Goeun berlari kencang. Bahkan kesemua doktor dan jururawat dilanggarnya. Jantung berdegup kencang bahkan Goeun hampir menangis.
Tolonglah.
Tolonglah jangan jadi apa apa.
Kerana Goeun tidak sanggup kehilangan sesiapa.
Sebelum langkahnya terhenti tatkala figura si ayah yang sedang duduk ada dihadapannya.
" Pa..pa.. "
Jeongwoo mengangkat wajahnya. Lantas tubuh Goeun dipeluk kuat.
" Papa.. " perlahan tangisan Goeun meluruh. Gadis ini menangis teresak dalam pelukan ayahnya.
" Goeun nak tengok mama? " Soal papa. Goeun mengangkat wajahnya lantas anggukan laju diberi.
" Mama kat dalam ya pa? "
" Haah. Tapi jangan kejutkan mama tau. Dia tengah tidur. " Pesan Jeongwoo. Goeun pantas menapak masuk, daun pintu ditolak.
Dan tubuh si mama yang terbaring lemah dipandang. Tubuh Jia dipenuhi fius dan pelbagai jarum sudah disuntik ke tubuhnya.
" Mama... Sakit apa pa? " Soal Goeun, perlahan. Lantas dia meraih tangan ibunya dan dikucup lembut.
" Mama kanser paru-paru tahap 3. "
" Jangan cakap... "
" Ya sebab asap rokok papa. "
Ya Jeongwoo merokok. Tapi itu semua dahulu. Sejurus selepas anak bongsunya dilahirkan, Jeongwoo berhenti dan tidak lagi menghisap rokok itu.
Semua kerana permintaan Jia.
Jeongwoo tidak sangka kini isterinya sakit kerana ulahannya.
" Mama boleh sihat kan pa? "
" Boleh. Mama kan kuat. Mama akan kuat demi kita. " Senyum Jeongwoo, mengelus lembut surai si anak.
Perlahan, air mata Jeongwoo tumpah. Dia menggigit bibirnya, menahan rasa sebak.
Menyesal?
Ya Jeongwoo menyesal kerana memperlakukan Jia teruk dahulu. Hanya kerana amarah cemburu, dia fitnah isterinya dengan teruk.
Bahkan Jia bersabar dengannya.
Tidak sedikit pun Jia membalas atau memarahinya kembali.
Jeongwoo meraup wajahnya.
Jia.. maafkan saya.
Jeongwoo menyandarkan tubuhnya disofa wad. Matanya hanya memerhatikan Goeun yang mengusap lembut tangan si ibu.
" Abang dengan adik mana? " Soal Goeun.
" Papa belum beritahu dorang lagi. Nanti malam papa call dan bawa dorang kesini. "
Goeun angguk. Sebelum dia teringat sesuatu.
Ah Minhee....
Dia terus berlari pergi usai menerima panggilan papa sebentar tadi. Pasti lelaki itu hairan.
Namun lamaran yang Minhee berikan membuatkan pipi Goeun memerah.
Jadi lelaki itu pun sukakan dia?
Goeun menggeleng kecil. Memandang Jeongwoo yang kini sudah memejam matanya.
" Papa nak balik tukar baju dulu ke? " Soal Goeun.
" Tak apa. Goeun balik dulu. Nanti papa balik lepas abang kamu sampai. " Balas Jeongwoo. Goeun angguk. Dia memandang mama dan bibirnya naik mengucup lembut dahi si ibu yang masih lena.
YOU ARE READING
Will You Love Me? | Haruto
FanficSequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I told you, Im always here for you Haewon sayang. " - Haruto BACA FAVOURITE LOVER DULU !