Bab 5

21 2 0
                                    

Dia duduk ke atas katil tu. Dia belek kenalan yang ada dalam henfon. Seingat dia, dia ada atuk belah ibu yang tinggal di Brunai. Atuk dia juga bukan orang biasa, dia juga seorang yang ternama. Atuknya buat keputusan untuk tak nak ambil tahu lagi pasal ibunya dan Farish selepas ibunya enggan failkan cerai terhadap Dato Asfad setelah isu poligami terbongkar di seluruh Malaysia. Banyak tentangan isu poligami ni ketika dulu, tapi Dato Asfad lebih pertahankan Wannie berbanding ibunya. Demi taatnya sebagai isteri, dia tak menfailkan cerai malah dia sanggup memutuskan hubungan ayah dan anak dengan datuknya membuatkan datuknya kecewa kemudian datuknya dah tak lagi datang melawat mahupun hubungi mereka.

Kalau ikutkan, aset Farish taklah sebanyak aset Dato Asfad setelah semua aset syarikat dan share ibunya jatuh ke Dato Asfad, Farish hanya ada aset rumah ni, simpanan bank dan beberapa hartanah sekangkang kera di negeri lain sahaja. Dia dah lama tak hubungi datuknya, dia dah lupa wajah datuknya macam mana. Di sebabkan datuknya orang ternama, mudah je cari pakai google, call guna nombor syarikat. Dia pejam mata, badan terlalu penat. Dia perlukan otaknya untuk cari jalan dapatkan balik aset ibunya serta siasat kematian ibunya.

Wannie, Mira dan Dato Asfad tak buat hal beberapa hari ini. Mira tidur di bilik tetamu sementara bilik yang lain sedang di aturkan. Farish betul betul rasa berkuasa dalam rumah ini, takde sape boleh buli dia. Selama ini dia tak pernah bebas nak buat apa apa. Beberapa hari ini dia tak ke mana. Dia bermain piano, tengok wayang, baca novel, game online, berurusan dengan ejen dan peguam secara rahsia. Walaupun Dato Asfad tak pernah bagi dia duit saku, dia nak risau apa, simpanan bank ibu dia hibahkan masih lagi banyak, dia tak perlu berkerja untuk 10 tahun lagi. Kalaulah Wannie dan Mira tak pernah guna kad bank dia mesti dia tak payah kerja 20 tahun lagi. Dia mencari Danny dengan meninjau Sunset Heighland Sdn.Bhd baru baru ni tapi malangnya tak serempak.

Tengahari dia keluar pergi ke syarikat Heighland Sunset. Heighland Sunset Syarikat keluarga Hudson, Danny Hudson, agak mendonia, itu merupakan syarikat susu, semua jenis susu termasuklah supliment. Jenamanya agak terkenal. Syarikat Danny di Malaysia baru je di tubuhkan beberapa tahun lalu. Danny di arahkan untuk meneraju Sunset Heighland sdn.bhd di Malaysia setelah dia graduan di England dengan bermula menjadi pengarah syarikat di sini, syarikat ni akan jadi milik Danny tak lama lagi. Dia tahu Danny boleh bertutur bahasa Malaysia, dia belajar bahasa Malaysia selama beberapa bulan sebelum dia di hantar ke Malaysia, sebab mudah nak berkomunikasi dengan orang Malaysia.

Farish perasan ada kereta sedanh mengekori Farish dari tadi. Dia merasakan ada sesuatu tak kena. Farish berhenti di sebelah restoran, dia makan dulu. Selepas dia keluar restoran, dia nak melintas ke 7-Eleven di seberang jalan.

Kereta yang ekori Farish tadi, tiba tiba meluncur laju tujuan nak langgar Farish. Farish nampak kereta tu laju, dia segera nak mengelak. Tiba tiba tubuhnya di ragut dengan pelukan hangat, perfume bau lavendar, jantung Farish berdebar. Tanpa dia sedar, tubuhnya dah terbaring ke tepi jalan di hempap oleh seseorang, berat. Farish hafal kereta yang nak langgar dia tu, kereta tu gagal langgar Farish lalu pergi macam tu. Farish di bangunkan oleh seseorang itu.

"Are you okay."

Suara ini, Farish kenal. Dia pandang pemilik suara itu. Wajah Danny kelihatan cemas, mukanya putih merah bertukar merah di bawah cahaya matahari. Farish merenung wajah tampan Danny, dia sangat sangat kacak, lebih kacak dari Awi tapi kenapa dia tak terpikat pun dengan Danny masa tu? Badannya besar dan sasa, boleh nampak ototnya tersembul lekat dengan kemeja hitamnya. Tinggi pun tinggi, kira kira lebih 190cm, biasalah berdarah british memang tinggi tinggi. Matanya biru laut, cantik dan lembut di lihat. Rambut emasnya bertukar lut sinar bercahaya saat dipancari cahaya matahari. Kenapalah Farish tak nampak kekacakan dan kelebihan pada Danny, apa yang dia nampak kat Narsistik macam Awi tu?

Danny merona merah, dia mendehem, "Hello? Hello?" Dia melambai lambai tangan di depan muka Farish.

Farish tersentak, dia mendehem. Dia pun berasa malu. Berapa lama agaknya dia tenung Danny.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now