Aku menaiki keretapi yang membawaku menuju ke tempat yang sudah lama tidak ku jejak.
Ianya rumah atok dan nenek.
Iaitu parents kepada mama. Rumah atok dan nenek yang bertempat ditengah Seoul, namun boleh tiba dengan hanya menaiki keretapi sahaja.
Sudah lama aku tidak kesini, semua kerana aku menunggu waktu mama untuk kurang sibuk daripada pekerjaannya. Namun, sudah setahun sejak papa tiada, dan mama masih begitu.
Wajarlah aku bergerak dahulu. Mungkin aku akan bermalam disana.
Atok dan nenek lah dua insan yang ada dengan aku selepas mama dan papa. Mendiang parents papa pula sudah lama tiada. Papa pernah kata yang mendiang atuk meninggal sewaktu aku berusia setahun.
Dan nyatanya aku tak pernah mengenali mereka. Namun aku yakin yang mereka berdua orang yang baik.
Lihatlah papa.
Dia membesar menjadi seorang insan yang sangat aku kagumi. Mungkin mama dan papa sudah bercinta sejak sekolah, memandangkan mereka disekolah yang sama dahulu.
Woah Haewon dan Doyoung?
Dalam diam sebenarnya aku mahu hubungan aku seperti mereka. Pasti cinta papa kepada mama itu cinta mati.
Dalam tidak sedar, keretapi ini berhenti di satu train. Dan aku turun disini memandangkan hanya hanya setengah kilometer untuk ke rumah atok dan nenek daripada sini.
Tetapi aku tak perlu berjalan jauh harini kerana sebaik sahaja aku melangkah keluar, wajah atukku terpampang dengan senyuman.
Atukku, Eunkwang.
Dia sudah menungguku. Sungguh atuk aku ni juga orang yang kelakar. Kadangkala dia membuat lawak bersahaja yang mampu menggemparkan seisi meja.
Aku rasa sebab inilah nenek memilih atukku. Atukku juga seorang bekas doktor, dia sudah bersara.
Aku dikelilingi doktor nampaknya?
Papa, Goeun, Minhee dan atuk aku.
Namun, aku tidak minat dengan bidang itu. Ye baguslah dapat selamatkan orang. Tapi aku taknak dihantui rasa bersalah jika salah seorang pesakitku mati. Ataupun kerja tanpa waktu yang tetap.
Aku nak hujung minggu yang damai tanpa sebarang on call.
Aku memeluk atuk lantas pipinya dikecup ringkas. Atuk tersenyum senang dan mengusap lembut rambutku.
" Mana nenek? " Soalku.
" Nenek kat rumah sebab kita ada tetamu. "
" Tetamu? Siapa? "
" Cuma seseorang. " Senyum atuk, mengundang tanda tanyaku. Aku pantas mengikuti atuk menuju ke keretanya, dan kami pulang ke rumah.
Berkenaan tujuanku disini, mama pun tidak tahu. Biarlah jika atuk atau nenek mahu memberitahu mama, tapi aku taknak beritahu apa apa pada dia.
Luka masih ada dan aku tak nak bercakap dengan mama buat sementara waktu.
Mungkin aku perlu ke kubur papa untuk mengadu.
Dan usai kami tiba, aku dapat lihat kasut lain bertempat di rak kasut yang aku yakini bukan kasut atuk atau nenek.
" Yujin datang ni! " Jeritku, dan menapak masuk, sebelum suara ceria nenek bertempik.
" Cucu nenek! Aigoooo datang dah! " Nenek tersenyum, memeluk tubuhku. Aku memeluk kembali tubuh nenek dengan ceria sebelum aku terpaku melihat satu figura lain dibelakang nenek.
Macam mana dia boleh ada disini?
" K--kau? "
" Oh Yujin! Kenalkan, ni Haruto. " Senyum nenek. Aku masih kaku, memandang insan yang sedang tersenyum juga padaku.
" Nenek kenal Haruto? " Soalku.
