Datin Zahirah dan Ku Kushairi berehat dalam kereta, mereka mencari Awi tapi tak di temui, maka mereka menunggu di dalam Vellfire parking di bawah hotel dan biarkan 2 anak mereka yang mencari Awi. Di sebabkan kejadian memalukan ini, mereka membuat keputusan enggan tidur di hotel ini lagi. Datin Zahirah mengurut dahinya yang berdenyut denyut.
Tok! Tok! Tok!
Tingkap Vellfire di ketuk dari luar, mereka toleh ke sisi. Farish berdiri di luar Vellfire sedang melihat mereka di dalam. Datin Zahirah terpegun segera pintu di buka.
Datin Zahirah, "Farish! Bila kamu balik Malaysia? Awi kata, kamu balik lusa. Kenapa Awi tak cakap pape." Ada sedikit ceria di wajah wanita berusia hampir 50an itu.
Datin Zahirah merupakan sahabat arwah ibunya. Dia merupakan ibu susuan Farish. Masa itu, Nurul Maria tumpah darah terlalu banyak dan alami koma selama 2 minggu selepas Farish di lahirkan menyebabkan Datin Zahirah yang menjadi ibu susuan memandangkan dia baru sahaja melahirkan Awi 5 bulan awal dari Farish. Farish dah tahu lama sebelum ibunya meninggal, sebab itu ibunya suruh panggil Datin Zahirah dan Ku Kushairi "mama Za, papa Ri". Hanya anak anak mereka je tak mengetahuinya, anak sulung dan anak kedua mereka masuk asrama sebab itulah tak tahu pasal Farish di susukan sampai sekarang mereka masih tak tahu.
Farish terhutang budi pada mereka berdua, setelah ibunya meninggal ketika usia 8 tahun, Farish sering datang ke rumah mereka kerana Dato Asfad dan Wannie selalu memukulnya, mengurung, tidak di beri makan, malah orang gaji dalam rumah turut mengabaikan Farish. Waktu itu, Redfield usia 14 tahun di paksa masuk asrama membuatkan Farish kehilangan perlindungan, dia sendirian. Walaupun Zafrin juga merupakan anak luar nikah, tetapi di daftarkan sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut, nasib Zafrin sekurangnya jauh lebih baik dari Farish. Zafrin cukup makan, di beri duit saku, tak di kurung, tak di pukul, tak di buli, tak di fitnah, mereka hanya mengabaikan Zafrin serupa tak wujud tetapi orang gaji dalam rumah itu masih melayan Zafrin dan memberikan makanan.
Lihat wajah Datin Zahirah ceria bercampur gusar. Farish rangkul tangan wanita itu lantas membalas senyuman mesra.
"Ma, sorry. Farish dah lama balik Malaysia. Cuma, Farish ada isu sikit dengan Awi. Biasalah, gaduh gaduh sekejap."
Ku Kushairi, "Farish, kenapa tak datang rumah kitorang. Mama kamu ni rindu kamu, lama sangat tak jumpa." Nadanya lembut macam bercakap dengan anak sendiri.
Farish, "Ada masa nanti saya datang."
Datin Zahirah membelai wajah Farish penuh kelembutan, dia melihat Farish membesar, menyusukan, sering bermalam di rumahnya, support Farish sehingga berjaya, dah anggap seperti anak sendiri. Farish rasa sebak, dah lama tak merasakan belaian dari seorang ibu, cara Datin Zahirah menatapnya penuh dengan kelembutan seorang ibu, dia merindukan ibunya. Farish telan air liur, berusaha menelan sebak sebelum ia gagal tertahan dan melepaskannya di hadapan pasangan itu. Kenapalah Datin Zahirah dan Ku Kushairi ibu bapa kepada Awi? Macam mana dia nak jatuhkan Awi? Dia tak nak mereka turut terkesan di atas masalah Awi. Tapi, Awi bukan anak mereka. Rahsia ni terdedah selepas Awi kemalangan masa kehidupan yang lalu, darah Awi AB, darah Datin Zahirah O-, Ku Kushairi O+. Kalaulah mereka ketahui bahawa Awi bukan anak mereka, bagaimana perasaan mereka agaknya.
Datin Zahirah, "Emm, kamu pakai smart smart ni, dari mana?"
"Saya adalah kat dalam dewan tadi, Awi jemput."
Datin Zahirah dan Ku Kushairi terkesima, kemudian bertukar malu.
Farish, "Takpe, bukan salah papa, mama. Diorang yang patut malu."
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Random⚠️⚠️WARNING⚠️⚠️ ⚠️pasal LGBTQ ⚠️man x man Farish menghidap leukemia tahap 4. Ahli keluarga dan kekasih Farish tidak berada di sisi di saat hari terakhir dia akan pergi meninggalkan dunia. Farish selama ini bantu kekasihnya untuk jatuhkan Danny, me...