AIMAN berlari anak ke arah Aadyan. Suit yang segak membaluti tubuh dikemaskan. Sarung tangan dibetulkan.
"Siapa hantar kau?" Soal Aadyan sebaik sahaja Aiman berdiri di sebelah. Aadyan ada mengajak Aiman untuk pergi bersama-sama tapi Aiman menolak.
"Naik motor." Jawab Aiman selamba.
"Besar panjang pun tak reti nak bawa kereta?" Sampuk Puan Sri Iryana Ariths yang berdiri di sebelah Aadyan.
"Bukan tak reti mummy tapi tak ada lesen" Jawab Aadyan.
Aiman gulingkan mata ke atas. Dia malas nak ambil lesen. Lagi pula, dia tak minat pada kereta. Minat dia lebih kepada motorsikal. Sanggup dia habiskan ratusan ribu ringgit pada motorsikal berbanding kereta.
"Kenapa tak ajak Daniel?" Soal Puan Sri. Mahu juga dia lihat Daniel munculkan diri di khalayak ramai. Daniel sudah seperti orang duduk gua.
"Mummy tak suka Aiman datang?" Aiman mencebik. Raut wajahnya merajuk pada ibu saudaranya.
"Bukan tak suka. Lebih kepada sudah bosan."
Aadyan sengih mendengar jawapan ibunya. Suka sangat menyakat Aiman.
"Macam biasalah mummy. Daniel memang tak akan tunjukkan diri dia." Jelas Aadyan. Anak-anak uncle Imran semuanya tak suka perhatian publik walaupun keluarga itu pengasas Ariths Group.
Syarikat Ariths Group megah di dalam dunia business. Aset terbesar syarikat ini termasuklah Ariths Jewellery dan Ariths Hotel. Organisasi rahsia seperti Ariths Security juga dikendalikam oleh Ariths Group.
Pengasas Syarikat mega ini dikenali sebagai Imran Ariths atau sering dipanggil abah. Imran Ariths ayah kepada Damika, Damia, Daniel dan Dhia.
"Tahniah atas koleksi terbaru Ariths Jewellery mummy." Ucap Aadyan dengan senyuman. Ibunya merupakan CEO Ariths Jewellery.
Siapa yang menguruskan Ariths Hotel?
Dato' Ikhram Ariths, ayah kepada Aiman Ariths. Ayah Aiman terkenal kerana mempunyai tiga orang isteri dan Aiman hasil anak daripada perkahwinan ketiga Dato' Ikhram Ariths.
"Terima kasih. Sebagai hadiah, ada bawa menantu untuk mummy tak?" Puan Sri naikkan kening.
Aadyan geleng kepala dengan senyuman. Tanya menantu pula.
Muncung ke depan bibir Puan Sri. Bilalah nak ada menantu agaknya. Sudahlah Aadyan satu-satunya anak yang dia ada. Kalau Aadyan tak beri dia menantu, memang tak ada menantu lah jawabnya. Nak kata anaknya tak laku, laku keras aje.
Suasana di belakang pentas semakin sibuk tatkala jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Berbaki lagi 20 sebelum acara bermula. Model dan staf sibuk menguruskkan diri dan client masing-masing.
"Pergilah duduk di depan. Mummy nak uruskan apa yang patut di sini" Mummy Yana menunjuk ke arah depan.
"Biar Aadyan bantu apa yang patut." Tawar Aadyan.
"Tak apa duduk aje. Kamu sudah datang pun mummy gembira" Bibir itu senyum.
"Mummy Yana suruh pergi depan, pergilah depan. Kau nak jadi anak derhaka?" Sampuk Aiman memotong momen ibu anak itu. Pantang nampak orang bahagia. Kerja memang asyik nak menyampuk. Berkudis kot mulut tu kalau tak masuk campur perbualan orang.
"Banyaklah kau punya derhaka. Kalau nak bincang soal derhaka, kau pemenang."
Aiman mengepal penumbuk seusai bicara Aadyan. Sepupu tak sepupu, rasa nak tumbuk muka Aadyan. Biar masuk hospital terus. Buat sakit hati saja.
"Aadyan ke depan dulu" pamit Aadyan sebelum Puan Sri angguk kepala.
"Bye mummy sayang" Aiman melambai dengan mata dikenyit sebelah pada Puan Sri, mak saudara kesukaan dia. Langkah mengejar Aadyan yang sudah jalan terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Aiman Ariths (SU)
General Fiction♤3nd Ariths Series♤ -Sangat slow update Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Start: 19 Jun 2024 (9 september 2024 - New version) End: - See you later!