BAB 1

300 38 3
                                    

Dah 20 tahun berlalu sejak aku mengubah hidupku. Hidup yang dulu sunyi dan hampir musnah.

Dan 20 tahun jugalah aku ditemani dan disayangi oleh seorang sosok lelaki yang begitu hebat. Sosok lelaki yang sangat menyayangiku seperti seorang bidadari.

Lelaki sempurna ini.

Kim Doyoung.

Kini usiaku sudah menginjak 40an. Dan genap seminggu sudah sejak berita sedih ini diketahui aku sekeluarga.

Berita kematian Doyoung.

Aku meletakkan tanganku diatas pusara suamiku. Suami yang sangat aku sayang. Doyoung yang sangat aku cintai.

Doyoung suami yang baik. Dia cuba menjadi yang terbaik setiap hari. Dan setiap masa dia mencuba menjadikan aku perempuan terbahagia.

Sungguh tiada cela bersama dengan suami aku.

Dan aku dikurniakan seorang cahaya mata yang wajahnya saling tak tumpah seperti Doyoung. Seperti mini Doyoung.

Aku tertawa kecil.

Kini anak gadisku sudah menginjak usia 20 tahun juga. Gadis yang ceria sebab dia sangat rapat dengan ayahnya.

" Saya gembira sangat sekarang. " Tawa Doyoung. Aku berkerut lantas melonggarkan pelukan Doyoung dipinggangku. Segera aku memandangnya tajam.

" Kenapa? Awak jumpa perempuana cantik mana? "

Doyoung tertawa dan menggeleng laju. Dia memandangku dan tersenyum kecil.

" Tiada yang sempurna macam awak, sayang. Saya cakap pasal kehidupan saya sekarang. Sangat membahagiakan. "

" Kenapa? "

" Sebab saya ada dua bidadari. Choi Haewon, isteri saya paling cantik, dan anak gadis saya yang sangat comel, Kim Yujin. "

Pipiku memerah lantas Yujin didalam babycoat dipandang hiba. Anugerah yang Tuhan berikan kepadaku dan Doyoung selepas berjuang.

Iyelah Jeongwoo dan Jia tu anak dah tiga, kitorang baru ada satu. Tetapi itu semua rezeki Tuhan dan aku bersyukur sebab Yujin pun dah lebih daripada sempurna.

Lahir tanpa cacat cela dan sihat, itu sahaja aku mahukan.

Dan kehidupanku bermula bersama Doyoung dan Yujin. Walaupun Doyoung sibuk sebagai seorang doktor, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah yang baik.

Setiap pagi sebelum ke hospital, dia pasti menyediakan susu untuk Yujin. Kemudian, usai mandi, Doyoung akan menyediakan sarapan untukku sebelum aku juga akan berangkat ke butik pengantin.

Aku sedikit susah dan tidak terkawal sejak Jia berhenti kerja. Semua kerana Jeongwoo.

Sahabatnya itu tidak membenarkan Jia kerja sebaik sahaja anak ketiga mereka lahir. Jeongwoo mahu Jia duduk dirumah dan menjaga anak mereka.

Aku faham, Jeongwoo juga sibuk. Lelaki itu bekerja sebagai seorang engineer yang menyebabkan kadangkala kerja juga perlu dibawa pulang ke rumah.

Dan Jeongwoo memerlukan Jia untuk membantunya kerana Jeongwoo tidak mahu anak anak mereka kekurangan kasih sayang orang tua.

Jeongwoo faham kerana dia juga kekurangan kasih sayang orang tua dahulu. Jadi dia tidak mahu anaknya turut terkena perkara yang sama.

Umur 40an begini, sudah semestinya aku dah tua. Zaman beredar, banyak perkara yang berlalu. Dan banyak trend yang kini aku tidak tahu.

Oh abangku? Choi Hyunsuk yang hebat itu, sekarang menetap di London bersama isteri tercinta. Hyunsuk mengambil keputusan untuk berpindah kerana isterinya orang London.

Sesekali Hyunsuk akan pulang membawa anak isterinya. Aku rindu juga abang aku tu. Kami kan rapat.

Tapi masing-masing dah ada keluarga.

Dalam mengelamun itu aku tidak sedar aku sudah pun sampai dirumah. Rumah kosong.

Tanpa gelak tawa Doyoung. Tanpa usikan Doyoung. Tanpa senyuman suaminya yang tampan itu.

Oh, hidup ini terasa berbeza.

Tuhan, jagalah Doyoung disana ya? Dia suami dan ayah yang baik sehingga hujung hayatnya.

Dan kini aku tidak mahu terlalu larut dalam kesedihan. Aku perlu mencari hobi sementara waktu senggang ini.

Yujin? Anak gadisku itu ada di kampus universitinya. Menetap di kolej dan pulang sesekala.

Yujin cantik. Sungguh cantik. Pandai Doyoung jaga.

Tawaku perlahan.

Dan kini aku rasa aku perlu mengemas bilikku. Mungkin mengemas habuk sedia ada dan menjenguk kotak simpanan apa yang ada.

Selama ini Doyoung juga yang mengemas. Lihatlah betapa hebatnya suamiku menjaga aku.

Semua dia buat.

Haih, macam manalah saya nak hidup tanpa awak lepas ni sayang...

Aku memulakan kerjaku dengan membuka satu kotak yang agak sederhana berat. Tertawa kecil saat melihat dalamnya penuh dengan album keluargaku.

Satu persatu aku selak. Ada gambar daripada Yujin lahir sehinggalah dia menginjak umur 5 tahun. Semuanya tersusun cantik.

Langkah pertama Yujin, senyuman pertama Yujin, tawa pertama dia...

Semuanya ada disana.

Dapat dilihat senyuman bahagia diwajah Doyoung. Benarlah kata suaminya. Doyoung bahagia.

Kemudian, aku menjumpai gambar perkahwinan kami. Gambar saat dia melamarku dimajlis perkahwinan Jia dan Jeongwoo.

Bila difikirkan, agak biadap ye kami buat begitu. Nasiblah selepas itu, Doyoung meminta maaf kepada dua pengantin itu kerana merosakkan majlis.

Selesai, kotak pertama. Isinya indah.

Kemudian, mataku beralih ke kotak kedua. Agak ringan. Kemudian aku membuka dan melihat isi dalamnya.

Oh barang aku semasa sekolah dulu!

Ada baju seragam, gambar polaroid aku, Jeongwoo dan Jia, ada juga gambar graduation kami.

Banyaknya kenangan manis.

Rindu pula nak sekolah balik. Rindu nak jadi budak-budak balik dan buat hal.

Ye aku lah naib presiden korang yang dimalukan Bang Yedam. Oh cakap pasal Yedam, dia juga bahagia disamping isteri tercinta. Namun, Wonyoung sudah meninggalkan Yedam dan anak mereka 3 tahun lepas.

Haih aku sudah diumur ramai meninggal ke?

Sebelum mataku tertancap pada satu kotak kecil. Pantas aku buka untuk kulihat isinya.

Dadaku bergetar dan jantungku berdegup laju.

Ini....

Rantai rama-rama.

Pemberian Haruto.

Aku sudah kehilangan rantai ini sejak aku melahirkan Yujin. Tidak aku ketahui kemana ia menghilang, puas juga aku cari.

Disini rupanya?

Doyoung ke yang jumpa? Kenapa dia tak beritahu aku?

Lantas rantai itu aku pegang.

" My butterfly, Choi Haewon. "

Shit, ingatan ini. Mengapa....

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now