AA 2

334 28 12
                                    

"KAU nak ke mana?" Tegur Aadyan sebaik sahaja melihat Aiman menggapai helmet di atas meja.

Aadyan Rafael Ariths. Salah seorang sepupu Aiman. Jejaka ini anak tunggal kepada pasangan Tan Sri Aqil Raqib dan Puan Sri Iryana Ariths. Karakterya persis dengan Daniel tapi jejaka ini gila. Lebih kepada gila bayang. Susah ingin dijelaskan.

Aadyan sandarkan tubuh pada dinding. Matanya mencerlung memandang Aiman.

"Rumah Sharon" Jawab Aiman selamba.

Aadyan gulingkan mata ke atas. Kepala digelengkan.

"Kau tak takut ke kedapatan jabatan agama-" Belum sempat Aadyan habiskan kata-kata, Aiman terus memotong.

"Tak. Jangan risau. Aku tahulah cara aku buat kerja."

"Report kau?" Soal Aadyan. Rasanya siang tadi Damika bising soal report Aiman yang tak siap-siap.

"Dah siap. Sebab tu aku nak release tension. Bye." Aiman naikkan kening sebelum berlalu pergi. Tak ada senyuman di wajah.

Bahu Aadyan disapa lembut oleh seseorang.

"Pergi mana dia?" Soal Daniel. Bukankah mereka ada mesyuarat pada malam ini?

"Macam biasalah. Macam kau tak kenal dia." Aadyan alihkan pandangan ke belakang.

"Aku kenal cumanya perempuan dia bukan satu. Which one?" Aiman bukannya tidur dengan seorang wanita. Seorang tak akan pernah cukup untuk seorang buaya darat seperti Aiman.

"His favourite."

Daniel angguk kepala faham. Sharon atau nama panjangnya Sharon Kirana. Gadis itu bukan beragama Islam.

"Aku rasa Aiman ni dah termakan nasi kangkang Sharon." Ucap Aadyan selamba.

Kuat telapak tangan Daniel memukul belakang tubuh Aadyan. Amboi! Mulut macam tak ada insuran.

"Engkau tu jangan nak syirik sangat. Apa pula nasi kangkang? Tak adanya." Daniel merenung tajam anak mata Aadyan. Sepak mulut tu nanti baru tahu.

"Maaflah. Engkau pukul aku macam nak patahkan tulang belakang aku kenapa?" Geram Aadyan berkata. Pukulan Daniel boleh tahan berbisa.

Daniel hanya hiraukan Aadyan sebelum dia melangkah pergi. Nak ke bilik bawah tanah. Ada tahanan yang perlu disoal siasat.

•••••

PEMBANTU di rumah itu berdehem kuat tatkala mata menangkap bayang Aiman masuk ke dalam rumah banglo milik Sharon.

Namun, Sharon masih termenung. Matanya kosong memandang makanan yang dihidang di atas meja.

"Berapa lama dia duduk situ?" Soal Aiman pada salah seorang daripada dua pembantu rumah Sharon.

"Hampir dua jam" Ucap pembantu rumah itu perlahan.

Satu demi satu langkah Aiman ambil untuk mendekati Sharon.

"Sayang? What's wrong?" Aiman melutut di sebelah kerusi Sharon. Tangan Sharon diambil sebelum di kucup lembut.

Tersentak Sharon daripada lamunan. Wajah yang tadi muram kini tercalit sekuntum senyuman. Tak lebar.

"Bila you sampai?" Soal Sharon sedikit dingin.

Aiman berdiri dari duduk. Matanya memandang tepat anak mata milik wanita itu.

"Baru aje. Kenapa tak makan? Nak I suap?" Aiman menarik kerusi untuk duduk di samping Sharon. Bibirnya senyum.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now