AA 14

204 23 3
                                    

AIMAN berdiri di hadapan pintu bilik. Jelas tangisan Sharon di balik pintu itu.

"Why is she crying?" Tanya Aiman pada Rin yang berdiri di belakangnya.

"Dia jumpa gambar ultrasound di dalam laci bilik kerja Encik Aiman." Jelas Rin. Dia gunakan bahasa formal kerana Qaseh, salah satu pembantu rumah juga berada di situ.

Aiman tunduk. Rambut diraub ke belakang. Mata ditutup rapat. Bibir diketap.

"Berapa kali aku nak cakap? Jangan benarkan dia masuk bilik kerja aku. I've told you so many times Rin." Nada Aiman sedang menahan marah.

Rin tunduk. Dia terlepas pandang. Tak sangka kunci pendua bilik kerja Aiman dijumpai oleh Sharon.

"Saya minta maaf Encik Aiman." Serba salah nada suara Rin.

Tombol pintu dipegang seraya nafas panjang di tarik dalam.

"It's okay. Aku tahu kau tak sengaja. Pastikan perkara macam ni tak jadi lagi" Pesan Aiman sebelum tombol pintu itu dipusingkan. Aiman masuk ke bilik Sharon sebelum pintu itu di tutup rapat kembali.

Rin dan Qaseh hanya menunggu di luar bilik. Masing-masing risau tentang keadaan Sharon. Wanita itu baik cumanya kadang bila perasaan mengawal diri, Sharon tak dapat bezakan yang baik dan yang buruk.

Aiman pandang Sharon yang sedang menangis di atas katil. Matanya memandang ke atas lantai. Gambar ultrasound itu dipandang sayu.

"Sayang..." Panggil Aiman seraya dia datang mendekat.

Sharon perlahan angkat wajah. Wajah itu sembab dengan air mata. Tak dapat Sharon menahan tangisan sebaik sahaja bayang Aiman muncul pada penglihatannya

"I miss o-our child" Mata cantik Sharon memandang tepat anak mata Aiman.

Sempat Aiman duduk bertinggung. Gambar ultrasound itu dikutip sebelum dia masukkan ke dalam poket. Kembali langkahnya mendekati Sharon.

"I pasti dia pun rindukan you juga. Dia pun rindu mama dia." Aiman duduk pada atas katil. Tangannya mengusap atas kepala Sharon lembut sebelum dia betulkan rambut serabai wanita itu.

"Y-you tak rindu anak kita?" Soal Sharon. Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipi mulusnya.

Pandangan Aiman bertukar lembut. Ditarik Sharon ke dalam pelukan. Belakang kepala wanita itu diusap sayang.

"Rindu." Itu saja jawapan yang meniti di bibir Aiman.

Bila terasa hangat mendakap tubuh, laju saja air mata Sharon mengalir. Langsung tak mahu berhenti.

"Please don't hurt yourself. Sedih kalau anak kita nampak keadaan you macam ni." Pujuk Aiman.

Terasa bahunya hangat dengan air mata Sharon. Tubir mata Aiman ikut berair. Dia faham perasaan Sharon. Tak mudah untuk melepaskan tapi mereka tak mampu berbuat apa.

"Salah I. I tak jaga dia elok-elok. You benci I sebab I tak jaga dia elok-elok. I kill our precious baby." Tangan Sharon melingkar pada pinggang Aiman. Semakin erat tubuh Aiman mendakap tubuhnya, semakin hatinya rasa tenang. Rasa selesa dan selamat. Rasa seperti dia tak keseorangan.

Aiman jauhkan sedikit wajah. Raut wajah Sharon ditatap seketika seraya ibu jarinya berjalan di pipi mulus Sharon. Air mata wanita itu diusap dengan segaris senyuman.

"No. I never hate you. I sayangkan you. You wanita yang I sayang selama ni. Cuma you seorang." Kedua pipi Sharon ditekup sebelum dibawah dekat ke wajah Aiman. Dahi mereka bercantum.

Aiman Ariths (SU)Where stories live. Discover now