Goeun memberontak saat Minhee menariknya pergi. Namun ini hal penting.
Sudah seminggu Goeun mendiamkan dia. Tidak memberi dia ruang untuk menjelaskan keadaan sebenar.
Dan harini Minhee perlu tegas.
" Lepaslah! " Teriak Goeun. Dia menarik tangannya daripada cengkaman Minhee namun gagal.
Minhee membawanya ke motor besar milik lelaki itu.
" Beri aku peluang nak jelaskan, Goeun. "
" Apa lagi? Lagipun tadi, saya awak? Kenapa? Kau nak tunjuk depan Yujin yang kau ni baik? "
Minhee menghembus nafas kasar.
Ah Goeun sedang marah. Tiada guna mahu berbalah.
Dia mengambil helmetnya lantas disua kepada Goeun. Namun gadis ini masih kaku.
Protes.
Minhee tersenyum segaris. Dia mengambil helmet dipegangan Goeun lantas memakaikannya di kepala si gadis.
" Jom. "
" Pergi mana? Culik aku? "
" Kalau boleh, lama dah aku culik kau bawa pergi kahwin. "
" Bang Minhee! "
" Ya Park Goeun sayang. "
Goeun cemberut. Minhee tertawa nipis. Lantas dia mengisyaratkan si gadis untuk membonceng belakangnya. Syukurlah Goeun hanya menurut.
" Peluk aku. "
" Taknak. "
" Peluk aku, Goeun. Nanti kau jatuh. "
" Taknak! Tak sudi aku--- ARGHHHH !! "
Pantas Goeun merangkul erat pinggang Minhee saat pemuda itu secara tiba tiba menarik pedal. Dan Minhee membawa laju motornya ke satu destinasi.
Destinasi yang Minhee yakin akan berjaya merubah fikiran Goeun.
Kerana Minhee belum bersedia untuk kehilangan si gadis lagi. Minhee masih mahukan gadis itu ada disisinya.
Hampir 10 minit atas jalan raya, mereka akhirnya tiba. Di sebuah tempat yang Goeun tidak tahu dimana.
" Jom. " Usai turun, Minhee menghulur tangannya untuk disambut. Namun Goeun masih tidak mengendahkannya.
" Kau betul betul nak culik aku eh Minhee? "
" Kau nak aku kena bunuh dengan papa Jeongwoo ke? "
" Papa Jeongwoo? "
" Bakal bapa mertua aku? "
" Minhee! "
Minhee tertawa. Goeun mendengus, langkahnya sengaja ditekankan, mengikuti Minhee yang kini menapak kearah sekumpulan geng motor.
" Gonu. "
Goeun mendongak saat mendengar Minhee memanggil nama abangnya.
Dan matanya membulat.
Ada abangnya disini.
" Abang... "
" Aku belum bagi restu lagi Minhee. "
" Tapi kau dah janji nak clear situation kan? " Balas Minhee. Gonu mengeluh.
Gonu memandang Goeun.
" Adik, berkenaan bet tu. Bukan pasal kau. Ni cuma seseorang yang abang bet dengan Minhee. Tapi dia reject sebab dia kata dia dah ada seseorang dia nak. "
Goeun masih memandang Gonu yang menerangkan.
" Abang tak sangka orang tu ialah kau, dik. Tapi percayalah, bukan kau yang dia dan abang bet. "
YOU ARE READING
Will You Love Me? | Haruto
FanficSequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I told you, Im always here for you Haewon sayang. " - Haruto BACA FAVOURITE LOVER DULU !