AA 9

189 30 4
                                    

INTAN pandang sekeliling. Mana Aiman ni? Katanya nak jumpa sepupu. Entah-entah dia kena scam.

Mata Intan tertuju pada motorsikal di hadapannya. Model Ducati. Dia sikit pun tak hairan. Orang kaya Ariths, mesti motor harga sebiji kereta.

Bila fikir balik, kenapa nak ikut ride sama-sama Aiman? Kenal pun tak. Lupa, padah menghisap rokok. Pertama kali dia hisap rokok minggu ini tapi boleh pula kedapatan orang.

"Ingatkan dah lari. Boleh tahan berani juga you" Dengar saja suara itu, kepala Intan memandang ke hadapan. Aiman sedang berjalan ke arahnya. Helmet dan jaket di tangan jejaka itu.

"We set the deal. Nak tak nak saya kena tunggu awak juga" Intan hanya pasang wajah biasa. Bila jejaka itu sudah mendekat, matanya tetap menatap wajah Aiman.

Lama.

Intan ni boleh diibaratkan keluar mulut harimau masuk ke mulut buaya. Buaya species manusia pula tu.

Naik senyuman di wajah Aiman.

"Handsome?" Naik sebelah keningnya.

Berkelip-kelip mata Intan. Lama sangat ke dia tenung? Kepala tunduk sebelum dia berdehem kononnya sakit tekak.

"Pegang helmet ni dulu." Aiman serahkan satu helmet berwarna biru gelap pada Intan. Intan hanya ikut arahan seraya helmet itu dipegang.

Zip jaket yang berada di tangan dia buka. Aiman datang mendekati, Intan pula berundur. Dia tak bodoh lagi nak runtuhkan benteng pertahanan diri di hadapan jejaka ini.

"Relax Putri. I cause no harm to you" Ujar Aiman dengan senyuman. Tak lebar tapi cukup manis.

Wow! He look way more handsome!

Aiman tunduk sedikit. Jaket tadi dililit pada pinggang ramping milik Intan sebelum diikat kemas.

Selesai diikat, Aiman kembali pandang wajah Intan. Polos sungguh wajah Intan. Innocent.

"Baju you terlalu pendek." Itu saja yang Aiman katakan sebelum helmet ditangan Intan diambil kembali.

Intan tunduk malu. Tapi... boleh tahan gentlemen juga jejaka ini. Ke dah biasa buat? Dia sendiri tak terfikir untuk menutup bahagian pahanya tadi.

"You nak lepas rambut atau nak turunkan sikit ikatan rambut you? Tapi rasanya helmet ni besar sikit. Ini helmet sepupu I. We should just try." Aiman angkat helmet sebelum disarungkan perlahan di kepala Intan. Seperti yang Aiman duga, sedikit longgar. Visor helmet Intan dibuka.

"Selesa? Kalau tak nanti I singgah mana-mana kedai. Kita beli helmet baru."

Smooth like butter. Semua yang dibicarakan jejaka ini buat dada Intan rasa tak tenang. Apatah lagi bila mata mereka bertembung. Rasa nak terkeluar jantung dari landasan.

Intan larikan pandangan. Kepala angguk.

"Selesa. Longgar sikit aje. Tak perlu bazir duit beli yang baru."

Semakin lebar senyum Aiman. Comel saja Intan pada pandangan Aiman. Tak sangka ada juga sisi comel di balik model berkarisma ini.

Tangan Aiman naik pada helmet Intan seraya ditepuk perlahan.

Entah mengapa, bibir Intan senyum. He's indeed a gentlemen.

Aiman ambil helmetnya yang berada di atas bangku motorsikal. Disarungkan selesa pada atas kepala.

"Are you ready princess?" Mata Aiman di balik visor tenung mata Intan.

Princess? Kalau bukan kerana helmet, jelas kelihatan senyum manis Intan. Lembut seruan princess itu meniti di bibir Aiman. 

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now