri.

Semuanya kerana dendam. Balasan untuk father kerana mengabaikan mother.

Angelina rasa bersalah membunuh father? Tidak sama sekali. Dia puas dengan apa yang dilakukan.

Biarlah mother dan father mati sekali. Cinta sejati sehinggakan mati pun pada hari yang sama.

"Angel rindu."

Sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang tahu siapakah pelaku sebenar yang membunuh father.


────────


DIA melangkah masuk ke dalam kamar tidur milik Daniall. Bibir tersungging senyuman sinis. Dia menapak ke katil Daniall. Terlihat sekujur tubuh itu terbaring di atas katil. Tidur.

Angelina labuhkan punggungnya di tepi katil. Dia mendapati Daniall berpeluh-peluh di sekitar kawasan dahinya. Berkerut dahi Daniall dalam tidurnya. Angelina tahu apa yang sedang dialami oleh jejaka itu. Tidur Daniall tidak nyenyak.

"Kasihan kau..." Bibir Angelina mencebik sedih. Dia mengelap peluh Daniall lalu diusap rambut lelaki itu penuh sayang.

"Kau masih mimpi ngeri sehingga ke hari ini."

"Kau sepatutnya mimpi yang indah-indah, Daniall. Mimpikan aku. Mimpikan kita."

Angelina melentokkan kepalanya manja di atas dada Daniall. Dia cium dada lelaki itu di mana terukirnya nama dia. Setiap kali dia melihat tatu 'Angelina' itu dia puas.

"Aku akan temani kau tidur malam ini," kata Angelina lagi.

Dia pergi ke balkoni kamar tidur Daniall. Dia ternampak seseorang di bawah sana. Olivia.

"Perempuan bodoh... Aku nak lihat sejauh mana keberanian kau."

Tawa keji Angelina pecah. Dia sudah lama mengesyaki sesuatu yang aneh mengenai Olivia. Banyak kali dia tertangkap perbuatan Olivia yang menghendap kamar tidurnya dan Daniall. Dia tidak bodoh untuk menyedari semua tu.

"Mungkin aku patut fikir bermula dari sekarang... Bagaimana aku nak bunuh kau."

MISSION: HANS DANIALLWhere stories live. Discover now