BAB 14

82 12 1
                                    

" Bila kau nak baca? " Soal Haruto. Aku berkerut memandangnya dan fokusku kini kepada buku yang dalam peganganku.

Buku yang aku jumpa didalam ruangan kerja papa.

Buku yang papa letak didalam peti besi.

Menyebabkan aku tahu buku ini sangat penting.

Dan gambar-gambar yang aku jumpa juga menyebabkan aku sangsi. Aku tahu ianya gambar keluarga papa, memandangkan aku nampak wajah mendiang atuk dan nenek disitu.

Tapi yang memeranjatkanku, ada seorang lelaki yang benar seiras Haruto disitu. Jadi mama dan nenek tidak bergurau.

Memang wajah Haruto seiras dengan lelaki itu.

Namun, yang membuatkanku musykil, apa hubungan lelaki ini dengan papa? Kerana setahu aku, papa anak tunggal.

Perlahan juga, cantuman puzzle bergerak didalam kepalaku. Apabila nenek kata mendiang papa bukan orang yang baik kepada lelaki itu, dan apabila Haruto sendiri kata atuk kami orang yang sama.

Aku mula memahami yang mungkin mendiang papa Haruto ini adik beradik dengan papa. Mungkin juga sepupu atau adik beradik.

" Aku nak baca kat rumah nanti. "

Aku memandang Haruto sebelum air liurku ditelan. Kami perlu keluar segera kerana aku tak tahu bila mama akan balik.

Kalau tertangkap, silap silap semua plan kami akan musnah.

Aku segera memasukkan buku dan beberapa keping gambar itu kedalam beg sandang yang aku bawa. Sebelum aku mengisyaratkan Haruto untuk mengikutku keluar.

Vroom!

Membulat mataku! Sebab aku tahu ini bunyi apa. Ianya bunyi kereta mama. Pasti dia baru pulang entah daripada mana.

Segera aku menarik tangan Haruto untuk bersembunyi dicelah rak buku. Kami perlu bersembunyi sementara menunggu mama naik ke biliknya.

Sebab aku tahu mama jenis akan masuk bilik selepas penat seharian.

Aku dan Haruto kini didalam rak buku yang tinggi. Posisi kami sungguh rapat, bahkan aku dapat merasakan hembusan nafas Haruto dipipiku. Namun, aku tak boleh melangkah keluar, ini akan membahayakan Haruto juga menyedari betapa mama membenci Haruto.

Klek!

Aku memandang Haruto, mengisyaratkan dia untuk senyap, dengan aku menutup mulutnya menggunakan tanganku.

" Huh... " Aku mendengar suara mama mengeluh. Daripada celah jaring, aku dapat melihat mama dengan jelas. Namun, mama tidak dapat melihatku melainkan dia membuka rak buku ini.

" Ke--kenapa... "

Aku lihat mama membongkok, sebelum aku dapat lihat dia menangis. Mama menangis lagi?

Dan kali ini sebab apa?

" Kau curang dengan aku Haruto... "

Haruto?

Dadaku berdetak laju. Siapa Haruto yang mama maksudkan ini? Haruto juga dilihat kaku.

" Tapi aku pun curang sebab kawin dengan Doyoung kan? "

Aku mendengar setiap bait perkataan mama yang meratapi sendirian.

" Aku kahwin dengan Doyoung lepas kau mati, Ruto... "

" Kau ada anak dengan perempuan lain? Dan budak sial tu lahir? Kau jahat Ruto... "

" Kau jahat sebab buatkan budak yang seiras dengan kau lahir.... "

" Dan budak sial tu datang kacau hidup anak aku pulak... "

Setiap bait perkataan yang mama lemparkan, aku dengar penuh kusyuk. Ianya bagai membuka satu persatu puzzle dikepalaku.

Dan wajah Haruto disisi aku kerling.

Wajah beku itu, bahkan tanpa reaksi.

Mataku mengiringi mama yang menapak ke tingkat atas. Jantungku berdetak laju, bagaikan turut sama dengan otakku yang cuba memproses setiap bait perkataan yang dilemparkan.

