AA 12

194 34 3
                                    

AZAM bersandar pada hujung gelanggang. Keringat yang mengalir di leher dia seka.

"Bos nak ke mana malam ni?" Soal Azam. Nafasnya masih tak teratur.

Balutan di tangan dibuka. Mata Aiman pandang sejenak ke arah Azim.

"Tak tahu. Kondo kot. Lama tak balik rumah." Rasanya sudah hampir sebulan Aiman tak tidur di rumah sendiri. Dia asyik tidur di rumah Sharon kebelakangan ini. Kalau bukan di rumah Sharon, di rumah agam Ariths.

"Luka bibir tu nak saya basuh?" Soal Azam risau. Mereka baru sahaja habis sparring. Salah dia tertumbuk Aiman kuat sangat tadi. Tak pasal-pasal berdarah hujung bibir Aiman.

"Tak apa. Sikit aje. Nanti aku letak ubat." Balutan tangan diletakkan ke tepi. Botol air sejuk dicapai sebelum diteguk separuh. Lega sikit.

"Kita jumpa Hans. Dia ada sekarang. Boleh lah tengok apa yang patut. Luka tangan kiri bos pun perlu rawatan." Risau nada suara Azam. Iyalah mana tak risau. Bos dia siang tadi demam. Dua hari lalu cedera dekat tangan. Malam ni pula bibir pecah.

Aiman geleng kepala. Asyik-asyik Hans. Rasanya dah terbatuk-batuk Hans asyik disebut.

"Esok aku jumpa dia. Malam ni aku cuma nak rehat. Nak tenangkan diri. Makan sedap-sedap." Aiman bersandar pada tiang gelangang. Tuala berwarna biru tua digapai sebelum diletakkan pada atas leher.

"Makan sedap-sedap tu maksud bos makanan atau-"

"Makanan! Fikiran jangan nak meleret." Marah Aiman.

Azam tunduk. Manalah dia tahu. Sebab itu bertanya. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Ini dah tanya pun sesat.

"Bos boleh tanya sikit tak?" Azam berjalan ke arah Aiman sebelum dia labuhkan duduk di hadapan jejaka itu. Kaki duduk bersila.

Aiman hanya pandang Azam meminta jejaka itu teruskan bicara.

"Bos dan Cik Sharon jumpa sejak bila?"

Terkedu Aiman dengan soalan Azam. Tak pernah-pernah Azam nak tahu soal perempuan Aiman.

"Kenapa nak tahu?" Dingin suaranya.

Azam telan liur. Macam Aiman tak suka saja soalan ini. Tapi dah terlanjur tanya.

"Curious" Itu saja yang Azam mampu cakap. Dia tak ada alasan lain. Dia cuma mahu tahu.

"3 months ago." Itu saja jawapan ringkas Aiman. Nadanya seperti tak ada perasaan.

"Jadi banglo tu milik bos atau Cik Sharon?" Azam beranikan diri untuk bertanya.

Aiman berdiri dari duduk. Matanya tajam memandang wajah Azam. Dingin.

Auranya mengatakan Aiman benci soalan Azam.

"None of your business. Siapa dia dan kenapa aku masih dengan dia, kau tak perlu ambil tahu. Don't even be curious about it." Terselit amaran di butir bicara Aiman.

Akhirnya, Azam hanya angguk. Memang bukan urusan dia. Dia cuma risaukan Aiman. Tapi Azam kena sedar, Aiman tak suka bila ada orang risau padanya.

Aiman menggapai telefonnya yang berada di atas meja tidak jauh dari gelanggang.

Telefon dihidupkan untuk melihat jam tapi sesuatu menarik perhatiannya. Mesej daripada nombor yang tak dikenali. Cepat Aiman masukkan kata kekunci. Mesej ditekan.

'Can I meet you again? This is me. Intan'

Bibirnya senyum sedikit. Akhirnya, yang dia tunggu-tunggu.

'On my way princess' - Aiman

Kakinya berlari laju keluar.

°°°°°

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now