AA 6

216 18 1
                                    

SEBAIK sahaja Sharon lelapkan mata, Aiman terus berlalu pergi. Namun motornya dibiarkan saja di perkarangan rumah Sharon.

Aiman masuk ke dalam perut kereta Produa Aruz.

"Selamat malam bos. Bos balik awal, Sharon tak mengamuk?" Soal Azam sebaik Aiman labuhkan duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

"Tak... kot" Aiman juga tak pasti. Dia tak boleh duduk lama di rumah Sharon. Banyak perkara yang harus dia selesaikan di Ariths Security.

Membulat mata Azam melihat tangan Aiman sudah berbalut. Tangannya menggapai tangan Aiman.

"Apa jadi? Ini kena apa? Nak saya telefon bos Hans?" Risau punya pasal, mulut dia tak berhenti menyoal.

Aiman tarik tangan. Cedera sikit aje pun. Tak bawa mati.

"Tak perlu telefon Hans. Dia mesti sudah tidur. Doktor peribadi Sharon sudah periksa tangan aku. Tak ada apa yang teruk. Tak cacat lagi" Selamba nada bicara Aiman. Dia juga tak mahu kejutkan Hans, doktor peribadi Ariths Security.

Azam masih tak faham. Mengapa Aiman masih setia di sisi Sharon? Dia juga cukup waras untuk tahu wanita itu gila. Jujurnya, firasat Azam tak baik soal Sharon.

"Muka kau tak payahlah nak tunjuk yang kau risau sangat. Aku tak mati lagi. Masih cukup semua anggota." Aiman melirik wajah Azam. Tali pinggang ditarik ke sisi.

"Kau nak kita berkhemah depan rumah Sharon?" Soal Aiman. Sejak tadi tak reti nak jalan.

"Maaf. Saya cuma nak pastikan bos okay aje." Azam masukkan gear sebelum pedal minyak ditekan. Kereta itu meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah Sharon.

"Siapa ada di base?" Aiman mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 3 pagi.

"Bos Aadyan, Bos Daniel dan Azim." Azam yakin mereka bertiga belum tidur. Sebelum Azam pergi mengambil Aiman, mereka bertiga sedang menjamah sekotak pizza. Katanya jajan malam.

"Damika? Dhia?"

"Bos Damika macam biasalah. Balik rumah bini. Dia tak bujang macam kita. Dhia pula balik rumah ummi dan abah." Jelas Azam seraya tangannya sibuk mengemudi stereng kereta.

Aiman angguk kepala sekali.

"Saya dengar tempat perjudian diserang polis." Habis serabai Aadyan di bilik hacker kerana misi mereka gagal.

"Bukan diserang tapi mereka terima panggilan palsu. Kononnya ada sesi tembak menempak dalam premis. Hancur semuanya. Tak pasal-pasal semua aku marah." Luah Aiman. Dia terlalu ikut baran sahaja. Habis yang tak bersalah ditengking.

Bibir Azam menggulum senyum. Tahu sangat perangai Aiman. Bila berkaitan misi AS, barulah jejaka ini tahu erti serius. Di luar misi, perangai Aiman lebih kebudak-budakan. Ada saja masalah yang dibuatnya.

"Saya faham kenapa bos marah.  Kalau AS tak dapat nak rungkaikan pemilik rumah judi Dragon, kes ini akan jadi kes tertunggak. Terima atau tak, AS banyak lagi misi yang perlu diselesaikan." Inilah hakikatnya bekerja di bawah AS. Kadang tiada rehat. Tak habis satu misi, dua misi datang menyapa.

Dengar nafas keluhan Aiman. Tak lain tak bukan, kes rumah perjudian Dragon akan jadi kes tertunggak.

"Berapa fail kes baru yang kita terima?" Sengaja Aiman bertanya. Bolehlah dia siapkan mental dan fizikal sebelum bermula.

"Tiga fail baru tapi tadi ada satu kes yang tarik perhatian bos Daniel. Kes pelacuran, dadah, pemerdagangan manusia dan jualan organ dalaman secara haram. Setakat ini, cuma ada satu suspek, Amir Akasya." Jelas Azam panjang lebar. Siap ada perbalahan antara Daniel dan Aadyan dalam memilih kes Ariths Security yang seterusnya. Azam dan Azim tak ada hak nak memilih kes, jadinya mereka hanya pasang telinga.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now