" Ruto... "

" Aku tahu aku anak sial tu. Aku tahu mama kau maksudkan pasal aku. "

" Ruto, tapi-- "

" Kalau kehadiran aku kat sini buat mama kau tersiksa, aku boleh pergi. "

-----------------------

" Aigoooo cucu nenek! " Nenek tersenyum, mencubit perlahan pipi si cucu yang baru lahir.

Cucu keempatnya.

" Mama, jangan kuat sangat. Nanti dia nangis. " Pesan Hyunsuk, disisi isterinya yang sedang terbaring dikatil hospital.

Nenek dan atuk sudah pun sampai di London malam semalam, dan mereka menuju ke hospital pagi tadi.

Membulat mata mereka saat wajah cucu yang baru lahir itu menyapa pandangan.

Comel sungguh, seperti duplikat Hyunsuk.

" Lama sungguh kita tak ada budak kecik dalam keluarga ni. " Senyum atuk. Hyunsuk tertawa dan memandang isterinya disisi.

Sungguh dia bahagia dengan keluarganya kini. Harmoni, dan apa yang dia pinta sejak dahulu ada depan mata.

Tiga anak lelaki, dan kesemuanya comel.

Tiada apa lagi yang Hyunsuk mahukan selain keluarga ini untuk selamanya.

" Mana Hyunwoo dengan Minhyung? " Soal nenek, sambil mengagah si kecil. Dia bertanya kerana pelik melihat dua lagi anak Hyunsuk tiada disini.

" Rumah mama Maria. " Balas Maria, isteri Hyunsuk berdarah kacukan Inggeris-Korea. Oleh kerana itu, wanita itu tahu bercakap Korea juga.

" Nanti dorang datang lepas waktu makan tengah hari. " Balas Hyunsuk. Nenek menggangguk.

" Haewon apa khabar, ma? Lama Hyunsuk tak telefon adik kesayangan Hyunsuk tu. " Senyum Hyunsuk. Nenek yang sedang bermain dengan pipi si kecil, mendadak jatuh senyumannya.

" Dia? Haih, tak payah tanyala adik kamu tu. "

" Kenapa? "

Hyunsuk berdehem, merasakan yang mama dan adiknya ada konflik kini.

" Mama jumpa budak ni, dia selamatkan mama daripada kemalangan. Dan muka dia seiras sangat dengan Haruto. "

" Haruto? Watanabe Haruto? "

" Iya. Budak tu. Jadi mama bawa balik, sebagai tanda berterima kasih. Lagipun, mama tak sangka akan jumpa lagi lelaki seiras dengan Haruto dulu. "

" Haewon ada masalah ke dengan benda tu? "

" Adik kau telefon mama marah-marah. Lepas tu tadi Yujin telefon mama, dia bagitau Haewon serang dia dan Haruto tadi. Gila tak adik kau tu? "

" Kenapa mama bawa balik budak tu? Boleh je mama belanja dia makan kat luar. "

" Sebab mama terhutang budi--- "

" Mama masih benci mendiang Doyoung? Mama masih tak suka dia ke? "

Nenek tergamam. Bahkan senyumannya tadi juga mati. Dia perlahan meletakkan si kecil diatas katil sebelum dia memandang Hyunsuk.

" Mama tak pernah suka dia. "

" Dia dah meninggal, ma. Dia dah tak ada kat dunia ni. Yujin tu pun anak dia. "

" Kalau dia lelaki yang baik, dia takkan buat Haewon berubah sejauh tu. Hyunsuk cakap dengan mama, sepanjang dia kahwin dengan adik kau, berapa kali je dia balik jumpa mama? Satu? Dua? Tiga kali? "

Hyunsuk terdiam saat nenek mula berbicara penuh emosi.

" Sayang... " Atuk meraup bahu nenek. Cuba menenangkan isterinya yang mungkin akan menangis.

" Mama, Doyoung tu--- "

" Dia punca Haruto mati. Dia punca adik kau jadi macam ni sekarang. Mama takkan pernah restu dia dengan adik kau, walaupun Doyoung tu dah mati! "

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now