BAB 15

70 13 0
                                    

Haewon berkerut. Meskipun sudah lama dia bekerja dibutik pengantin ini, tetap setiap karenah pelanggan akan membuatkannya sakit kepala dan panas hati.

Kerana setiap manusia, berbeza karenahnya.

Dan pelanggan kali ini tidak kurang hebatnya. Meminta design yang berbeza dan luar biasa, namun dengan harga yang rendah.

Dia nak material yang rendah kualiti ke?

Sungguh membuatkan Haewon hilang akal. Perlahan, dia meluruskan belakangnya, dan menghembus nafas kasar.

Stres.

Matanya mengerling bingkai gambar disisi mejanya. Ada gambar dia, Doyoung dan Yujin ketika Yujin baru sahaja mencapai usia 5 tahun. Gadis kecil itu dipangku diatas bahu Doyoung dan kelihatan Haewon disisi tersenyum lebar.

Entah kenapa, Haewon tidak sangka ini jalan hidupnya.

Dia tidak pernah bercinta, dan Yedam yang pertama. Meskipun lelaki itu akhirnya menipu. Apabila sepenuhnya hati diberi kepada Haruto, selepas 20 tahun baru dia tahu yang selama ini Haruto telah pun mengkhianatinya.

Ada anak dengan perempuan lain?

Haewon menolak lidahnya kedalam pipi. Sungguh dia tidak mahu berfikir.

Namun, walaupun sakit bagaimana pun, Haewon tidak menafikan yang Haruto sudah pun ada tempat istimewa didalam hatinya. Walaupun sakit....

Haewon meraup wajahnya, sebelum keningnya terangkat saat pintu butiknya dibuka. Pasti ada pelanggan.

Tapi biarlah pembantunya, Na Geunhee yang melayan. Haewon mahu fokus pada rekaan baju pengantin didepan matanya.

" Haewon. "

Haewon terdiam seketika dan matanya pantas naik memandang insan yang kini berdiri didepannya.

" Jia? Kenapa datang? "

Jia tersenyum hiba. Tapi Haewon tahu itu bukan senyuman yang benar saat satu titisan air mata mulai jatuh membasahi pipi sahabatnya itu.

" Jia. Kenapa ni? " Segera Haewon melepaskan segala peralatan ditangannya, dan menghampiri tubuh Jia.

Dia merangkul gadis itu dan dibawa ke kerusi. Matanya menyorot air mata Jia yang mengalir laju.

" Kau okay? Kenapa ni? Gaduh dengan Jeongwoo? "

Jia menunduk, dan bahunya terhenjut menahan tangis. Haewon bertindak mengelus lembut bahu sahabatnya.

Selepas beberapa minit, tangisan Jia mulai mereda.

" Haewon... "

Jia memandang sahabatnya sejak kecil itu. Jia menjadi sahabat Haewon kerana abang Haewon, Hyunsuk merupakan sahabat Jihoon, abang Jia.

Mereka berteman bertiga bersama Jeongwoo.

Dan kini hanya mereka berdua.

" Boleh aku tumpang rumah kau? "

" Eh? Tumpang rumah aku? Boleh, boleh. Tapi..kenapa Jia? Apa jadi? "

Jia menunduk, mengemam bibirnya bagi mengelakkan air mata menitis lagi. Kerana Jia sungguh lali untuk menangis.

" Aku dah tak ada duit nak tidur hotel. Jadi, aku minta tidur rumah kau kejap sementara aku cari kerja. Aku--- "

" Tidur hotel? Kenapa tidur hotel? "

Jia membisu. Mengundang dengusan Haewon.

" Jia. Bagitahu aku. Kenapa? "

Jia memandang Haewon lantas dia tersenyum tipis.

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now