BAB 25

65 13 1
                                    

Tok tok!

Aku mendengus. Menanti dihadapan pintu rumah ini.

Rumah siapa?

Rumah Sungchan, jiran aku. Ya jiran aja.

Semua sebab kali terakhir aku dikelas aku terlupa membawa balik kertas skrip aku diatas meja. Dan Sungchan menelefonku memberitahu yang kertas skrip aku kini ada pada dia.

" Datang amik sendiri. "

Ya tulah apa Sungchan cakap.

Dan dalam keadaan malas aku melangkah ke rumah lelaki itu. Terpaksa, memandangkan esok pensyarah mahu mula melakukan sesi bacaan skrip dan aku masih belum hafal dengan banyak.

Tok tok!

Dan kali ini ada wajah tua terpacul. Dia tersenyum manis. Aku pasti ni ayah Sungchan.

" Oh! Selamat pagi Encik Jung. " Aku menunduk hormat. Encik Jung tersenyum lebar.

" Yujin. Kenapa datang? "

Aku berkerut.

" Errr.. mana pakcik tahu nama saya? "

" Lah pakcik kan memang kenal kamu. " Balasnya ramah.

Okay. Sejak bila?

Namun aku hiraukan. Pantas aku memberitahu tujuan asalku.

" Saya nak jumpa Sungchan sebab skrip saya kat dia. "

" Oh Sungchan. Dia tengah mandi. "

Aku cemberut. Haish mamat ni mandi pulak masa aku datang.

" Tapi Yujin masuk dululah. Pakcik ada buat hotteok, makanan kegemaran kamu. "

Ini serius masalah besar. Berapa banyak orang dah yang tahu makanan kegemaran aku Hotteok?

Akur, aku melangkah masuk. Segan pula nak tolak, kesian pakcik Jung.

Mataku melilau melihat halaman rumah Sungchan. Kepalaku serta merta berdenyut.

Haih kenapa ni?

" Duduklah dulu. Makan hotteok tu jugak saja je pakcik buat sebab teringat kamu. Dulu kamu suka cakap kamu suka hotteok. " Sengihnya.

Aku berkerut.

Dulu? Aku? Suka? Cakap? Benda? Tu?

Bila?

" Eih pernah ke saya cakap? " Soalku.

" Banyak kali kamu singgah sini lepas balik sekolah dengan Sungchan. Pastu kamu bawa balik hotteok. Lapar sungguh. " Tawa pakcik Jung.

" Tapi-- "

" Dah, pakcik nak sambung berkebun kat belakang. Tunggu jelah yea? Sungchan mandi lama sikit. "

Aku terdiam, hanya memerhatikan pakcik Jung berlalu pergi.

Pelik, semua ini pelik.

Aku bingkas bangun, menapak memerhatikan seisi rumah ini. Pakcik Jung kata aku sering kesini dahulu selepas sekolah?

Tetapi mengapa rumah ini nampak asing bagiku?

Dan nyatanya aku baru tersedar sesuatu.

Aku tak ingat apa apa pun daripada zaman sekolahku.

Kenapa?

Argh, denyutan dikepala semakin kuat. Aku berpaut disalah satu rak terdekat, mengimbangi badanku yang sedikit bergoyah.

Mataku memerhatikan gambar gambar yang terpampang dirumah Sungchan.

Hanya Sungchan dan papanya.

Dan ada gambar seorang wanita pertengahan abad, di satu bingkai. Wanita ini...

Will You Love Me? | HarutoWhere stories live. Discover now