Sebulan pun berlalu, dalam tempoh sebulan, banyak laporan dan bukti di serahkan kepada pihak undang undang untuk kenakan tindakan ke atas KJK. Terdapat banyak bukti KJK membuat pergubalan wang haram, menipu duit tabung derma. Ternyata bukti itu kukuh. Redfield dan beberapa yang terlibat turut di berkas kerana di sahkan berkomplot, namun Redfield di bebaskan atas ikat jamin dari Farish, tiada bukti kukuh bahawa Redfield berkomplot dalam pergubalan wang haram.
Siasatan itu berjalan dengan cepat di sebabkan dari pengalaman dan pengetahuan Farish masa kehidupan lalunya. Di sebabkan kes itu, KJK semakin teruk nyawa nyawa ikan. Akhirnya dalam masa sebulan sahaja, semua orang yang terlibat dengan pergubalan wang haram di bersihkan. Farish ambil alih KJK dengan bantuan Danny. Farish dan Danny selamatkan KJK sebelum ia nazak dengan melabur ke atas KJK. Farish sebagai pemilik KJK, Danny berikan KJK projek bernilai berbillion.
Memandangkan Redfield lebih arif pengurusan dalam KJK, Farish sebagai Pemilik KJK, melantik Redfield jadi CEO tapi masih lagi di bawah kawalan Farish. Farish malas nak uruskan KJK, dia dan Danny dah merancang ingin berpindah ke luar negara buat apa dia uruskan KJK.
Datin Zahirah dan Ku Kushairi heret Awi bertemu dengan anak kandung mereka di restoran dalam hotel. Lelaki itu mirip dengan Ku Kushairi, boleh katakan hampir 80% sama dengan Ku Kushairi. Mereka nak nafikan apa lagi, memang sah lelaki itu anak kandung mereka. Di sebelah anak kandung mereka ada perempuan tua dalam usia 60an. Pakaian mereka biasa biasa je, tetapi kemas. Kehidupan mereka hanya seperti orang biasa sahaja.
Datin Zahirah dan Ku Kushairi berasa sayup dan hiba akhirnya dapat bertemu dengan anak kandung yang tak pernah mereka membesarkan sepanjang 27 tahun. Awi di sebelah Datin Zahirah di selubungi mendung. Dia baru tahu bahawa dia bukan anak kandung mereka tetapi anak kepada perempuan tua kat sebelah lelaki itu, Adam! Matanya merah menyala, kalau boleh tembus dah lama boleh tembus ke kepala Adam.
Halijah, ibu kandung Awi. Halijah menatap wajah Awi berasa sayup dan hiba, akhirnya dia dapat bertemu dengan anak kandungnya. Dia dah lama tahu yang Adam bukan anak dia, ada tanda lahir kat belakang Awi tapi takde kat Adam. Halijah tak pengsan selepas melahirkan, dia sempat belek anak dia sudah tentu dia tahu. Manakala Datin Zahirah pengsan selepas melahirkan dan tak sempat membelek anaknya pada masa yang sama berlakunya kecuaian nurse tertukar baby. Kebetulan Datin Zahirah dah keluar dari wad, manakala Halijah tak perasan perbezaan anaknya yang dah tertukar, pulang ke rumah baru perasan takde tanda lahir.
Halijah dah lama suruh Adam mencari keluarga kandungnya namun Adam enggan, dia dah anggap Halijah macam emak sendiri mana mungkin dia nak cari mak kandungnya. Tak sangka pula ada orang datang bagitau di mana ibubapa kandungnya, walaupun dia macam tak kisah pasal mencari ibubapa kandung tapi dalam hatinya gembira dapat temui mereka.
Adam dapat rasa Awi tak berapa suka Halijah, dia faham kenapa Awi tak berapa suka Halijah kerana latar belakang Halijah terlalu biasa bagi orang yang membesar dalam keluarga yang kaya dan tak pernah merasa hidup susah.
Datin Zahirah meminta Awi untuk salam dan panggil Halijah ibu namun Awi memberontak dan menengking Halijah malah dia tak percaya Halijah merupakan ibunya. Dia melempar pelbagai hinaan pada Halijah kerana dia seorang yang berlatarkan orang biasa tak kaya seperti Datin Zahirah dan Ku Kushairi. Ku Kushairi lempang Awi kerana terlalu biadap.
Datin Zahirah meyakinkan Awi bahawa Adam 80% mirip Ku Kushairi manakala Awi hampir serupa dengan Halijah membuktikan mereka anak beranak. Awi tidak percaya, dia yakin Adam dan Halijah datang dengan niat tak baik. Datin Zahirah menjelaskan pada Awi bahawa mereka sudah buat ujian paterniti kali kedua dengan DNA Awi secara rahsia, terang terangan Awi bukan anak mereka. Sebelum mereka bersemuka berempat, mereka telah pun bertemu dengan Adam minggu lepas secara rahsia dan minta sampel DNA.
YOU ARE READING
Peluang Kedua
Random⚠️⚠️WARNING⚠️⚠️ ⚠️pasal LGBTQ ⚠️man x man Farish menghidap leukemia tahap 4. Ahli keluarga dan kekasih Farish tidak berada di sisi di saat hari terakhir dia akan pergi meninggalkan dunia. Farish selama ini bantu kekasihnya untuk jatuhkan Danny, me...