" I love you. "
" And i love you more. "
Serta merta tepukan gemuruh kedengaran didalam dewan besar itu saat dua insan itu selesai mengatakan dialog terakhir mereka.
Kesemua barisan pelakon menunduk dan memberi tunduk hormat kepada para penonton. Ada juga beberapa turut mengalirkan air mata, kerana terharu dengan persembahan para pelajar fakulti seni ini.
" Terima kasih semua kerana menyaksikan persembahan kami. Diharap para penonton terhibur, dan turut sama terharu dengan alur cerita yang dipersembahkan fakulti kami. Saya, Jung Sungchan, sebagai ketua persembahan harini menarik diri. Terima kasih! "
Usai Sungchan menuturkan, semua menepuk lagi dengan kuat. Disisi, kesemua barisan pelakon turut sama tersenyum.
Tidak dilupakan Yujin.
Gadis ini juga turut tersenyum manis. Dan senyumannya mengembang saat melihat seseorang yang sedang ada dibarisan penonton.
" Travis.... "
Yujin bergumam. Rasa terharu saat melihat tubuh si tinggi lampai sedang ada dikalangan para penonton.
Dan usai majlis tamat, Yujin berlari kencang turun. Dia menghampiri si lelaki yang sudah lama dia tidak berjumpa. Mungkin 3 bulan?
" Travis!"
Travis juga tersenyum lebar. Dia mendepa tangan dan pantas Yujin memeluk tubuh lelaki Jepun itu.
" Kau datang! "
" Of course! I will always be here for my princess! " senyum Travis.
Dia mengusap lembut surai Yujin yang berada dalam pelukannya. Kecil juga Yujin ni, persis mamanya, Haewon.
" Ehem! "
Tersentak, keduanya pantas menguraikan pelukan. Hanya sengihan dibalas, sebelum seorang lagi pemuda tinggi lampai menghampiri.
" Ingat sikit siapa yang kau tengah peluk tu, Travis! "
Ah yea. Travis seketika terlupa status gadis yang sedang dia peluk ini.
Dia terlupa siapa Yujin sebenarnya.
" Maaf, Sungchan. Aku cuma terlalu teruja. " balas Travis. Dia menapak kebelakang sedikit, memberi ruang kepada Yujin dan Sungchan kini.
Sungchan meraih bahu si gadis.
Ah lagi tepat, bahu kekasihnya, Kim Yujin.
" Tak apa. Yujin pun salah. Beria betul peluk—- OUCH OUCHH!!! "
Mengaduh Sungchan saat Yujin mencubit lengannya. Kemerahan dan hampir lebam.
" Tapi terima kasih sebab datang jauh jauh daripada Jepun, Travis. Kau datang sorang ke? " soal Sungchan. Travis menggeleng.
" Aku datang dengan papa Yuta. Tapi dia sekarang dengan Cik Haewon. "
" Jangan lupakan kitorang juga! " suara lain berteriak. Pantas mereka semua berpaling dan memandang.
Lantas senyuman Yujin mengembang lagi lebar.
" Goeun! Minhee! "
Berteriak, Yujin berlari kearah dua sahabatnya yang kini datang menghampiri mereka.
" Minhee! Goeun! Lambatlah korang datang. " Sungchan membalas. Minhee menggulingkan matanya keatas.
YOU ARE READING
Will You Love Me? | Haruto
FanfictionSequel of Favourite Lover. Dan selepas 20 tahun, dia kembali. Insan yang ku sangka mati, dia kembali. Dan kini keluargaku sebagai galang ganti. " I told you, Im always here for you Haewon sayang. " - Haruto BACA FAVOURITE LOVER DULU !