BAB 01

61 10 0
                                    

ABAYA HIJAU muda itu dikemaskan sedikit. Slingbag miliknya dibetulkan dibahu. Sepasang anak mata itu meliar menanti seseorang. Sesekali keluhan kecil dilepaskan. Sungguh, andai bukan kerana papanya. Tuan Hazir memaksanya untuk bertemu lelaki yang digelar tunangnya pasti dia tidak mahu.

Malas. Pertunangan tanpa kerelaan darinya.

Seketika langkah tegap seorang lelaki berpakaian kot kemas mendekati. Melihat itu Dhuha sekadar diam. Sehinggalah lelaki itu tiba dihadapannya.

"Sorry sayang. I lewat sikit sebab baru lepas habis jumpa client. Sorry buat you tertunggu lama," ujarnya lembut. Wajah manis tunangnya direnung. Punggung dilabuhkan atas kerusi.

Dhuha mengangguk. Tidak sedikit pun bibirnya mengukir senyuman. Riak tenang ditayangkan. Ini merupakan pertemuan kali keempat antara mereka berdua.

"Sayang dah order? I lapar ni. Tadi tak sempat nak makan," soal Zayne. Buku menu ditarik. Keluar bersama dengan tunangnya serupa bercakap dengan peti ais. Dingin, beku.

"Dah," ringkas jawaban gadis itu. Galak mata Zayne. Bibirnya tidak tertahan ukir senyum. Bahagia.

"Sayang order apa untuk I?" Dhuha tahan hati. Riak wajah cuba ditahan. Rasa geli hati setiap kali Zayne cuba mengambil hatinya.

"Tomyum Thai." Mendengar itu, terus bersinar anak mata Zayne. Bahkan senyumannya dua kali ganda lebih lebar.

"Wah thanks sayang. I tak sangka you tahu favourite food I apa," tutur Zayne teruja. Dhuha pamer senyum. Sekejap sahaja sebelum riaknya kembali beku. Kalaulah lelaki itu tahu dia kena paksa papanya untuk beria orderkan Zayne makanan kegemarannya.

Entah apa yang hendak ambil hati sangat.

"You cantik sangat harini," puji Zayne tiba-tiba. Dia memandang Dhuha.

Dhuha yang mulai tidak rasa selesa itu sekadar diam. Minuman disedut. Anak mata diliarkan ke arah sekeliling restoran tersebut.

"I suka tengok perempuan pakai abaya. Macam you, nampak ayu sangat." Jejaka itu masih tidak diam. Berusaha memuji dan menarik perhatian. Sedang Dhuha sudah seperti cacing kepanasan.

"Ini ordernya ya?" Satu pinggan mangkuk berisi tomyum yang masih berasap diletak tepat dihadapan Zayne. Pelayan itu meminta diri selepas sahaja selesai.

Dahi Zayne berlipat tatkala perasan hanya satu pinggan saja yang tiba.

"You tak makan ke sayang?" Soal Zayne. Melihat riak tenang Dhuha membuatnya kurang senang.

"Kenyang. Saya baru habis makan dengan kawan saya," balasnya. Zayne mengeluh perlahan.

"Kenapa you tak tunggu I? Kita boleh makan sama-sama kan?" Nadanya seperti tidak berpuas hati sahaja.

"Papa silap aturkan masa kut untuk kita." Dhuha tersenyum senget. Seolah mengejek. Perlahan saja ayat itu dilontarkan.

"Ap-apa maksud you Dhuha?" Liur ditelan. Berpasir rasa tatkala melihat senyuman misteri Dhuha.

"Nevermind. Encik Zayne makanlah. Tadi kata lapar. Nanti sejuk pula kuah tomyum tu," ujar Dhuha laju mengubah topik perbualan.

Zayne pandang seketika wajah tunangnya sebelum nafas dihela lemah. Sudu dicapai.

"You memang taknak makan ke?" Sekali lagi soalan diajukan. Dhuha mengerutkan kening.

"Kenyang." Setelah itu Dhuha kembali diam. Dia hanya membuang pandangan ke arah cermin luar restoran.

Zayne pula masih tidak berputus asa berbual. Macam-macam topik dibuka. Namun semua tidak menarik minat gadis itu untuk berbicara dengannya.

Zayne simpan keluh. Kenapa mesti nasib dia dapat tunang sebeku Dhuha Asyara? Gadis itu nampak sahaja ayu. Namun amat pendiam. Seolah dalam dunianya sendiri.

Tidak pernah sekali pun dia melihat seulas bibir itu mengukir senyuman manis.  Entah apa yang Dhuha telah lalui sehingga memudarkan senyuman miliknya.

