BAB 13

89 15 9
                                    

Korang kenapa tidak merespon macam dulu dah? Kito sedih weh bila post story je sikit yg vote and sikit yg comment padahal aku suke baca komen korang, mungkin cerita aku dah slowly boring biasala idea pasang surut.

-------------------

Aku memandang mama dengan tajam. Bahkan aku merasakan nafasku berombak, mungkin kerana keadaanku yang sedang dalam keadaan marah.

Haruto disisi aku kerling. Lelaki ini juga tampak mendiamkan diri selepas ditengking oleh mama.

Sungguh aku tidak percaya insan didepanku ini ialah mama yang aku sungguh sayang. Mama yang bersusah payah membesarkan aku selepas kematian papa.

Mama kini seperti insan yang sungguh aku tidak kenali.

" Sejak bila Yujin jadi biadap macam ni eh? Yujin dah biadap dengan mama sebab nak protect lelaki ni! Travis ni orang jahat, mama-- "

" Siapa Travis, ma? Dan mama siapa nak tentukan orang tu jahat ke baik? Mama malaikat? " Urat dileherku tegang, menandakan aku dalam keadaan amarah yang menggila.

" Travis tu lelaki ni! Lelaki ni akan hancurkan hidup kita, Yujin! Mama mohon, cukuplah dulu papa dia yang hancurkan hidup mama. Mama taknak Yujin juga terkena. "

" Mama-- "

" Saya tak tahu apa yang mendiang papa saya buat kat ahjumma sampai ahjumma benci dia seteruk ni. Saya tak tahu apa papa Haruto dah buat kat ahjumma sampai tergamak ahjumma kata papa hancurkan hidup ahjumma..." Haruto mencelah.

Aku lihat dia menunduk.

Bahkan aku yakin lelaki ini akan menangis apabila aku mendengar suaranya yang bergetar.

" Aku tak tahu kau ni siapa! Dan kau sebaya anak aku! Muka kau pun sama dengan Haruto. Entah-entah Haruto tu dah curang dengan aku masa dia kat Jepun! " Teriak mama. Mata mama juga turut merembeskan air mata.

Tegang.

Suasana yang sangat tegang.

" Yujin, sekarang balik. Ini arahan mama. "

" Nenek kasik Yujin tinggal kat sini sampai Yujin daftar uni. " Balasku, beku. Mama mendengus.

" Mama taknak Yujin duduk dengan orang jahat! Yoshi kata Travis ni-- "

" Yoshi? Uncle Yoshi? " Haruto memintas. Dahinya berkerut, memandang Haewon.

" Mana ahjumma kenal Uncle Yoshi? " Soal Haruto. Haewon dilihat menelan air liur sebelum dia menggulingkan matanya keatas.

" Yoshi tu kawan aku, apa kau tahu! Dah Travis, ni rumah parents aku, jadi aku ada hak nak halau kau sekarang. "

" Ahjumma... "

" Kalau mama halau Haruto, Yujin akan ikut dia. "

" Kim Yujin! " Teriak Haewon. Sungguh dia tidak percaya ini anak gadisnya kini. Kepalanya berdenyut, cuba menanggapi yang kini dihadapannya ialah insan yang Doyoung besarkan dengan penuh kasih sayang.

" Yujin tak tahu apa dendam mama dengan papa Haruto. Tapi jangan nak libatkan Yujin sekali! Kalau cinta mama gagal dengan papa Haruto, tu salah mama! Kenapa nak buatkan Yujin kena tempias?! "

Sungguh aku tidak faham. Dulu, mama yang gagal bercinta dengan papa Haruto. Jadi sekarang dia marah aku sebab aku berkawan dengan anak ex dia.

Itukah maksud mama?

Sungguh pelik.

Mama ni dah besar, bahkan dah menjadi orang dewasa.

Kenapa mama boleh jadi sebodoh ini?

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now