Matahari belum menyapa tapi Aiman sudah lama berjaga daripada tidur. Baju lengan panjang disarung pada tubuh. Sekilas pandangannya pada Sharon yang tidur lena sebelum kakinya mula mengatur langkah keluar. Tombol pintu dipulas lalu dibuka sedikit sekadar untuk memboloskan diri.
Bahunya naik sedikit tatkala figura seorang wanita berdiri tepat di hadapan pintu. Nasib saja Aiman tak menjerit terkejut. Tak pasal-pasal Sharon terbangun pukul 6 pagi. Dadanya diurut perlahan.
"Kau nak cosplay jadi syaiton ke Rin?" Bisik Aiman keras.
"Maaf. Aku berjaga tadi nak ambil air. Nak masuk bilik balik, tiba-tiba teringatkan keadaan Cik Sharon. Kononnya nak periksa keadaan Cik Sharon tapi lupa kau ada." Satu tangan Rin mengangkat segelas air. Satu lagi tangannya menggaru kepala yang tidak gatal. Sengih kekok ditayangkan. Nasib saja Rin tak terjah masuk. kalau dia main terjah masuk, risau juga nampak perkara yang tak sepatutnya. Apatah lagi kalau Aiman balik.
Rin memandang Aiman atas bawah. Terjengket-jengket macam perompak. Nak merompak rumah sendiri?
"Kau nak ke mana?" Soal Rin. Nada suaranya dikawal takut Sharon terdengar.
"Balik rumah kejap. Nak ambil barang. Aku ada meeting pagi ni. Nanti membebel pula si Daniel tu kalau aku lambat." Sempat lagi Aiman mengata Daniel. Rasa tak sempurna hidup kalau tak mengata orang.
"Pukul lima pagi? Meeting apa pukul lima pagi?" Hairan juga Rin. Entah apalah kerja jejaka ini sebenarnya. Kalau benar bekerja di bawah Ariths Hotel, patutnya ada ketetapan waktu bekerja. Aiman pula, tiap malam ada saja kerja mendadak. Kononnya hotel perlukan pekerja dalam kadar segera. Pelik sungguh sistem pekerjaan Ariths Hotel. Itu belum lagi bila Aiman balik dengan muka penuh lebam, kaki tempang, tepi bibir pecah. Majikan belasah pekerja? Masalahnya, majikan Ariths Hotel merupakan ayah kepada Aiman sendiri. Bapa pukul anak?
"Kau bini aku ke? Banyak soal pula kau. Ibu aku pun tak banyak tanya." Aiman menjeling sebelum mula melangkah pergi.
"Aiman" panggilan Rin menghentikan langkah Aiman. Aiman palingkan tubuh ke belakang. Menanti sambungan bicara Rin.
Rin ketap bibir. Bolehkah dia bertanya soal ini? Kepalanya tunduk memandang jari jemari kaki. Tak mahu memandang sepasang Aiman.
"Kau tak sedih soal itu?" Jari telunjuk Rin naik menunjuk ke arah poket seluar Aiman. Gambar ultrasound itu tak masuk sepenuhnya ke dalam poket dalam seluar Aiman.
Matanya dihalakan pada arah yang ditunjukkan Rin. Foto itu dikeluarkan. Sudah ronyok. Layak gambar ini berada di dalam tong sampah.
"Tak"
Rin memandang Aiman tak percaya. Cuma tiga huruf itu buat remuk hatinya. Apalah perasaan Cik Sharon jika mendengar jawapan Aiman. Ayah jenis apa yang tak rasa sedih kehilangan bayi sendiri?
"Aku tak rasa apa-apa soal bayi ni. Anak ini lahir sekalipun, tak akan ada nama aku sebagai pelengkap. Nama ayah dia tetap Abdullah. Aku cuma risau tentang Sharon. Aku kasihan lihat dia tak mampu teruskan hidup. Aku nak pastikan dia tak depresi lagi. Lepas hidup dia sudah bertambah baik, aku akan tinggalkan dia dan biar dia rasai makna hidup dengan versi yang lebih baik." Gambar ultrasound itu direnyuk sebelum dimasukkan ke dalam poket. Dia akan hapuskan segala punca kesedihan Sharon.
Kecewa Rin bertambah mendengar bicara jejaka ini. Semakin dia mengenali insan yang bernama Aiman, berganda-ganda sumpah serana hatinya pada jejaka ini. Lelaki zaman sekarang amat menakutkan. Jejaka seperti ini yang akan buat hidup wanita lain hancur.
"Jaga dia. Pastikan dia makan ubat. Jangan sebut apa-apa soal bayi pada dia. Don't make her cry and hate herself even more." Selesai bicara, terus Aiman tinggalkan Rin di situ.
YOU ARE READING
Aiman Ariths (SU)
General Fiction♤3nd Ariths Series♤ -Sangat slow update Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Start: 19 Jun 2024 (9 september 2024 - New version) End: - See you later!