Damien meminta izin dari daddy untuk bertemu Katerina. Pada tengah malam itu, Damien menatap sepuasnya wajah mummy yang sedang lena diulit mimpi. Dia labuhkan punggungnya di sebelah tempat mummy tidur.
Dia sentuh tangan mummy dan digenggam erat. Dia bawa tangan itu ke pipinya. Cecair hangat dari matanya laju menuruni membasahi pipinya.
"Mien sayang mummy. Sangat-sangat," ucapnya.
"Maafkan Mien sebab tak faham keadaan mummy. Mien dah cuba. Tapi, Mien yang sakit."
Dia sakit kerana dirinya tidak dipandang oleh ibu kandung sendiri. Dia sakit kerana kewujudannya tidak dianggap di dalam rumah ini.
Dia sakit kerana sudah terlalu lama pendam apa yang dirasa.
"Niall akan kembali pada keluarga kita. Mien berharap lelaki tu Niall kita. Mummy jangan risau... Niall akan kembali. Shah dan Dayana dah pergi sana. Diaorang lagi layak cari Niall. Bukan Mien. Mien yakin mummy akan sihat semula bila Niall ada." Damien katakan semua ini ketika Katerina tidur kerana mummynya takkan dengar segala luahannya. Inilah caranya.
"Kehilangan anak tu sakit kan, mummy?"
Damien ukir senyuman pahit. Memang itu kehilangan yang paling menyakitkan.
Damien rindukan mummy yang dulu. Kehilangan Daniall benar-benar memberikan impak yang besar kepada mereka semua.
Damien peluk pula tubuh mummy. Dia tersenyum. Tidak mengapalah pelukannya tidak berbalas. Ini sudah mencukupi. Dia rindu nak peluk mummy.
"Mien pergi dulu, mummy. Entah mummy sedar atau tak yang anak mummy ni dah tak ada. Doa Mien untuk mummy takkan pernah putus. Mummy akan sihat semula dan bila saat itu tiba... Mien nak mummy peluk Mien macam dulu."
Damien mencium tepi kepala Katerina. Perlahan-lahan dia beralih dan berdiri semula. Dia sapu air matanya dengan hujung jarinya. Dia menoleh ke belakang. Wajah daddy dan Darren memenuhi pandangannya.
Mereka mendengar luahannya.
"Damien nak pergi mana?" tanya Tuan Denniz lembut.
"Pergi jauh dari semua orang," jawab Damien tanpa perasaan. Atau lebih tepat dia mahu pergi ke tempat yang boleh memberikan ketenangan kepadanya. Dia berjalan melepasi Darren dan Tuan Denniz. Dia keluar dari bilik itu.
Darren pantas mengejar langkah Damien.
"Aku minta maaf, Damien. Aku bersalah dalam hal ni." Darren memohon ampun atas perbuatannya.
Damien marahkan Darren sangat-sangat untuk pertama kalinya. Buktinya Damien tak mahu memandang muka Darren. Apatah lagi bercakap dengan Darren setelah kejadian petang tadi.
"Jangan pergi, Damien." Halang Darren. Dia tak sanggup kehilangan adiknya lagi. Cukuplah Daniall. Takkan sekarang Damien pula.
"Ren. Kau... orang yang paling aku hormat selepas mummy dan daddy."
Darren maju ke depan.
"Kau boleh bagi alasan yang kau terlupa nak beritahu aku info tu. Tergamak kau boleh lupakan aku sedangkan aku ni orang paling rapat dengan Niall. Aku kecewa dengan kau. Kecewa sangat. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau sampaikan kau buat keputusan untuk ketepikan aku. Sekarang ni aku dah tak peduli apa nak jadi. Aku pergi sebab aku tak nak terus terluka."
"Aku ada ke tak, keadaan tetap sama." Kata-kata terakhir Damien sebelum dia melangkah pergi. Dia tekad dengan keputusannya untuk pergi.
────────
DAYANA banyak menyumpah Shahrul di dalam hatinya dek kerana geram dengan sikap sambil lewa jejaka itu. Sungguh dia tak faham dengan Shahrul ni.
Shahrul lupa ke tujuan asal mereka datang ke negara ni? Dia bagaikan lupa segalanya saat menjejakkan kaki di sini.
YOU ARE READING
MISSION: HANS DANIALL
RomanceIni kisah Hans Daniall, beban kepada family dia. Jalan cerita yang penuh dengan drama. Drama king. Rules number one : don't trust Daniall. [MATURE CONTENT] Read at your own risk. START : 2 SEPTEMBER 2024