Zayne akan pastikan dia penyebab gadis tersebut tersenyum kembali.

Ya, dia yakin!

***

Langkah Dhuha atur. Terburu-buru gadis itu berjalan menuju ke arah keretanya. Baru sahaja tangan hendak menyentuh pemegang kereta satu suara lembut menegur dari sisi.

"Asyara?" Lekas-lekas Dhuha menoleh. Seketika mata bundar itu membulat. Terkejut melihat figura wanita cantik itu.

"Areesya!" Wanita berpurdah bernama Areesya itu terus saja tertawa halus. Tangan didepa. Isyarat memeluk. Laju saja Dhuha menerpa masuk ke dakapan Areesya.

"Awak sihat Asyara? Lama kita tak jumpa. Awak makin cantik sekarang," ujar Areesya memuji. Dhuha ketap bibir, malu apabila wanita baik itu memujinya. Dari dulu dia memang suka dengan perwatakkan Areesya yang terlalu lemah lembut.

"Sihat Alhamdulillah. Saya rindu awaklah Reesya. Masa tinggal dekat luar negara pun saya rindu gila dengan awak," tutur Dhuha. Pelukan dilepaskan. Areesya tersenyum.

"Alhamdulillah orang tu masih ingat kita dekat malaysia ni. Ingatkan dah lupa. Dahlah nombor pun tak dapat. Memang betul-betul healing dekat luar negara ya?" Usik Areesya.

Dhuha tertawa bebas.

"Sorry, Reesya. Saya lost contact sebenarnya, sampai lupa nak cari awak balik." Senyuman serba salah diukirkan. Areesya merupakan rakannya. Walaupun usia mereka agak jauh namun itu bukan penghalang untuk ukhwah antara mereka terbina.

Areesya tersenyum. Bahu gadis itu ditepuk.

"Saya faham. Takpa. Nanti ada masa datanglah jenguk rumah ya?" Pamit Areesya. Laju Dhuha mengangguk.

"Sure! Jom save number balik. Risau awak hilang lagi susah nak jumpa." Penuh semangat Dhuha berbicara.

Areesya mengangguk. Setelah itu mereka bertukar nombor sebelum masing-masing meminta izin untuk berlalu.

Dhuha sempat melihat tiga kanak-kanak itu berlari menuju ke arah Areesya yang sedang melangkah mendekati mereka. Manakala dihadapan pula kelihatan susuk tubuh tegap seorang lelaki berdiri memerhati anak kecil itu.

Dhuha mengerutkan dahi. Melihat keakraban mereka mengundang rasa hairan. Takkan Areesya sudah berumahtangga? Dia terlepas sesuatu ke tadi?

Seketika Dhuha Asyara menepuk dahi. Haa bijak! Dia lupa hendak menyoal tentang status Areesya sekarang. Kepala digelengkan sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.

Ada masa dia soal Areesya nanti.

***

"Kenapa awal sangat balik ni? Zayne macam mana?" Suara garau itu kedengaran menegur. Langkah kaki Dhuha mati. Kepala ditoleh ke arah susuk tubuh yang berada disofa rumah itu.

Dhuha Asyara diam.

"Papa tanya, Syara." Nafas dihela perlahan. Riak ketat papanya dipandang seketika.

"Zayne ada hal," balasnya ringkas. Tuan Hazir kelihatan tidak puas hati. Dia bingkas berdiri sebelum mendekati anak gadisnya.

"Zayne yang ada hal atau Syara yang nak balik awal? Syara memang nak uji kesabaran papa kan?" Keras nada bicara Tuan Hazir.

Kelopak mata dipejam sesaat sebelum dicelik luas. Pandangan mereka bertemu. Dhuha Asyara berdiri merapati papanya.

"Syara penat Papa. Syara nak rehat, esok cafe buka. Syara minta diri dulu." Dhuha menukar topik. Melihat papanya diam dia menunduk seketika. Langkah diatur berlalu ke tangga.

Tuan Hazir mengetap rahang. Pinggang dicekak. Gadis itu semakin lama semakin degil. Susah sangat hendak mengikut telunjuknya. Pertunangan Dhuha Asyara pun atas paksaannya. Itu pun selepas seminggu mereka bergaduh. Akhirnya gadis itu menerima.

Dia ada niat tersendiri kenapa anak gadisnya dipaksa bertunang dengan Zayne. Anak kepada sahabatnya. Yang pastinya rencana besar.

***
TBC

Sempurna Untukku Where stories live. Discover now