Bab 61

19 1 0
                                    

Sofia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi enjin kereta di luar. Mata yang masih separuh tertutup kini terbuka luas. Dia segera bangun dan menyelak langsir biliknya. Pandangannya tertumpu pada sebuah kereta yang terparkir di luar rumah—kereta Emir.

Emir? Fikirannya segera berkecamuk. Perasaan marah, kecewa, dan rindu bercampur baur dalam dirinya.  Tanpa berfikir panjang, Sofia berlari menuruni tangga dengan pantas. Tangannya terhenti sebelum memutar tombol pintu. 

'Kenapa aku nak kena jumpa dia? Kan aku masih marah? ' Dia menepuk dahinya.

Namun, sebelum sempat dia berfikir lebih lanjut, Sofia terdengar bunyi tombol pintu rumah dipusing dari luar. Sangkaannya Emir yang berada di sebalik pintu membuatkan dia tersenyum tanpa sedar. Tetapi, sebaik sahaja pintu terbuka, senyumannya serta-merta hilang.

Isabella berdiri di hadapannya dengan senyuman manis. "Eh, akak! Sorry, Bella lupa bawa kunci rumah,"

Sofia senyum tipis. Dia menjenguk ke luar pintu memandang kereta Emir. "Oh, abang Emir kebetulan nak ambil barang dia ajar Bella sekali," ucap Isabella.

Sofia terkedu seketika, perasaan marah yang tadinya hampir reda kembali marak. Fikirannya diselubungi rasa tidak puas hati. Sofia cuba mengekalkan wajah tenang, namun hatinya semakin bergejolak.

Sofia menapak ke tepi menjemput Isabella masuk. Dia mengekori Isabella masuk ke bilik lalu duduk di atas katil. "Kerja Bella macam mana? Okay? Best tak kerja?"

Isabella tersenyum lebar sambil membuka almari di biliknya untuk mengeluarkan barang-barangnya. "Kerja okay je. Cuma ada a few things nak kena belajar,"

Sofia memerhatikan Isabella yang sibuk mengemas barang-barangnya. Fikirannya mula tertanya-tanya. Kenapa dia tiba-tiba mengemas barang-barang dia pula ni?

Isabella yang menyedari Sofia memandangnya terus berkata, "Oh, Akak Wafa tak bagitahu ke? Bella nak tinggal di quarters staff dekat Rasa Riang Resort. Abang Emir suruh Bella tinggal sana, senang sikit nak urus kerja."

Sekali lagi, hati Sofia terasa berat mendengar nama Emir disebut dengan mesra oleh Isabella. "Oh, abang Emir yang suruh?"

"Ya," Isabella menjawab sambil tersenyum, tidak menyedari perubahan di wajah Sofia. "Katanya lebih mudah kalau Bella tinggal di sana. Tak perlu berulang-alik jauh. Quarters staff pun sangat selesa."

"Abang Emir tu baik sangatlah akak. Rasa bertuah betul kenal abang Emir," ucap Isabella.

Sofia cuba menahan diri daripada membiarkan rasa cemburu dan marah menguasai dirinya. Dia tidak boleh menunjukkan perasaannya di depan Isabella. "Good for you. Kalau kat pejabat akak, budak praktikal tak boleh keluar di waktu kerja,"

Isabella tergelak kecil, seolah-olah tidak menyedari nada sindiran dalam soalan Sofia. "Datin bagi kelonggaran. Dia kata Bella boleh kemas barang dulu, nanti baru settle di quarters."

"Datin?" dahi Sofia berkerut.

Isabella mengangguk. "Datin Fauziah, mama abang Emir. Baik sangat akak,"

Sofia mengangguk perlahan, cuba menahan rasa tidak puas hati yang semakin menyesakkan dadanya. Aku nak setahun kahwin dengan kau, kena menyorok masa mama kau datang rumah. Hatinya semakin resah memikirkan layanan istimewa yang diberikan Emir kepada Isabella.

"Okaylah, akak nak rehat. Nanti, jangan lupa kunci pintu kalau nak keluar," kata Sofia, cuba menamatkan perbualan sebelum dia benar-benar hilang sabar.

Isabella tersenyum lebar dan mengangguk. "Okay, akak tak payah risau, nanti Bella kunci pintu,"

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now