"Abang Damien!" Anayra menegur ceria abangnya yang tiba-tiba muncul di dapur. Melebar senyumannya.
Damien sekadar 'hmm' je membalas sapaan Anayra. Dia terus mengambil tempat duduk di hadapan Anayra yang berapron warna pink itu.
"Datang sorang je ke?" Soalan Anayra berbunyi nakal. Dia tertunggu-tunggu juga sekiranya ada orang lain akan muncul sekali dengan Damien.
"Kau ada nampak sesiapa ke tepi depan belakang aku ni?" Soalan dibalas dengan soalan. Damien jungkit sebelah keningnya ke atas.
"Nayra ada buat cookies. Abang Damien cuba rasa. Abang dikira special jadi orang pertama yang rasa cookies Nayra harini."
Damien menggeleng kepalanya sekali.
"Kenapa geleng kepala?" Anayra buat muka marah.
"Cookies kau tak sedap. Keras macam batu." Jujur Damien berkata. Dia memandang sepi cookies yang dibuat Anayra itu. Dia dah serik nak makan cookies adiknya.
"Abang Damien tak rasa lagi dah kritik cookies Nayra," ujar Anayra geram. Dia mengembungkan pipinya.
"Memang tak sedap. Kau buat cookies dari dulu gagal."
"Tapi... abang Niall selalu puji cookies Nayra paling sedap dalam dunia ni."
"Orang bodoh je percaya dengan kata-kata Niall." Setepek Damien bagi. Dia cuma memberitahu fakta saja. Selama ini Daniall terlalu menjaga hati Anayra dengan memuji berlebihan. Walhal di belakang Anayra, Daniall mengutuk biskut Anayra seperti biskut Yaya dalam kartun boboiboy.
Anayra menunduk sedih. "Abang Damien cakap Nayra bodoh..."
"Tak la bodoh. Kau kurang cerdik je."
"Sama jelah tu!" Anayra rasa nak cekik je Damien. Berbisa betul mulut Damien bila dia mula bercakap.
Damien sumbat juga cookies Anayra itu ke dalam mulutnya. Gigih dia mengunyah. Dia buat jari thumbs up pada Anayra.
"Aku sarankan kau berhenti buat cookies. Kau jaga je laki kau tu elok-elok. Tak pandai masak tak apa. Suami kau kaya, dia mampu upah banyak maid. Lagipun dia sayang kau gila-gila. Setakat kau tak pandai masak, tak kurang pun sayang dia pada kau."
Mengecil mata Anayra merenung Damien.
"Nayra... Ambilkan aku anggur." Selamba Damien mengarah. Dia malas nak bangun. Anayra pula boleh diharap, terus patuh dengan arahannya.
"Abang Damien dah jumpa mummy?" Baru ada kesempatan untuk Anayra bertanya sambil dia membasuh buah anggur untuk abangnya.
"Dah," jawab Damien perlahan. Dia sekadar melihat mummy dari muka pintu. Mummy kerap termenung sambil memeluk frame gambar Daniall.
Damien tidak mendekati Katerina setelah apa yang terjadi beberapa hari yang lalu.
Dia terluka?
Entah. Dia bukan seorang yang mudah terluka dengan kata-kata tajam manusia.
"Shah mana? Aku tak sempat jumpa dia haritu." Damien ubah topik perbualan dengan bertanya keberadaan Shahrul.
"Abang Shah kan pergi Agujero. Takkan abang Damien tak tahu?"
"Agujero?" Berkerut dahi Damien. Tempat apa tu?
"Ye." Sepatah Anayra menjawab. Tiba-tiba dia menepuk dahinya bila baru tersedar sesuatu. Dia toleh ke belakang pandang wajah Damien.
"Nayra lupa yang abang Damien tak ada waktu perbincangan itu. Patutlah abang Damien blur."
"Explain."
YOU ARE READING
MISSION: HANS DANIALL
RomantikIni kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024