AIMAN tenung lama muka laptop. Bagai nak tembus di tenungnya.
Daniel yang baru masuk ke ruang tamu memandang hairan sepupunya. Apalah yang Aiman pandang? Fokus sangat. Fokus atau termenung?
Dia melangkah mendekati Aiman sebelum dia labuhkan duduk di sofa hadapan Aiman.
"Aku suruh kau siapkan report bukan termenung Aiman Ariths." Kuat suara Damika bergema di ruang tamu rumah agam Ariths Security atau sering dipanggil second base Ariths Security.
Daniel alihkan pandangan ke arah tangga. Melihat bayang Damika, hujung bibirnya naik. Ini tak lain tak bukan, Aiman tak siapkan laporan.
Tersentak Aiman daripada lamunan. Cepat jarinya bermain di atas papan kekunci tatkala Damika datang mendekati. Habislah dia.
"Siap ke belum?" Soal Damika garang.
Aiman angkat wajah. Bibirnya senyum.
"Alhamdulillah. Hampir 3% siap." Matanya dikelipkan.
"Kau nak makan kasut aku? Abah minta laporan malam ini. 3% tu ada apa je?" Damika duduk di sebelah Aiman seraya laptop Aiman dirampas.
LAPORAN ARITHS SECURITY
KES: ARIF ISKANDARCuma itu yang sudah disiapkan Aiman. Cuma 6 kata sahaja terpampang di muka skrin laptop.
Damika tutup mata perlahan. Ya Tuhan, bekalkan semangat buat Hamba.
Aiman bersiul sambil memandang atas siling. Tunggu masa lagi sebelum Damika meletup.
Daniel hanya senyum melihat abang dan sepupunya. Aiman memang tak pernah siapkan laporan ikut masa. Laporan tiga bulan lalu saja Aiman baru nak mula menulis.
"Kau nak mati ke Aiman Ariths? Lima jam kau duduk dekat sini. Aku rasa nak baling kau jadi makanan buaya." Sungguh tajam pandangan Damika memandang sisi wajah Aiman.
Aiman tak berani nak alihkan pandangan. Bibir masih bersiul. Perlahan.
"Buaya tak makan buaya darat." Selamba bicara Daniel.
"Betul" gumam Aiman perlahan.
"Pala hotak kau betul. Siapkan!" Diangkat tinggi laptop itu sebelum diletakkan kuat pada atas paha Aiman.
Aiman tutup mata menahan sakit. Ini kalau rosak laptop, mana nak cari duit beli yang baru? Sudah tiga bulan gajinya dipotong separuh.
Hilang saja bayang Damika, Aiman cepat-cepat letakkan laptop pada atas meja paras lututnya. Tangan mengosok atas paha.
"Aduh! Aku rasa tulang aku patah." Aiman mencebik. Dipandang Daniel meminta belas kasihan.
"Baguslah. Nak aku patahkan bahagian lain pula?" Tawar Daniel seraya badan itu bersandar selesa pada sofa.
Aiman mendecit kuat. Nak bermanja pun tak boleh.
"Kau dari mana?" Soal Aiman. Drama tadi habis begitu sahaja kerana Daniel tak beri kerjasama.
"Mengurat awek."
Berkerut langsung dahi Aiman memdengar jawapan Daniel.
"Kau? Kau mengurat awek? Tipu aku pun agak-agaklah. Kau dengan perempuan macam magnet sama kutub, susah sungguh nak bersama." Itulah kenyataannya. Daniel bukan seorang kaki wanita. Daniel cuma bekas kaki alkohol yang sudah bertaubat.
"Kau apa tahu." Daniel keluarkan telefon dari dalam poket seraya jarinya bermain-main di atas skrin kaca.
"Tahulah. Aku nampak kau dari kita kecil sampailah dah besar macam ni. Cuma satu benda yang tak berubah tentang kau."
YOU ARE READING
Aiman Ariths (SU)
General Fiction♤3nd Ariths Series♤ -Sangat slow update Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Start: 19 Jun 2024 (9 september 2024 - New version) End: - See you later!