" Haruto? Dia lah yang tolong nenek tadi. "
" Tolong? "
" Ish duduk dulu lah! Nanti nenek cerita! " Balas nenek. Aku masih termangu, dan atuk bertindak membawaku menuju ke meja makan dimana semua makanan sudah tersedia. Aku masih tergamam melihat bilangan makanan disini.
Kenapa banyak sangat?
Sebab Haruto ada ke?
Tapi banyak betul ni.
Tanpa berlengah aku duduk dan memerhatikan nenek menyajikan makanan kami semua. Usai semua, aku tidak mengunyah, tapi lebih kepada menunggu nenek untuk berbicara. Mataku juga tidak lekang daripada memandang Haruto.
Ah siapa dia ni? Kelmarin sebab aku berebut ramen dengan dia dan aku masih boleh maafkan. Lepastu aku dapat tau rumah atuk aku juga atuk dia?
Dan Minhee rupanya kawan dia?
Sekarang ni Haruto kenal nenek aku?
All so sudden, who tf is he?
" Nenek kamu hampir accident tadi kalau Haruto tak selamatkan. " Komen atuk secara tiba-tiba. Aku memandang atuk dengan pantas.
" Accident? Nenek okay? "
" Okay je. Haruto luka sikit, tu yang nenek bawa balik untuk ubatkan luka dia. " Balas nenek. Aku mengerling lengan Haruto, dan ya ada luka disitu.
" Apa kau buat kat area sini? " Soalku. Pelik juga Haruto ada disini.
" Cari rumah sewa. Sem baru kan dah nak mula. " Balas Haruto, mengunyah daging dimulutnya.
" Rumah sewa? Habistu rumah at-- "
" Aku cuma nak yang dekat dengan uni je. "
Ah benar. Universiti Seoul berdekatan sini sahaja. Kalau ikut jarak daripada rumah mendiang atuk dan nenekku, mungkin mengambil masa sejam.
Aku mengangguk memahami dan menyambung makanku. Namun sorot mata Haruto berubah. Dia menunduk, cuba menahan rasa tangisnya.
Kerana situasi tadi.
" Berambus daripada rumah ni. "
" Huh? " Haruto kaku, memandang wanita yang kini sedang bercekak pinggang didepannya.
" Ni rumah mendiang Hanbin. Dan aku sebagai isteri Doyoung ada hak kat rumah ni. Please Travis, aku mohon secara baik. "
Dan ya, orang yang menghalaunya ialah Haewon.
" Travis? " Haruto berkerut.
" Kaulah Travis. Jangan berdalih. Aku mohon kau baliklah ke Jepun. Jangan kembali. Jangan bawa memori buruk tu lagi. Aku dah lama melupakan Haruto dan aku taknak sakit lagi. Jangan dekati keluarga aku juga. "
" Jahat sangat ke saya ni, Aunty? Jahat sangat ke mendiang papa saya? " Sayu Haruto menyoal. Haewon meraup wajahnya.
" Aku mohon kau balik Jepun, dan hidup disana. Jangan pernah ganggu aku lagi, aku merayu. Jangan datang kesini lagi. Memori mendiang bapak kau kat sini biarlah terkubur. Biarlah jadi memori selamanya. "
Haruto meneruskan kunyahannya. Tidak, dia tidak akan memberitahu sesiapa yang dia dihalau sebenarnya.
" Yujin, bila nenek tengok muka Ruto ni kan nenek rasa nak gelak. " Nenek bersuara ditengah kesunyian. Aku berkerut.
" Maksud nenek? "
Nenek memandang wajah Haruto disisinya. Rambut panjang itu, hidung mancung itu, kaca mata bulat itu.
" Muka Haruto ni.... "
Nenek menarik nafas.
" Sama macam muka bekas kekasih mama kamu. "
YOU ARE READING
Will You Love Me? | Haruto
FanfictionSequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I told you, Im always here for you Haewon sayang. " - Haruto BACA FAVOURITE LOVER DULU !