AA 13

186 24 3
                                    

AIMAN rebahkan tubuh pada atas sofa. Akhirnya, dia jejakkan kaki jua ke rumah ini. Kondominium miliknya.

Kepala disandarkan pada sofa. Mata ditutup rapat. Bibirnya senyum tatkala mengigatkan tentang cerita dia dan Intan di pondok tadi. Tak lama, rasanya cuma 30 minit sebelum hujan reda. Seperti yang Aiman janjikan, dia terus menghantar Intan pulang ke rumah. Jaket di sebelah tempat duduknya dipandang.

"Woi!" Tempik seseorang tiba-tiba. Terhinjut bahu Aiman seraya kepalanya terus menoleh ke belakang.

"Terkejut aku! Tak reti beri salam ke? Kata Islam." Marah Aiman tatkala melihat bayang Daniel dan Aadyan masuk ke rumahnya.

Tak hairan kalau Daniel datang ke rumahnya memandangkan Daniel merupakan jiran Aiman tapi Aadyan... Kenapa tiba-tiba ada Aadyan sekali? Lagi satu, macam mana dua ekor beruk ni boleh lepas masuk?

"Kau tak tutup rapat pintu depan. Sebab itulah kami masuk aje. Kenapa? Ada perempuan?" Mata Daniel melilau memandang sekililing rumah Aiman. Manalah tahu, ada yang Aiman sembunyikan.

Aiman urut dada perlahan. Matanya mencerlung tajam memandang Daniel dan Aadyan yang selamba dengan muka tak bersalah duduk di hadapan sofa. Sudahlah menceroboh masuk, pasang muka terpaling innocent.

"Tak ada. Aku seorang." Aiman tarik nafas dalam. Kembali dia sandarkan tubuh pada sofa. Kusyen sofa digapai sebelum dipeluk erat.

Aadyan dan Daniel saling berpandangan. Sebaik sahaja Daniel angguk kepala, barulah ada secebis kekuatan untuk Aadyan bertanya.

"Mana perempuan tadi?" Soal Aadyan.

Naik kening tinggi Aiman.

"Perempuan mana?" Soal Aiman.

Wow! Perempuan mana.

"Tadi aku dan Daniel nampak kau naik motor dengan seseorang. Siapa perempuan tu?"

Aiman diam seketika.

"Macam mana korang tahu?"

"Kau tak perasan ke tadi kereta aku lalu?" Daniel pula bersuara.

Aiman cuba mengingat. Kereta...

"Kereta gila tadi tu ke? Kereta kau rupanya. Bawa kereta macam nak mati awal." Sempat lagi Aiman memerli. Iya tak iya juga, kereta Mclaren mana lagi yang lalu di situ kalau bukan kereta Daniel. Jalan itu cenderung kosong pada waktu malam.

Daniel angguk. Iya, dia mengaku dia gila sikit tadi. Saja nak bawa laju-laju memandangkan tak ada siapa di atas jalan. Dia tak bodoh lagi nak bahayakan orang ramai. Dia berani kerana dia tahu, jalan pada malam itu kosong.

"Dia ke perempuan yang tinggal di banglo kau?"

Sejurus mendengar soalan Aadyan, riak Aiman jadi serius. Kaku.

Sesaat saja, ekpressi Aiman terus berubah. Wajahnya kembali senyum seraya kepala dia gelengkan.

"Bukan. Kau ni macam tak kenal aku pula. Banyak perempuan keluar masuk banglo tu. Perempuan mana satu?" Tawa Aiman halus tapi kekok.

Daniel dan Aadyan hanya pasang riak mendatar. Tahu sangat yang Aiman sedang berlakon. Mereka juga tak bodoh untuk tahu Aiman sedang ada masalah. Lama sudah Aadyan meminta Azim untuk perhatikan rumah banglo Aiman.

"Aku tak akan masuk campur soal hidup kau kalau aku tak risau. Iya, betul perempuan keluar masuk banglo tu tapi sejak 3 bulan yang lalu, cuma seorang perempuan duduk di dalam banglo kau. Dan hampir sebulan lebih aku nampak kau macam ada masalah. Siapa dia? Apa jadi?" Sebab itu Aadyan bertanya pada Azam. Dia mahu korek lebih banyak maklumat tapi Azam langsung tak buka mulut. Hanya beberapa orang tahu pemilik rumah banglo itu. Beberapa orang itu termasuklah Aadyan dan Daniel.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now