Aku memandang Minhee dan Goeun dihadapanku. Selepas sahaja aku melangkah keluar daripada rumah tadi, aku terus menelefon mereka untuk berjumpa.
Penting.
Aku perlukan hiburan sebab hati aku sakit sangat sekarang ni.
Aku mendengus, memandang dua orang sahabatku.
" Goeun. "
Goeun mengangkat kepala memandangku, sesekali membetulkan cermin matanya yang terlorot.
" Minhee. "
Minhee memandang malas.
" Apa dia? " Soal mereka, serentak. Aku menghembus nafas perlahan.
" Korang nak lepak tak? "
" Buat apa? " Minhee malas. Dia memasukkan tangannya kedalam poket hoodie miliknya.
" Nak minum? "
Goeun membulatkan matanya dan menggeleng. Idea yang gila, aku tahu. Bukannya minum air mineral yang aku maksudkan.
Ianya minum air arak itu.
Aku perlukan sesuatu untuk mengalihkan rasa sakit ini.
Namun masalahnya, aku dan Goeun belum cukup umur. Biarpun kami sudah diusia 20 tahun, namun kalau mengikut tarikh lahir, kami belum layak untuk membeli atau pun minum.
Kami belum cukup umur.
Tapi aku kisah apa. Aku dah layak ke uni no 1 di Korea, dan mama melayanku begini. Apa salah aku? Apa salah aku sampai dimarahi tiba tiba begitu?
Kalau mama stres pasal kerja, perlu ke dia lampiaskan kat aku?
" Boleh. Jom minum. " Minhee membalas, selamba. Goeun pantas memandang Minhee, namun lelaki itu hanya bereaksi biasa.
" Okay kau beli. " Balasku. Minhee sudah cukup 20 tahun kerana tarikh lahirnya jatuh pada bulan Januari.
Untunglah lahir awal.
Goeun kelihatan pasrah. Aku tahu kalau Uncle Jeongwoo tahu hal ni, mesti dia bebel. Yelah, Uncle Jeongwoo bukan peminum tegar. Dia lebih suka minum susu.
Sangat tidak sesuai dengan umur.
Minhee pula? Aku tahu masalah dia dan keluarga dia, jadi aku rasa Uncle Yedam takkan banyak komen.
Dan langkah kami bertiga diatur menuju ke kedai serbaneka. Hanya Minhee yang masuk, aku dan Goeun menunggu diluar.
Goeun nampak resah. Cermin matanya asyik terlorot jatuh, menampakkan dirinya yang gelabah.
" Relaks, Goeun. " Balasku. Goeun menggigit bibir bawahnya.
" Takpe ke Yujin? Kau nak minum kat mana? Kalau polis tahan macam man--- "
" Kita minum kat rumah aku. "
" Rumah kau? Mama kau kasik ke? "
Aku tersenyum miring. Bukan rumah tu yang aku maksudkan.
Dan nafas lega dihela sebaik sahaja Minhee keluar membawa beberapa botol soju, dan chips yang akan kami nikmati malam ini.
Usai memberitahu, kami bertiga mengatur langkah ke rumah lain itu.
Ianya rumah atokku. Rumah Kim Hanbin, ayah kepada papa yang telah pun lama meninggal. Papa pernah cerita yang atok meninggal kerana sakit tua dan terlampau merindukan mendiang nenek.
Rumah itu pula tidak jatuh ke tangan papa, dan ianya sekarang milik seseorang yang tidak Yujin ketahui siapa. Tapi sudah 20 tahun berlalu, Yujin yakin rumah itu tiada penghuni kerana mama yang bertanggungjawab membersihkan dan menjaga rumah itu kini.
YOU ARE READING
Will You Love Me? | Haruto
FanficSequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I told you, Im always here for you Haewon sayang. " - Haruto BACA FAVOURITE LOVER DULU !