BAB 5

107 21 0
                                    

Aku tersenyum suka saat keputusan kini terpapar diwajahku. Keputusan yang aku doa dan mahukan saban hari kini berada di tanganku.

Skrin laptop itu dipandang lama sebelum aku tersenyum hiba.

Ianya keputusan ujian kelayakan universiti aku. Berbeza dengan Goeun, aku tidak belajar dengan begitu tekun. Bukannya aku malas, namun aku masih terkesan dengan pemergian papa dahulu.

Jadi, aku banyak mengurung diri. Kerana itulah peperiksaan besar ini dipandang sepi olehku.

Dan didepan mataku kini, keputusan yang menayangkan aku layak untuk memasuki universiti terbaik di Seoul.

Aku menjerit suka. Pantas nombor telefon sahabatku didail. Iya nombor Goeun.

" Hello Goeun! " Jeritku. Goeun disana juga turut kedengaran teruja.

" Yow Yujin! Result macam mana? "

" Kau dulu. Berapa? "

" Aku dapat weh Uni Seoul! Kau? " Teruja Goeun. Aku tersenyum gembira.

" Aku pun dapat uni sama! " Terujaku. Syukurlah aku satu uni dengan Goeun. Adalah juga kawan rapat.

Goeun berjaya mendapat course yang dia usahakan selama ini, iaitu medic. Memang Goeun bercita-cita menjadi seorang doktor. Tengok rupa pun tahu, dia sesuai menjadi doktor.

Dengan kaca mata tebalnya, ulat buku, Goeun memang diharapkan untuk menjadi seorang doktor. Katanya itu juga impian Uncle Jeongwoo untuk melihat salah seorang anaknya menjadi doktor kerana dahulu Uncle Jeongwoo pernah juga memasang impian yang sama.

Dan percaturan Tuhan lagi indah kan?

Aku tersenyum lebar, tak sabar nak beritahu mama pasal benda ni. Mesti dia happy.

Aku memandang langit yang tidak berapa terik. Hanya sepoi sepoi bahasa, seperti turut bergembira denganku. Aku mengharapkan papa diatas sana juga turut berbangga denganku.

Kerana aku buat ni semua demi papa.

Aku pantas mengemas barangku dan menuju ke arah perhentian bas untuk mengambil bas pulang. Aku ingin cepat memberitahu mama, dan aku pasti dia juga akan turut bergembira.

Usai sampai di rumah, aku dapati mama tiada dirumah lagi. Pasti dia masih ditempat kerja. Aku tersenyum lantas mengatur langkah ke dapur. Aku ingin masak sesuatu untuk mama dan kami dapat berborak sambil makan.

Lama juga aku tidak berbual dengan mama.

Dalam sejam juga aku didapur, mama masih tidak kunjung pulang. Aku mengambil keputusan untuk mandi terlebih dahulu sebelum mama pulang.

Hatiku berdetak riang. Rasa gembira kerana keputusan sebentar tadi berjaya menggembirakan aku.

Dan selepas selesai mandi, aku menapak turun daripada tangga, dan mataku tertancap pada mama yang sudah pun duduk di sofa. Aik bila mama balik?

Aku tersenyum dan menghampiri insan yang ku sayangi selepas papa, sebelum aku tersentak melihat linangan air mata membasahi pipi mama.

Kejap, mama nangis?

Kenapa ni?

" Ma--mama? Kenapa ni? "

" Jangan sibuk hal mama lah, Yujin. " Nada dingin mama mendiamkan aku.

" Kenapa mama nangis? " Soalku. Mama dilihat menyeka air matanya dengan laju sebelum matanya tajam memandangku.

" Kenapa Yujin baru nak ambil tahu pasal mama? Selama ni kan Yujin tengah berlatih jadi anak derhaka! " Teriak mama. Aku berkerut tidak suka.

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now