Bab 17

19 3 0
                                    

*sorry guys kalo min ada tersalah dari segi huraian perubatan. Saya bukanlah pandai bab perubatan ni, ni pun buat sedikit research. Kalau ada kesalahan, sila komen eh agar boleh di perbaiki lagi.

Farish keluar dari kenderaannya, matanya terpahat pada sebuah banglo di hadapan. Dia tarik nafas kemudian menghela nafas berat, rasa berdebar. Dia jejak kaki ke dalam kediaman itu tanpa perlu kebenaran pengawal. Farish tinjau garaj bersebelahan banglo untuk kepastian kemudian melepaskan keluhan lega. Farish tekan butang lonceng 3 kali barulah pintu itu di buka, muka Datin Zahirah bersinar sinar.

"Farish!"

"Mama Za."

"Masuk masuk!"

Farish dan Datin Zahirah berbual seketika, makan tengahari bersama kemudian membincangkan perancangan mereka di masa akan datang. Sama seperti kehidupan Farish yang lalu, memang Datin Zahirah dan Ku Kushairi bakal berpindah ke Filipina untuk amik alih syarikat keluarga di sana.

Datin Zahirah, "Mama mungkin rindukan Farish nanti, sepanjang Farish kat sini, mama harap Farish dengan Awi kekal bff sampai bila bila. Mama harap, Farish boleh tengok tengokkan Awi jugalah, tengoklah juga bakal bini dia tu elok ke tak orangnya, mama dah seriklah."

Farish tersenyum, "Mama Za, jangan risau. Saya akan jaga Awi sebaik yang mungkin." Ada makna di sebalik kata katanya.

Datin Zahirah tak berfikir apa.

Tiba tiba tukang kebung berlari masuk membawa sampul surat lalu hulur pada Datin Zahirah, wanita itu terpinga tapi perlahan lahan dia ambil. Mata Farish bercahaya penuh makna.

Datin Zahirah bertanya pada tukang kebun, "Apa ni?"

"Datin, ada orang datang hantar surat ni. Dia kata ni untuk Datin. Saya serahkan pada Datin eh, saya sambung kerja saya dulu."

"Baiklah."

Datin Zahirah baca pada sampul surat itu, dia berkerut, malah ada nota menempel di belakang sampul surat.
'Awak nak tau identiti sebenar Tengku Asnawi?'. Mata Datin Zahirah terbuntang. Farish paksa senyum.

"Mama Za, apa benda tu?"

Datin Zahirah tersentak lalu dia mengukirkan senyuman, "Ah, Farish. Mama.. sakit kepalalah. Mama nak naik atas dulu makan ubat. Farish rasa lapar, pergilah dapur makan."

Datin Zahirah bawa surat itu naik ke atas. Farish tersenyum puas.

Datin Zahirah buka sampul surat itu perlahan lahan lalu dia baca isi kandungannya. Itu merupakan keputusan Ujian Paterniti, namanya dan Ku Kushairi tertera, dan akhir sekali nama Awi, keputusan ialah "0.04%". kertas itu terlepas dari tangan bertaburan ke atas lantai, nafasnya sesak tersangkut sangkut. Dia rebah ke tilam merasakan dadanya begitu sebak bercampur sakit, Awi bukan anaknya? Dia ingin membaca sekali lagi keputusan ujian paterniti, kebetulan ada beberapa keping gambar turut terselit bersama.

Datin Zahirah capai beberapa keping gambar itu lalu periksa, gambar lelaki muda yang sangat asing, dia tak kenal. Lelaki itu mengenakan kemeja lusuh, dia sangat kacak, wajahnya mirip sangat dengan Ku Kushairi waktu masih muda, mata dan bibirnya iras Datin Zahirah. Datin Zahirah tutup mulutnya, dia menangis, ini anak dia ke? Betul ke? Dadanya sangat berat, sangat berat sekali, 27 tahun Awi membesar dan di sara, bagaimana dia langsung tak perasan yang Awi tiada iras langsung dengan wajah mereka berdua.

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now