AA 10

246 25 0
                                    

HELMET diletakkan pada atas meja makan besar. Kakinya melangkah masuk ke dalam dapur. Peti ais dibuka. Sebotol air diraih sebelum diteguk separuh.

Terkedu seseorang di gerbang dapur. Tak sangka jejaka itu datang.

"Encik Aiman" Tegur Rin pembantu rumah Sharon.

Aiman halakan pandangan pada Rin sebelum dia larikan pandangan ke tempat lain. Wajah itu tiada perisa. Kosong. Kegembiraan bersama Intan  tadi hilang entah ke mana.

"Drop the formality Rin. You're my friend. Is she awake?" Soal Aiman. Badannya disandarkan pada tepi meja island.

Rin hembus nafas perlahan. Dia sudah biasa berlakon di hadapan Sharon. Rin dan Aiman kenalan lama. Rin dulunya bekerja sebagai bartender kelab sebelum Aiman tawarkan wanita itu kerja untuk menjaga Sharon.

"Dia dah tidur. Are you okay?" Prihatin nada Rin memandang Aiman. Kadang tak sangka ini Aiman yang sama seperti dulu. Atau rumah ini membuatkan Aiman jadi diri dia sekarang? Atau keadaan memaksa jejaka itu untuk bersikap serius?

Aiman angguk kepala dengan senyum tipis. Dia baik-baik saja.

"Baliklah rumah. Manalah tahu kau nak berehat. Kau kan orang kaya Ariths" Sempat Rin mengusik Aiman. Dulu Aiman sering berlagak dilahirkan dalam keluarga Ariths. Katanya duit tak akan habis tujuh keturunan. Rin layankan saja.

Aiman tayang sengih. Matanya masih sayu.

"Will she be fine without me?" Entah mengapa soalan itu tiba-tiba keluar dari ulas bibir. Kepalanya tunduk. Senyuman tadi terus pudar.

Rin juga turut sandarkan tubuh di samping meja. Jauh daripada Aiman. Nafas ditarik dalam.

"Jujur aku sebagai perempuan benci perangai kau. Kalau aku yang dapat lelaki macam kau, memang aku siat hidup-hidup. Bagi makan anjing." Jujur sungguh bicara Rin. Dia memang maksudkannya. Bukannya dia baru pertama kali lihat Aiman. Dulu dan sekarang jejaka itu tetap sama. Buaya.

"Fikir aku nak try kau?" Aiman melirik Rin sinis.

"Baguslah kalau tak pernah terdetik di hati kau. Aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku tahu, aku bukan di dalam mulut buaya"

Gelak kecil Aiman lepas. Bicara sarkastik begini dia sudah biasa. Sikit pun tak terasa. Sebab Aiman kenal diri sendiri. Dia memang... teruk.

"Kenapa kau nak tinggalkan dia?" Soal Rin. Matanya tertancap pada dinding di hadapan.

"Because I just don't love her anymore." Semudah itu jawapan Aiman. Bila rasa sudah padam, begitu saja dia tinggalkan.

"Mudah kan? Sedar diri Aiman. Cik Sharon jadi macam itu disebabkan kau. Dia tak akan jadi macam itu, kalau kau ubah perangai kau. Kadang aku rasa kau memang tak ada pegangan. Semudah itu kau gengam dan semudah itu juga kau lepas. Orang kata kifarah itu ada. Kau tak takut?" Panjang lebar Rin berucap. Jelas rasa kecewanya. Kadang dia mahu marah Sharon supaya sedar Aiman bukan segalanya. Jejaka yang lebih baik, beribu di luar sana. Kadang dia mahu tengking Aiman, agar jejaka itu reti mengambil tanggungjawab atas tindakan sendiri. Tapi bagi Rin yang tiada apa, mahukah Aiman ikut buah bicaranya?

"Entah" Aiman juga bingung. Dia toleh kepala memandang sisi wajah Rin. Dahi wanita itu berkerut. Tahulah Aiman yang Rin sedang membuak-buak rasa marah. Namun Rin bijak, tak pernah gadis itu semena-mena melempiaska marah. Rin bijak kawal perasaan.

Rin tarik nafas panjang-panjang sebelum dihembus perlahan. Dia nak tengking maki Aiman juga tiada guna. Jejaka ini masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Kau yang rosakkan Cik Sharon, so please be an adult and take responsibility." Kali ini Rin pandang mata Aiman. Benar dia merayu. Aiman tak tahu betapa siksanya Sharon. Dia jadi saksi.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now